Friday, 1 June 2018

THEMEPAKTU DINOSAUR KINGDOM : TAMAN TEMA DINO BERGERAK.


THEMEPAKTU DINOSAUR KINGDOM : TAMAN TEMA DINO BERGERAK.
SETIA ECOHILL, SEMENYIH
TEROKAI DUNIA DINOSAUR



Baru-baru ini Along Murni (AM) sempat singgah ke Setia Ecohill, Semenyih..  Nak tahu kenapa AM ke sini?? Hahh Semestinya kerana Themepaktu Dinosaur Kingdom yang pertama akan dibuka di Setia Ecohill, Semenyih. Taman Themepaktu akan dibuka bermula :
Tempoh               : 14 Jun2018 - 8 Julai 2018
Masa                     : 12 Tengahari - 10.30 Malam (dibuka setiap hari)
Tiket                      : RM 30 seorang (untuk makluman/tempahan harga tiket & token boleh klik tiket
Lokasi                  : WAZE (klik di sini untuk lokasi)

Themepaktu Dinosaur Kingdom adalah taman tema pertama yang terdiri daripada 5 elemen berikut:
·         Pertunjukan secara langsung
·         Aktiviti dan tarikan interaktif
·         Permainan
·         Makanan dan Minuman
·         Barangan dinosaur





AM nak kongsi sedikit tentang rentetan perjalanan pengendali Dinosaur Kingdom iaitu Themepaktu Sdn Bhd. Themepaktu mula beroperasi dengan mini produksi Dinosaur Wild Life Tour 1.0 pada Ogos 2017 dengan hanya 2 Dinosaur yang merupakan persembahan Dinosaur Live Show. 


Kemuadiannya Themepaktu berkembang menjadi satu produksi berskala besar yang mempunyai 25 animatronics, kostum dinosaur dan banyak lagi. Themepaktu adalah hasil kerjasama antara Gorira Creative dan Bewitch Production yang ditubuhkan Februari 2018.




Themepaktu Dinosaur Kingdom adalah taman tema Dino bergerak. Terdapat lebih daripada 25 jenis tarikan di Themepaktu dan seluruh keluarga dapat berhibur tanpa mengira usia. Tarikan utama Themepaktu adalah pertunjukan secara langsung selama 40 minit. Malahan kanak-kanak dapat mendaki sarang Pterosaur, menunggang Dinosaur Boat Bumper  dan mencabar fizikal dan minda dalam Raptor Maze.



AM sangat kagum dengan usaha yang cuba diketengahkan oleh Themepaktu Sdn Bhd. Yelah.. kadang-kadang AM rasa gusar dan takut bila melihat anak-anak sibuk dengan gadjet permainan dari keluar bermain dan berhibur bersama rakan-rakan melakukan aktiviti sihat di luar. Di samping itu, usaha ini dapat memberi peluang kepada AM untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak AM.




Dari segi pemerhatian AM, AM tengok aktiviti dan kesemua elemen yang terdapat di DINOSAUR KINGDOM ini dapat memberi ilmu pengetahuan di samping bagus untuk pembentukan emosi dan kesejahteraan fizikal. Semestinya, kita sebagai ibu bapa ingin pastikan anak-anak pintar, kekal sihat dan bebas berkreativiti kan?? Jadi AM rasa Themepaktu Dinosaur Kingdom adalah wadah aktiviti yang sesuai untuk anak-anak.




 Nak tengok video menarik sepanjang AM berada di sana?? Boleh klik link ini ya!! Video penampilan khas baby Trex dan T-rex ..


Untuk maklumat selanjutnya boleh hubungi:

THEMEPAKTU SDN BHD
LOT 5829-20 JALAN 13/4,
SERDANG UTAMA, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR.
TEL: 03-89582772
KATA ALONG MURNI:

AM TAK SABAR NAK BAWA PUTERA PUTERI AM
 DATANG KE SETIA ECOHILL, SEMENYIH 
BAGI MENYAKSIKAN DAN MENJELAJAH DUNIA DINOSAUR. 
PASTI MENGHIBURKAN
 DI SAMPING DAPAT MELUANGKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK!!
AM DAN ANAK-ANAK BEGITU TERUJA!!


No comments: