RESTORAN MUEANG KAO THAI CUISINE : SAJIAN KREATIF DENGAN GABUNGAN CITARASA THAILAND

RESTORAN MUEANG KAO THAI CUISINE :
 -SAJIAN KREATIF DENGAN GABUNGAN CITARASA THAILAND-

Kali ini penjelajahan Along Murni (AM) mencari citarasa menarik dan unik tiba di Damansara Jaya. Dah ramai yang memberitahu AM yang masakan di sini sangat sedap dan wajib dicuba. Jadi AM pun menjengah ke Restoran Mueang Kao bersama-sama rakan AM untuk mencuba sendiri masakan enak di sini.



DEKORASI DI DALAM RESTORAN MUEANG KAO THAI CUISINE

Bila menjejakkan kaki di Restoran Mueang Kao Thai Cuisine ini, AM terpaut dengan dekorasi yang mempamerkan barangan-barangan antik lama dan unik. Macam-macam barangan antik zaman 80 an dan 90 an diperlihatkan di sini. Antaranya adalah mesin menaip, piano, TV, mesin jahit dan pelbagai barangan antik lain.






Memang menarik suasana makan di dalam Restoran Mueang Kao Thai Cuisine ini. Romantik dan tradisi tau bila menjamu selera di sini.





AM dan rakan-rakan mencuba menu makan tengah hari yang baru diperkenalkan. Lihatlah wajah-wajah AM dan rakan-rakan, tak sabar kami semua hendak mencuba menu makan tengah hari ini. 

SET MENU MAKAN TENGAHARI



Setiap menu sajian tengah hari ini disertakan sekali minuman samada 'Hot Chocolate' dan Teh Panas. Jadi boleh pilih mana minuman yang menjadi kegemaran ya!! 

Antara menu pilihan untuk makan tengahari adalah :

3 RASA CHICKEN RICE
Disertakan bersama Nasi Putih dan Telur Mata 
SWEET SOUR SEAFOOD RICE
Disertakan nasi Putih dan telur mata
DRY CURRY SEAFOOD RICE
Disertakan Nasi putih dan Telur Mata

RED CURRY CHICKEN RICE
Disertakan Nasi Putih dan telur mata

PAD GRA POW
Disertakan Nasi Putih dan telur mata

GREEN CURRY CHICKEN RICE
Disertakan Nasi Putih dan telur mata
Walaupun menu makan tengahari menampakkan kelainan namun rasa tradisi Thailand masih dikekalkan. Dan yang paling rasanya SEDAPPP!! Memang 'thumbs up' buat Chef muda dari Thailand ini..

Bagi yang kurang menggemari atau mencari kelainan dalam sajian menu tengahari boleh mencuba masakan PASTA yang terdapat di Restoran Mueang Kao Thai Cuisine ini. AM paling suka otak-otak PASTA. AM tak sangka Otak-otak diolah dan diadun sajian sekali menjadi salah satu menu PASTA.. Memang sedap dan terbaik wooo..


OTAK-OTAK PASTA

RED CURRY PASTA

RED CURRY PASTA


BBQ BEEF

Sajian BBQ Beef ini terdiri daripada daging lembu yang lembut dan diperap lama hinggakan empuk dan cair di mulut setiap kunyahan. Dan yang paling istimewa adalah setiap daging ini dicicah bersama sosnya, rasanya memang keBABommmm tau!!

SAJIAN PENCUCI MULUT
Sudah pastinya sajian pencuci mulut wajib dicuba dan dirasai. AM sangat menggemari kesemua menu sajian pencuci mulut. Setiapnya mempunyai citarasa yang unik dan keaslian tersendiri. 

RED RUBY

PULUT MANGGA

COCONUT ICE CREAM

Berminat untuk datang menjamu selera di sini boleh datang ke Alamat : No. 21 (GF), Jalan SS22/11, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor. Mudah je boleh juga waze ataupun gunakan Aplikasi Google Maps. Cuma perlu taip Mueang Kao Thai Cuisine . Destinasi sedia dikunjungi.

KATA ALONG MURNI:

RESTORAN MUEANG KAO THAI CUISINE YANG TERLETAK DI DAMANSARA JAYA INI WAJIB DIKUNJUNGI KERANA MENU SAJIAN YANG UNIK DI SAMPING MASIH MENGEKALKAN CITARASA BERCIRIKAN MASAKAN THAILAND. MEMANG BERBALOI  MENJAMU SELERA BERSAMA PASANGAN MAHUPUN KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI. AM SANGAT SARANKAN UNTUK DATANG BERKUNJUNG KE SINI. 

AM dan rakan-rakan bersama dengan Chef Muda dari Thailand

Post a Comment

0 Comments