AKADEMI ALTUZ: MERUNGKAI PERMASALAHAN
DISLEKSIA
KAEDAH ORTON-GILLINGHAM
Kali ini AlongMurni (AM) ingin merungkai permasalahan
Disleksia di kalangan masyarakat. Pastinya ramai di sini pernah menonton drama
bersiri ‘7Hari Mencintaiku’ yang ditayangkan di TV3. AM rasa terkesan dengan
salah satu watak kanak-kanak bernama Buntat yang dilakonkanoleh Muhammad Ariff
Abdullah hingga ramai yang menitiskan air mata dan terbawa-bawa dengan watak
yang dilakonkan oleh ‘Buntat’ dengan berkesan. Di sebalik keberkesanan lakonan
itu, siapa sangka kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut, Muhammad Ariff
Abdullah menghidap disleksia iaitu sejenis masalah gangguan pembelajaran.
Penghidap disleksia bagaimanapun tiada masalah mengikuti
kelas-kelas yang bersifat praktikal seperti kelas menari, berlakon, muzik dan
seni. Mereka hanya berdepan kesukaran dalam subjek-subjek yang memerlukan
aktiviti menulis, membaca serta menghafal.
antara tokoh-tokoh menhidap Disleksia |
Masyarakat sering menganggap disleksia berlaku kerana
kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak atau kegagalan mereka dalam memberikan
arahan yang betul kepada penghidapnya, namun perkara tersebut dinafikan oleh
pakar-pakar perubatan yang menjalankan kajian terhadap pesakit disleksia.
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu
"DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan.
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam
pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah
pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran
mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk
membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi
kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai
disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai
kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari
turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah
yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong
dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai
tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah
pendengaran dan penglihatan.
Namun kini masalah ini boleh diatasi dengan wujudnya Akademi
Altuz. Bagi menangani masalah Disleksia, Akademi Altuz menggunakan kaedah
Orton-Gilingham. Kaedah berstruktur ini diperakui oleh Persatuan Disleksia
Antarabangsa (IDA)
Semua Pakar Akademik Terapi Bahasa di akademi ini telah
menjalani pembelajaran lengkap serta
latihan amali yang dipantau oleh penyelia bertauliah dan
diperakui oleh Orton-Gillingham
Practitioners and Educators (AOGPE) dan IDA.
“Adalah amat penting bagi pakar pemulihan, pendidik serta
guru yang membimbing pelajar disleksia
untuk dipantau, dan dilatih pada tahap tinggi mengikut
kaedah berasaskan-bukti. Latihan celik
huruf
seharusnya dikendalikan secara menyeluruh, dan diperakui
oleh organisasi antarabangsa termasuk
ketika menjalani tempoh latihan amali. Pembangunan tahap
profesionalisme yang berterusan juga
harus ada demi kebajikan kanak-kanak yang akan mereka
didik nanti,” ujar pengasas Akademi Altuz, Dr Choy Su-Ling.
AM BERSAMA DR CHOY SU LING (PENGASAS AKADEMI ALTUZ) |
Dr Choy, bersama dengan pengurus pusat pembelajaran Yap Jo Ling, telah melakar sejarah dalam
komuniti disleksia antarabangsa selaku dua orang pakar
akademi terapi bahasa yang pertama dari
Malaysia menjalani latihan di AOGPE. Mereka akan terus dipantau dan diaudit oleh
AOGPE demi
memenuhi dan mengekalkan standard pengajaran yang
tinggi.
Kaedah Orton-Gillingham telah dibangunkan pada tahun 1920
oleh Dr Samuel Orton, doktor
pertama yang menemui disleksia, bersama dengan Anna
Gillingham, seorang pakar psikologi dan
guru yang berbakat. Kaedah ini diperkukuhkan lagi melalui
lebih 10,000 kajian saintifik selama lebih
70 tahun yang membuktikan bahawa kaedah membaca mesti
merangkumi lima prinsip utama:
kesedaran fonemik, fonik sistematik, kelancaran,
perbendaharaan Bahasa dan pemahaman.
KATA ALONG MURNI
AKADEMI ALTUZ MENJADI PILIHAN BAGI IBU BAPA YANG
MEMPUNYAI ANAK-ANAK DENGAN SIMPTOM MASALAH DISLEKSIA.
JIKA ANAK-ANAK MEMPUNYAI MASALAH DALAM
PEMBELAJARAN,
KITA SEBAGAI IBU BAPA SEHARUSNYA MENGENALPASTI DAN CUBA MEMBANTU
AGAR MEREKA DAPAT BERDIKARI TANPA MEMERLUKAN BANTUAN
BILA DEWASA KELAK.
MASYARAKAT
PULA JANGAN MUDAH MENGHUKUM SEBALIKNYA
CUBA UNTUK MEMAHAMI SETIAP PERMASALAHAN
YANG BERLAKU
KERANA GENERASI MUDA MERUPAKAN
PELAPIS BANGSA KITA DI MASA HADAPAN.
MOGA MANAFAAT DAPAT DIPEROLEH DAN ANAK-ANAK
MENDAPAT BIMBINGAN SEPENUHNYA DI
AKADEMI ALTUZ
1 Comments
wah baguslah kalau dah ada tempat macamni. memang bagus. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nak tunggu next entry. saya suka cara awak menaip hehehe. kalau sudi meh lah singgah ke blog saya, saya followers ke 64
ReplyDelete