SEHARIAN DI KG RAGA: STUFF FARM, HOMESTAY KG RAGA & AIR TERJUN TITI HAYUN


SEHARIAN DI KG RAGA
KENANGAN INDAH TERPAHAT DALAM MEMORI
STUFF FARM, HOMESTAY KG RAGA & AIR TERJUN TITI HAYUN


Kali ini pengembaraan di Negeri Kedah tiba di Kg. Raga yang terletak di Daerah Yan. Pengembaraan Along Murni (AM) di negeri Kedah adalah dibawah kelolaan BORAKKITA dengan kerjasama TOURISM KEDAH.

Kg.Raga terletak 1.5km sahaja dari Pekan Yan. Kampung ini dibuka sekitar tahun 1720. Sehingga kini penduduk kampung ini adalah 100% mempunyai pertalian darah. Asal nama kampung ini adalah Kampung Keluarga dan akhirnya ditukar kepada Kampung Raga.

STUFF FARM




Di Kg Raga ini AM telah menjengah ke Stuff Farm. Di Stuff Farm ini, AM berpeluang memberi anak rusa minum susu.. Wahhh!! betul-betul teruja AM dibuatnya. Takut gak memulanya.. Yelah mana la tau, kang salah teknik bagi minum susu, tersedak plak si anak rusa nie Kan?? Masa bagi minum anak rusa nie minum, AM terngiang-ngiang di telinga lagu ‘Anak Rusa Nani’.. Hahahaha.. banyak berangan betul AM nie!! Video AM beri minum susu kepada anak rusa boleh dilihat di bawah.





Kemudiannya AM mencuba menunggang kuda. Pertama kali sebenarnya menunggang kuda. Rupanya, makk woii!! Rasa gayat ketika menunggang.. Takut-takut gak kuda hilang kawalan ker atau AM terjatuh dari kuda.. Kuat betul AM pegang pedalnya.. tapi Alhamdulillah, AM berjaya dan selamat menunggang kuda dengan jayanya!! Ayuhhhh.. Kudaku lari gagah berani di Stuff Farm.


HOMESTAY KG RAGA


Selesai aktiviti di Stuff Farm, AM singgah pula di Homestay Kg Raga. AM dimaklumkan oleh En Zainizam yang Homestay Kg Raga pernah memenangi pelbagai anugerah. Sejarah tertubuhnya Homestay Kg.Raga ini  bermula pada tahun 1982 apabila Kampung Raga memenangi hadiah pertama untuk kategori Sungai Terbersih dan Tercantik dalam Pertandingan Kebersihan Sungai, anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


Di Homestay Kg Raga, AM berpeluang membuat dan memasak Kuih Karas dari Puan Norfishah. Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk adunan kuih karas adalah:
 1- 1 paket tepung beras
 2- ½ tepung jagung
 3- ½ kilo gula pasir
 4- Air
 5- Minyak secukupnya



Puan Norfishah memaklumkan yang Kuih Karas dibuat dengan menggunakan tempurung kelapa yang berlubang-lubang halus. Acuan ini diikatkan pada sebatang kayu melintang pada tempurung diikatkan dawai ditengah-tengah kayu tadi agar boleh digantungkan tempurung di atas kuali.





Adunan yang dibancuh sebentar dituangkan ke dalam tempurung yang digantung di atas kuali yang telah panas minyaknya. Adunan akan mengalir melalui lubang-lubang halus pada tempurung ke dalam kuali.



Gerakkan dawai acuan (seperti membuat Roti Jala) dan jadikan adunan sebesar piring. Goreng sehingga karas garing dan berwarna perang. Angkat dan lipat mengikut citarasa masing-masing, samada berbentuk segi empat sama, digulung bulat (silinder), semi bulatan dan juga segitiga sama.

kuih karas siap untuk dimakan

Yeayyy!! AM berjaya juga membuat Kuih Karas!! Nanti balik boleh praktik dan anak-anak AM mesti suka makan kuih Karas nie..  Bahan-bahan untuk adunan memang mudah dan senang didapati.

Setelah itu, AM diajar macam mana nak membuat Geruk.. Hah.. yang nie memang AM tak tahu nak buat. AM cuma tengok je skill kemahiran Puan Norfishah membuatnya!! Laju betul tangan beliau menganyam!!



Kalau nak tahu, Geruk adalah sarung dari ayaman daun kelapa untuk di pasang kepada buah nangka atau cempedak yang mengembang mengikut saiz buah. Hasil dari anyaman geruk ini boleh di jual dan mendapat hasil yang lumayan juga.


Kemudiannya AM dibawa pusing-pusing keliling kampung.  Sungai  Raga yang mengalir di kampung ini sudah pasti datangnya dari Gunung Jerai yang berhampiran. Kedinginan dan kejernihan airnya mampu menarik pengunjung sama ada untuk berkelah atau pun menginap di homestay-homestay yang disediakan..
HOMESTAY KAMPUNG RAGA
Yan 06900, Kedah Darul Aman
Facebook : Facebook.com/homestaykampungraga

AIR TERJUN TITI HAYUN



Daerah Yan yang berlatar belakangkan Gunung Jerai memiliki lebih dari 3 lokasi air terjun yang pasti memberikan pengunjungnya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Kesegaran udara, aliran air gunung yang menyegarkan tubuh badan dan pemandangan yang menyejukan mata pasti memberikan ketenangan kepada yang mengunjunginya.



Salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi di Kg Raga adalah Air Terjun Titi Hayun.  Masyarakat setempat ini memangginya dengan panggilan Jambatan Gantung.



Memang seronok kalau datang ke sini menghabiskan masa dengan bersama keluarga mahupun sahabat handai menghabiskan masa di sini di samping dapat melihat kehijauan dan keindahan alam semulajadi. Dari Air Terjun Titi Hayun, kalau nak memanjat Gunung Jerai pun boleh!! Cuma kena melalui track pejalan kaki yang disediakan melalui Tangga Kenari. . AM juga dapat melihat ada beberapa chalet berhampiran yang juga disediakan.  Kawasan ini telah di wartakan sebagai hutan simpan kekal Gunung Jerai dan segala aktiviti di pantau oleh kerajaan Negeri Kedah.


tangga Kenari : Laluan Pejalan Kaki ke Gunung Jerai

KATA ALONG MURNI


WALAUPUN CUMA BERADA SEHARIAN DI KG RAGA 
NAMUN  IA MERUPAKAN SATU PENGALAMAN YANG MANIS DAN INDAH. PELBAGAI AKTIVITI YANG MENARIK 
DAN PENUH KETERUJAAN AM LAKUKAN DI SINI. 
PENDUDUKNYA YANG RAMAH DAN SENANG DIAJAK BERBUAL JUGA
 MENJADI SIULAN UNTUK MENARIK PENGUNJUNG BARU MACAM AM
 UNTUK DATANG LAGI KE SINI.
 KALAU SINGGAH KE KG RAGA, JANGAN LUPA SINGGAH
 DI STUFF FARM, HOMESTAY KG RAGA DAN AIR TERJUN TITI HAYUN YEA..




Post a Comment

0 Comments