Sunday, 3 June 2018

TRAVELOGUE PULAU: D'KAMPUNG GUEST HOUSE

TRAVELOGUE PULAU: D'KAMPUNG GUEST HOUSE
KONSEP HOMESTAY PINGGIR PULAU



Setelah letih berjalan-jalan serta menunggang motosikal menjelajah kawasan sekitar Pulau Pangkor, Along Murni (AM) dan team BORAKKITA menginap di D'Kampung Guest House yang terletak di Teluk Kecil. Lokasi D'Kampung Guest House tidak jauh dari Jeti Pangkor.


AM dimaklumkan AM dan team BORAKKITA akan menginap di sebuah homestay dengan suasana kampung. Tapi bila AM menjejakkan kaki di D'Kampung Guest House, AM benar-benar kagum dengan dekorasi di dalam rumah dan yang paling penting pemandangannya benar-benar menghadap ke pantai dan berdekatan dengan jeti Kampung Nelayan. AM rasa macam seolah-olah terbang di awangan dengan angin bayu pantai yang nyaman. Best woooi!!






Makan tengahari AM dan team lain dari yang lain tau kali ini. Kami berpeluang merasa masakan dan air tangan Ketua Editor BORAKKITA iaitu Puan Hazelin Ismail. Beliau memasak untuk kami sepanjang berada di D'Kampung Guest House. 






Untuk pengetahuan semua, D'Kampung Guest House memang menyediakan kelengkapan seolah-olah kita berada di rumah. Yelah.. siap dgn dapur, peti sejuk dan kelengkapan memasak lain. Menu memang simple tapi bila makan menhadap bayu pantai yang mengasyikkan.. Sedap woo!!! Pendek kata, memang sedap dan AM makan bertambah tau nasi kali ini.. Hehehehehe.. terima kasih Puan Hazelin!!



Bila Malam menjelang tiba, apalagi AM dan team berBBQ di kawasan beranda yang luas di sini. Bukan main seronok kami sama-sama memasak kemudiannya makan beramai-ramai sambil berborak-borak di beranda.. Memang jadi kenangan terindah untuk AM malam itu.







Alhamdulillah memang kekenyangan dan AM dapat tido dengan lena malam itu. Tenang dengan suasana yang mendamaikan serta terasa hembusan angin bayu pantai yang mengasyikkan. AM sangat mensarankan kepada yang ingin datang bercuti ke Pulau Pangkor untuk menginap di D'Kampung Guest House. Boleh dapatkan dan buat tempahan pada En Zam: 012-4172227




KATA ALONG MURNI:


D'KAMPUNG GUEST HOUSE MEMANG SESUAI
 UNTUK YANG DATANG BERKUMPULAN MAHUPUN BERSAMA KELUARGA. SEGALANYA TERSEDIA ADA. 
DENGAN PANORAMA INDAH MENGHADAP PANTAI DAN 
KAMPUNG NELAYAN, AM SANGAT SARANKAN UNTUK DATANG 
DAN MENGINAP DI D'KAMPUNG GUEST HOUSE.




2 comments:

Unknown said...

Dekat dkampung guest house ni , booeh memancing ke sis ?

ALONG MURNI said...

boleh dik tapi kena ikut musim gak.. masa akak menginap di sana, nampak juga org mengail ikan..