MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI
ZAKAT
SKIM THOHIR 2018
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT-MAIWP (PPZ-MAIWP)
PERBEZAAN ZAKAT FITRAH DAN ZAKAT HARTA
Bila menyentuh isu zakat, kadangkala Along Murni keliru
samada layak atau tidak AM membayar zakat harta terutamanya bila AM beranggapan
yang apabila sudah menjelaskan zakat fitrah, AM tak perlu lagi membayar zakat
lain. Ahamdulillah.. hasil daripada kempen khas yang dilancarkan oleh Pusat
Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP), AM mendapat informasi jelas.
Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu lelaki
dan perempuan Muslim yang bekemampuan, iaitu yang cukup makanan pada malam dan
pagi raya. Kadarnya adalah berbeza-beza mengikut negeri di Malaysia.. Waktu
dibayar adalah sepanjang bulan Ramadhan hingga sebelum sembahyang hariraya
Aidilfitri.
Manakala zakat harta pula dikenakan ke atas orang
berharta yang memiliki harta melebihi 85g emas iaitu kadar semasa berjumlah
RM13,425 dan melepasi haulnya iaitu 1 tahun tempoh simpanan.
Zakat harta merangkumi zakat perniagaan, pendapatan, wang
simpanan, emas & perak, saham, dan wang pengeluaran KWSP. Kadar zakat harta
adalah 1/40 iaitu 2.5% dan waktu dibayar adalah sepanjang tahun.
Ramai yang terkeliru dan menganggap bila sudah bayar
zakat fitrah maka tidak perlu lagi bayar zakat harta. Jadi jelas di sini ianya
berbeza dan perlu dikira berasingan.
KEDUA ZAKAT INI HUKUMNYA ADALAH WAJIB.
Firman Allah ‘Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta
keluarkanlah zakat dan taatlah dirimu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat’
(An-Nur, 24:56)
Allah menggalakkan mereka yg berzakat dengan jaminan
pertambahan rezeki. ‘Perumpamaan org yg menafkahkan hartanya dijalan Allah
adalah serupa dgn benih yg menumbuhkan tujuh butir, pada tiap2 butir2 seratus
biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi siapa yg dikehendakiNya' (Al-Baqarah,
1:261)
Hari ini, AM telah hadir ke Majlis Pelancaran Kempen bagi
pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang
berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018.
Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat
pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui
saluran potongan gaji zakat. Melalui skim Thohir ini, kakitangan swasta ataupun
kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa.
Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir
2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad
Shukri Yusoff. Turut sama hadir adalah Pengarah Urusan Five Estec Travel
Services Sdn Bhd iaitu Puan Sharizan Mohd Saad.
SYARAT DAN
PENYERTAAN KEMPEN:
Yang masih belum dan berminat untuk membuat pembayaran
zakat boleh rujuk informasi di bawah. Cara untuk mengira potongan bayaran zakat
pada setiap bulan:
- Portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my
- Berkunjung ke 11 kaunter Zakat PPZ-MAIWP
- Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
- Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
Syarat-syarat penyertaan kempen
Membuat potongan zakat atau penambahan potongan gaji
zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
- 11 Kaunter PPZ-MAIWP
- Portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my
- Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
- Majikan di syarikat atau organisasi
- Talian Zakat : 1300 88 5757
Tambah menarik lagi, 10 hadiah percutian termasuk hadiah
utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai
RM28,000 menanti bagi yang menyertai kempen Skim Thohir 2018. Para pemenang
bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.
KATA ALONG MURNI
AM SANGAT MENYOKONG DAN JELAS DENGAN TANGGUNGJAWAB
MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KE 4 INI.
SKIM THOHIR 2018 IAITU SKIM POTONGAN GAJI
ZAKAT INI SANGAT BERMANFAAT DISAMPING MENJIMATKAN MASA,
SKIM SEUMPAMA INI DAPAT
MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT DAN
MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI ASNAF SERTA
MEMBANTU
GOLONGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN.
JOMM SERTAI SKIM THOHIR 2018!!!
1 Comments
thank you for sharing tau...
ReplyDelete