SUPER HONOR DAY: HONOR 7A DAN HONOR 10 EDISI PHANTOM GREEN


SUPER HONOR DAY: HONOR 7A DAN HONOR 10 EDISI PHANTOM GREEN
 DILANCARKAN SECARA EKSKLUSIF DI SHOPEE MALAYSIA
POTONGAN HARGA SEHINGGA 30% BAGI SEMUA PRODUK HONOR


Wahhh!! Jualan Murah Super Honor Day di Malaysia akan bermula pada 8 Jun 2018. Kali ini, Shopee, Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.


Along Murni (AM) dimaklumkan yang Honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP. Wahh!! memang sesuai untuk yang kaki selfie macam AM nie kan?? Hehehe..


Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. Honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Memang menarik kan tawaran di Shopee kan?? Jom reramai kita jengah ke laman sesawang Shopee untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day,
Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my  or https://shopee.com.my/
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.


Post a Comment

0 Comments