Tuesday, 10 July 2018

RESIDENSI UTMKL : TAWARKAN PENGINAPAN SERBA LENGKAP, SELESA, MODEN DAN BERTARAF ANTARABANGSA


RESIDENSI UTMKL : 

TAWARKAN PENGINAPAN SERBA LENGKAP, SELESA, MODEN
DAN BERTARAF ANTARABANGSA

RUMAH TERBUKA ‘JOM RAYA @RESIDENSI UTMKL 2018’





Baru-baru ini Along Murni (AM) sempat menghadirkan diri ke Rumah Terbuka  ‘Jom Raya @Residensi UTMKL 2018’. Ini kali pertama UTM KL, UTM Holding dan UTM Space berganding bahu meraikan warga pengurusan tertinggi UTM, pelajar, rakan niaga serta media dalam suasana beraya dalam bulan syawal.


Pada masa sama, seramai 20 orang asnaf yang terdiri daripada pelajar UTM dan UTM Space menerima sumbangan Aidilfitri yang disampaikan Pro Naib Canselor UTMKL, Prof Shamsul Sahibuddin dan Pengerusi UTM Space, Datuk Abu Bakar Mohd Nor.



AM sangat kagum ketika melangkah masuk ke Residensi UTMKL. Memang menarik, penuh dengan kemudahan dan sangat memudahkan para pelajar. AM terasa nak menjadi pelajar semula la bila melihat segala kemudahan fasiliti yang tersedia. Beruntungnya pelajar UTMKL ini.. Nak tahu kenapa AM berkata demikian???!

Ketika AM dibawa oleh pihak pengurusan melawat kawasan sekitar Residensi UTMKL dan melihat sendiri kemudahan di sini, AM dapati UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan kemudahan penginapan serba lengkap, selesa, moden dan bertaraf antarabangsa kepada pelajarnya dan penyewa lain dengan siapnya Kompleks Penginapan Pelajar .Kompleks yang dibina di kawasan seluas 4.26 ekar di dalam kawasan kampus berhampiran Jalan Maktab, dekat sini dinamakan Residensi UTMKL, terdiri daripada empat buat menara setinggi antara 11 dan 22 tingkat.
Kompleks berkenaan yang mengandungi 500 buah bilik akan diuruskan secara profesional oleh Widad Hospitality Management (Royal Widad Residence@utmKL), dan The Regency yang berpengalaman luas dalam bidang perhotelan di negara ini. Bilik berkenaan akan diuruskan sebagai hotel dan service apartment bertaraf empat dan tiga bintang untuk memberikan keselesaan dan kemudahan yang serba lengkap untuk keselesaan penyewa.

Residensi UTMKL mengandungi tujuh tingkat podium dan empat menara penginapan. Menara 1 adalah menara tertinggi dengan 22 tingkat yang mengandungi 150 unit penginapan dua bilik di setiap satu. Manakala Menara 2 setinggi 13 tingkat mengandungi 50 unit penginapan tiga bilik setiap unit diikuti oleh Menara 3 setinggi 11 tingkat yang mengandungi 118 unit studio dan Menara 4 setinggi 14 tingkat mengandungi 182 unit studio.

Di sini, ada AM lampirkan sekali video FB live yang sempat AM 'capture' sepanjang program menjelajah kawasan sekitar Residensi UTMKL. 




Selain itu, Residensi UTMKL dilengkapi dengan dewan permainan boling 10 lorong, dewan serbaguna yang boleh menampung seramai 500 orang tetamu, kolam renang, 60 ruang perniagaan seluas 39,860 meter persegi dan kemudahan lot parkir sebanyak 719 lot.
Detail tentang harga penyewaan bilik di Residensi UTMKL boleh jengah link berikut: http://kl.utm.my/studentaffairs/resedensi-utmkl/

Setakat ini sebanyak 85 peratus ruang niaga telah dibuka sepenuhnya antaranya UTMSPACE, EliteBowl, kedai makanan segera Burger King, Pizza Hut dan Subway, peruncit 99Speedmart, kedai serbaneka my.News.com dan Gloria Jean’s Coffee untuk menjalankan perniagaan di kompleks berkenaan.

Universiti mengamalkan budaya kelestarian dalam segala teras kerja utamanya. UTM merupakan organisasi pertama di rantau Asia Tenggara yang diberi pengiktirafan 3 bintang Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah penarafan ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS).


Sepanjang majlis RUMAH TERBUKA ‘JOM RAYA @RESIDENSI UTMKL 2018’ pelbagai aktiviti dijalankan dan pelbagai juadah Hari Raya yang enak dihidangkan kepada para tetamu. 
Antaranya seperti nasi soto, roti jala, nasi minyak, sate, lontong, kuih-muih dan pelbagai lagi.





Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan kugiran MINDEF yang dijemput khas untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.


KATA ALONG MURNI:


Dengan kemudahan fasiliti yang tersedia di depan mata, AM rasa kehidupan menjadi seorang pelajar menjadi sangat mudah dan selesa. Tak seperti zaman AM belajar dulu. Segala-galanya jauh dan terpaksa bergerak dari satu tempat ke satu tempat semata-mata terutamanya untuk mencari kelaianan menu. Syabas dan Tahniah kepada Residensi UTMKL kerana menyediakan kemudahan fasiliti yang terbaik, selesa dan pelbagai pilihan buat pelajar. Moga masa dapat dijimatkan dan pelajar di UTMKL dan fokus belajar dapat lebih dipertingkatkan dan lebih inovatif. 

2 comments:

ejulz said...

waaaaa.. terbaek kemudahan kat sana.. :)

ejulz follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

ejulz said...

Jemput singgah entry terkini ejulz :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/konflik-seorang-pengkomen-tegar.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/ajal-tidak-lambat-sesaat-dan-tidak.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/top-komentor-sepanjang-zaman.html

Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html