TEMA DISCOVER AUSTRALIA : JADI PILIHAN DI
RESTORAN KONTIKI
FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR
‘ITS ALL ABOUT AUSTRALIA FOOD’
Bila terpandang dengan kain rentang “Discover Australia’
Along Murni (AM) secara langsung terus teringat pada Kanggaro. Bagi AM Australia
memang sinonim dengan Kanggaro.
Sebenarnya nama Australia berasal dari bahasa Latin
‘australis’ yang berati ‘selatan’. Australia adalah Negara terbesar ke-6 di
dunia, yang merangkumi seluruh benua seluas 7,6 juta km2. Australia mempunyai
ekosistem yang menakjubkan dengan flora dan fauna yang unik, termasuk hutan
hujan yang masih kekal, susunan batu-batuan unik dan pantai-pantai yang indah.
Kedatangan AM ke Restoran Kontiki Federal Hotel Kuala Lumpur
untuk menjelajah dan mendekati keunikan makanan Australia dengan tema ‘Discover
Australia’ menjadi pilihan di Restoran Kontiki. Pelbagai andaian dan pendapat
tentang keunikan dan menjadi citarasa gastronomi masyarakat Australia umumnya
cuba AM dekati dan rasai. Kombinasi makanan, minuman, sukan, seni dan kebudayaan
membuatkan Australia mempunyai tarikannya tersendiri. Maka tak hairanlah bahawa
ramai di antara kita menganggap Australia sebagai syurga makanan.
Tema ‘Discover Australia’ menjadi pilihan agar masyarakat
Malaysia dapat merasa sendiri masakan asli dari Australia yang dibawakan oleh
The Federal Hotel Kuala Lumpur dengan kerjasama Hotel The Grace Sydney dan
mendapat sokongan dari Kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia.
Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai keunikan rasa
asli masyarakat di Australia dan segalanya boleh dinikmati di Restoran Kontiki bermula
dari 13 Julai hingga 29 July 2018. Ini adalah sempena meraikan hubungan rapat
Australia dengan Malaysia hampir 63 tahun pada tahun 2018 ini. Makanan enak
yang disediakan oleh Chef Darren Ho yang sangat berpengalaman telah memenangi
anugerah ‘Best New Restaurant’ di Australia serta Chef Tang Hou Chin bakal
membawa AM dan semua untuk menjejah
keunikan makanan Australia.
Menu ‘Discover Australia’ yang diketengahkan ialah BBQ
Buffet. Makanan seperti BBQ, udang, ikan, pai serta kentang goreng sangat
popular dikalangan rakyat Australia yang akan dimakan bersama sos tomato,
salad, mayonis, sos bbq dan roti mereka yang sangat enak dan lembut.
AM BERSAMA CHEF DARREN HO |
Limpahan gastronomi jelas dapat dilihat dari setiap sajian yang
dipersembahkan oleh Chef Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin .
Gastronomi ?? Gastronomi merupakan kajian mengenai hubungan antara budaya dan
makanan. Istilah ini sering disalah tafsir sebagai istilah yang mengacu kepada
seni masakan. Gastronomi hanyalah sebahagian kecil dari seni memasak.
Gastronomi mengkaji berbagai komponen budaya dengan makanan sebagai panduan. Kata makna gastronomi berasal dari bahasa Yunani kuno γαστήρ
(gastros) yang ertinya "perut" dan νόμος (nómos) yang maksudnya
"pengetahuan" atau "ilmu".
AM tak nak cakap lebih-lebih sebab penting untuk datang
sendiri ke Restoran Kontiki Federal Hotel Kuala Lumpur setiap hari Jumaat,
Sabtu dan Ahad hingga 29 Julai 2018. Waktu dibuka pada 6:30 petang hingga 10:30
malam. Harga seperti dibawah.
- Dewasa : RM148
- Kanak-Kanak: RM55
- Warga Emas : RM 74
- 30% OFF bagi pemegang kad atau ahli Gracious Rewards & FHI Privilege Club
- 25% OFF bagi pemegang Kad Citibank
Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun / warga emas atas 55
tahun dan harga and tawaran boleh berubah tanpa notis. Untuk membuat tempahan boleh hubungi +603
2148 9166 atau melawat laman sesawang
KATA ALONG MURNI.
TEMA ‘DISCOVER AUSTRALIA’ YANG DIPILIH OLEH RESTORAN
KONTIKI
SANGAT BERTEPATAN DAN PENUH KEUNIKAN MAKANAN TERSENDIRI.
DENGAN ADANYA
CHEF-CHEF YANG BENAR-BENAR BERPENGALAMAN DAN AMAT MEMAHAMI SENI DALAM MASAKAN,
JADI GASTRONOMI ANTARA KEDUA-DUANYA DAPAT DITAMPILKAN
DENGAN BEGITU UNIK DAN
KLASIK.
JOMM MERIAHKAN HUJUNG MINGGU INI BERSAMA DENGAN KELUARGA
DAN SAHABAT
HANDAI KE RESTORAN KONTIKI YA!!
0 Comments