TRAVELOGUE TERENGGANU : PASAR PAYANG


TRAVELOGUE TERENGGANU : PASAR PAYANG

DESTINASI WAJIB DISINGGAHI


Destinasi ke dua AM selepas di Pulau Kapas dalam Trip Travelogue Malaysia anjuran Borakkita dengan kerjasama Tourism Terengganu adalah ke Pasar Payang. AM dimaklumkan yang Pasar Payang adalah destinasi yang wajib disinggahi sesudah menaiki bot di Pulau Terengganu. Pasar Payang terletak di tepian Sungai Terengganu dan berdekatan dengan Jeti Syahbandar. 

Pasar Payang terbahagi kepada 2 tingkat. Di tingkat bawah ada gerai jualan barang basah dan gerai jualan kuih-muih tradisional Terengganu. Terdapat pelbagai jenis variasi kuih muih tradisional masyrakat Terengganu dijual di sini. 












Batik Pasar Payang di Tingkat Atas

Di bahagian atas pula AM pelbagai jenis barang kraftangan.AM dimaklumkan barangan yang kerap menjadi buruan pelancong ialah batik Pasar Payang. Berbeza dengan batik di tempat lain, batik di sini kata orang, lebih cantik, moden dan sesuai dengan citarasa orang muda. Selain batik, terdapat juga songket, barang tembaga, batu permata, sutera dan capal di tingkat ini.









Keunikan Pasar Payang
  • Menjual pelbagai barangan yang murah dan berbaloi. Ramai orang luar Terengganu datang ke sini sebab barangnya lebih murah dan masih boleh tawar menawar.
  • Adanya ‘Payang Walk’. Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari 5 petang hinggalah 12 tengah malam, ada kawasan gerai-gerai yang dibuka di luar Pasar Payang. Pasar ini bermula dari Pejabat Pos Besar sehingga kawasan letak kereta pasar. 
  • Adanya keropok lekor istimewa. Kata orang, tidak sah ke sini kalau tidak cuba keropok lekor daripada tepung sagu dan ikan. Ada juga pelbagai jenis keropok yang ada dijual di pasar ini — dari keropok lekor hinggalah keropok keping.




KATA ALONG MURNI


SEPANJANG BERADA DI PASAR PAYANG, AM SEMPAT MENCUBA 
MAKANAN-MAKANAN TRADISI DI TERENGGANU. 
MALAHAN PENIAGA-PENIAGA DI SINI BEGITU PERAMAH DAN BAIK HATI.
 KALAU SINGGAH DI TERENGGANU JANGAN LUPA 
DATANG KE PASAR PAYANG YA!! 
BANYAK BENAR BARANG YANG BORONG SAKAN DARI SINI!! HEHEHE.. 
MENARIK DAN HARGA BERBALOI!!







Post a Comment

1 Comments