RESIDENSI UTMKL :
TAWARKAN PENGINAPAN SERBA LENGKAP, SELESA, MODEN
DAN BERTARAF
ANTARABANGSA
RUMAH TERBUKA ‘JOM RAYA @RESIDENSI UTMKL 2018’
Baru-baru ini Along Murni (AM) sempat menghadirkan diri ke
Rumah Terbuka ‘Jom Raya @Residensi UTMKL
2018’. Ini kali pertama UTM KL, UTM Holding dan UTM Space berganding bahu
meraikan warga pengurusan tertinggi UTM, pelajar, rakan niaga serta media dalam
suasana beraya dalam bulan syawal.
Pada masa sama, seramai 20 orang asnaf yang terdiri daripada
pelajar UTM dan UTM Space menerima sumbangan Aidilfitri yang disampaikan Pro
Naib Canselor UTMKL, Prof Shamsul Sahibuddin dan Pengerusi UTM Space, Datuk Abu
Bakar Mohd Nor.
AM sangat kagum ketika melangkah masuk ke Residensi UTMKL.
Memang menarik, penuh dengan kemudahan dan sangat memudahkan para pelajar. AM
terasa nak menjadi pelajar semula la bila melihat segala kemudahan fasiliti
yang tersedia. Beruntungnya pelajar UTMKL ini.. Nak tahu kenapa AM berkata
demikian???!
Ketika AM dibawa oleh pihak pengurusan melawat kawasan
sekitar Residensi UTMKL dan melihat sendiri kemudahan di sini, AM dapati UNIVERSITI
Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan kemudahan penginapan serba lengkap, selesa,
moden dan bertaraf antarabangsa kepada pelajarnya dan penyewa lain dengan
siapnya Kompleks Penginapan Pelajar .Kompleks yang dibina di kawasan seluas
4.26 ekar di dalam kawasan kampus berhampiran Jalan Maktab, dekat sini
dinamakan Residensi UTMKL, terdiri daripada empat buat menara setinggi antara
11 dan 22 tingkat.
Kompleks berkenaan yang mengandungi 500 buah bilik akan
diuruskan secara profesional oleh Widad Hospitality Management (Royal Widad
Residence@utmKL), dan The Regency yang berpengalaman luas dalam bidang
perhotelan di negara ini. Bilik berkenaan akan diuruskan sebagai hotel dan
service apartment bertaraf empat dan tiga bintang untuk memberikan keselesaan
dan kemudahan yang serba lengkap untuk keselesaan penyewa.
Residensi UTMKL mengandungi tujuh tingkat podium dan empat
menara penginapan. Menara 1 adalah menara tertinggi dengan 22 tingkat yang
mengandungi 150 unit penginapan dua bilik di setiap satu. Manakala Menara 2
setinggi 13 tingkat mengandungi 50 unit penginapan tiga bilik setiap unit
diikuti oleh Menara 3 setinggi 11 tingkat yang mengandungi 118 unit studio dan
Menara 4 setinggi 14 tingkat mengandungi 182 unit studio.
Di sini, ada AM lampirkan sekali video FB live yang sempat AM 'capture' sepanjang program menjelajah kawasan sekitar Residensi UTMKL.
Selain itu, Residensi UTMKL dilengkapi dengan dewan permainan
boling 10 lorong, dewan serbaguna yang boleh menampung seramai 500 orang
tetamu, kolam renang, 60 ruang perniagaan seluas 39,860 meter persegi dan
kemudahan lot parkir sebanyak 719 lot.
Detail tentang harga penyewaan bilik di Residensi UTMKL
boleh jengah link berikut: http://kl.utm.my/studentaffairs/resedensi-utmkl/
Setakat ini sebanyak 85 peratus ruang niaga telah dibuka sepenuhnya
antaranya UTMSPACE, EliteBowl, kedai makanan segera Burger King, Pizza Hut dan
Subway, peruncit 99Speedmart, kedai serbaneka my.News.com dan Gloria Jean’s
Coffee untuk menjalankan perniagaan di kompleks berkenaan.
Universiti mengamalkan budaya kelestarian dalam segala teras
kerja utamanya. UTM merupakan organisasi pertama di rantau Asia Tenggara yang
diberi pengiktirafan 3 bintang Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah
penarafan ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS).
Sepanjang majlis RUMAH TERBUKA ‘JOM RAYA @RESIDENSI UTMKL 2018’
pelbagai aktiviti dijalankan dan pelbagai juadah Hari Raya yang enak
dihidangkan kepada para tetamu.
Antaranya seperti nasi soto, roti jala, nasi
minyak, sate, lontong, kuih-muih dan pelbagai lagi.
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan
kugiran MINDEF yang dijemput khas untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.
KATA ALONG MURNI:
Dengan kemudahan fasiliti yang tersedia di depan mata, AM rasa kehidupan menjadi seorang pelajar menjadi sangat mudah dan selesa. Tak seperti zaman AM belajar dulu. Segala-galanya jauh dan terpaksa bergerak dari satu tempat ke satu tempat semata-mata terutamanya untuk mencari kelaianan menu. Syabas dan Tahniah kepada Residensi UTMKL kerana menyediakan kemudahan fasiliti yang terbaik, selesa dan pelbagai pilihan buat pelajar. Moga masa dapat dijimatkan dan pelajar di UTMKL dan fokus belajar dapat lebih dipertingkatkan dan lebih inovatif.
2 Comments
waaaaa.. terbaek kemudahan kat sana.. :)
ReplyDeleteejulz follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
Jemput singgah entry terkini ejulz :
ReplyDeletehttp://ejulz.blogspot.com/2018/07/konflik-seorang-pengkomen-tegar.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/ajal-tidak-lambat-sesaat-dan-tidak.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/top-komentor-sepanjang-zaman.html
Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html