Saturday, 7 July 2018

TRAVELOGUE TERENGGANU : KELIP-KELIP PALMSTAY SERI BANDI


TRAVELOGUE TERENGGANU : KELIP-KELIP PALMSTAY SERI BANDI



Destinasi terakhr AlongMurni (AM) sepanjang di Terengganu berakhir di Kelip-kelip Palmstay Seri Bandi. Trip Travelogue Terengganu ini adalah anjuran Borakkita dengan kerjasama Tourism Terengganu.

Nak tahu macam mana AM dan team masuk ke Kelip-kelip Palmstay Seri Bandi yang jaraknya 8 km?? Inilah kenderaan kami menuju ke Kelip-kelip Palmstay Seri Bandi.


Lori kecil yang telah diubahsuai ini memuatkan seramai 8-10 orang. Bila AM menaiki lori ini bersama team apalagi memang bergoncang abis seluruh badan!! Laluan ke dalam agar sukar bagi kenderaan biasa untuk masuk melainkan 4x4. Macam-macam drama kami di dalam terhuyung hayang. Nasib baik tempat duduknya selesa.


Kami melalui banyak kawasan ladang kelapa sawit dan kawasan hutan. Sepanjang 8 km itu, kami tertanya-tanya ke mana arah tujuan lori kecil ini.

Tak jauh daripada kawasan tanah merah, kami sampai ke Kelip-kelip Palmstay. Terkedu melihat tempat. Jauh ke dalam ladang kelapa sawit ini terdapat satu tempat terpencil dan merupakan satu kawasan rehat untuk keluarga. AM tak tau nak cerita macam mana. Biarkan gambar yang berbicara.




                           
AM dimaklumkan oleh En Ghani yang merupakan Tuan Tanah Kelip-kelip Palmstay Seri Bandi ini telah dibuka sejak 8 tahun lalu. Kelip Kelip Palmstay Seri Bandi berkonsepkan "Back To Nature" dan penginapan "ala perkhemahan atau Glamping"... Sesuai kepada yang mencari ketenangan serta masuk hutan hikking.




Setibanya di Kelip-kelip Palmstay Seri Bandi, AM dan team disajikan dengan menu-menu yang begitu unik dan jarang-jarang didapati. AM rasa teruja untuk mencuba!!







Wahh!! Menu yang paling AM suka adalah Ikan Keli Salainya!! Rasanya memang lain dari yang lain.. Serius sedap sebab tiada bau hanyir dan isi manis bila dimakan. Ikan kelinya pula besar-besar dan dibela oleh En Ghani sendiri. 3 Ekor ikan keli abis diratah AM seorang!!

En Ghani menunjukkan tempat beliau menyalai ikan keli dan lauk pauk lain yang disalainya kepada AM. memang unik dan tradisi sangat cara beliau menyalainya!!


Sementara yang lain berborak, AM berehat di Hammock yang disediakan. alamakkk.. boleh terlelap plak dibuatnya!! Penangan makanan yang sedap, bantai makan banyak plak tue.. apalagi.. tarik gear lena la !!

alamakk..kantoi terlelap kerana kekenyangan
Sempat juga terlelap dalam 20 minit dan AM terjaga bila terbau haruman durian!! haaa.. tepuk!! Hantu durian kembali.. tak kira ada air luir basi ke tidak janji durian dapat diNgapp dengan jayanya!! Hahahaha..


AM diberitahu oleh En Ghani yang Pakej Bercamping ini dibuka bermula Nov hingga Mac sahaja..
Harga Promosi untuk 2hari 1malam  RM 120.00/orang (min 10 orang keatas) termasuk :

  • Welcome drink
  • BBQ
  • Sarapan Pagi
  • Makan tengahari
  • Guide
  • Transport
  • Penginapan... Berkonsep glamping..

Memang berbaloi kan?? Untuk menempah boleh hubungi 0199174012 Encik Ghani .

KATA ALONGMURNI

KONSEP 'BACK TO NATURE' YANG CUBA
 DIKETENGAHKAN OLEH EN GHANI SANGAT BERTEPATAN KERANA 
KELIP-KELIP PALMSTAY SERI BANDI MEMPUNYAI
 KEADAAN PERSEKITARAN, SAJIAN MAKANAN YANG UNIK DAN
 PENGINAPAN YANG SANTAI DAN TENANG SANGAT MEMBERI IMPAK 
KEPADA PERCUTIAN SANTAI DAN UNIK UNTUK KELUARGA, 
ROMBONGAN PELAJAR MAHUPUN PEKERJA UNTUK DATANG KE SINI. 
AM SANGAT SARANKAN KEPADA SEMUA UNTUK DATANG KE
 KELIP=KELIP PALMSTAY SERI BANDI.. PASTI MENGUJAKAN DAN MENINGGALKAN SERIBU MEMORI INDAH!! 
TERIMA KASIH KEPADA EN GHANI ATAS LAYANAN MESRA DAN 
RIBUAN PENGHARGAAN KEPADA TOURISM TERENGGANU KERANA MENUNJUKKAN KEINDAHAN DAN KEUNIKAN TERENGGANU KEPADA AM











1 comment:

aisyah elsa said...

comelnya lori tu.
uniknya cara dia hidang makanan
and tempat tu cantiknyaaaaa