TRAVELOGUE TERENGGANU : KEUNIKAN CHINATOWN
Destinasi ke 3 Pengembaraan AlongMurni (AM) dalam Trip
anjuran Borakkita dan dengan kerjasama Tourism Terengganu kini tiba di Kampung
Cina Kuala Terengganu. Lokasinya adalah berhampiran Pasar Payang.
Kampung Cina Kuala Terengganu ataupun turut dikenali sebagai
Kuala Terengganu China Town oleh pelancong luar terletak di sepanjang Jalan
Bandar (dahulunya dikenali sebagai Jalan Kampung Cina) di muara Sungai
Terengganu, sungai yang mengalir ke Laut China Selatan. Seperti namanya, ia
merupakan sebuah penempatan kaum cina tertua dan telah wujud sejak abad ke-15. Ketika
itu ia menjadi pusat perdagangan utama dan hab bagi aktiviti komersil
sehinggalah membentuk Kuala Terengganu yang maju pada hari ini. Kewujudan
Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan
China dan kerajaan Terengganu.
AM dimaklumkan oleh Mr Lawrence yang ChinaTown berusia lebih
300 tahun, Kampung Cina pernah menjadi tempat tinggal pedagang dari Selatan
China. Kawasan ini menempatkan kedai lama yang kini telah banyak diubahsuai
untuk menjadi restoran, kafe dan rumah tumpangan dengan ciri moden. Generasi
baru penduduk asal di kawasan kampung ini kini dikenali sebagai Peranakan.
Mr Lawrence juga memberitahu iaitu pada setiap tahun,
penduduk di sini meraikan Pesta Peranakan Terengganu di mana pelbagai aktiviti
diadakan seperti persembahan kebudayaan, pameran gambar, seni jalanan, demo
masakan, dan pasar malam. Pada masa ini jugalah mek atau kaum wanita akan
memakai sarung kebaya, yang diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu.
Majoriti masyarakat Cina di Terengganu fasih berbahasa Melayu dalam loghat
Terengganu, dan masakannya turut mendapat pengaruh tradisi Terengganu seperti dimasak
bersama budu. Masakan Peranakan di sini juga adalah unik dan mungkin tidak
ditemui dalam komuniti Peranakan yang lain, seperti keropok lekor yang dikukus,
ceranang, serta jeruk betik
LORONG-LORONG MURAL KAMPUNG CINA (CHINA TOWN) KUALA TERENGGANU
Ada banyak lorong-lorong Mural di Kampung Cina antaranya
Lorong Penyu, Lorong Kenangan Payang @ Memory Lane, Lorong Mesra Alam, Lorong
Warisan Dunia, dan Lorong Tau Kay Wee Sin Hee. Lorong-lorong yang sungguh unik
ini menjadikan Kampung Cina Kuala Terengganu yang terkenal dengan sejarahnya
yang tersendiri dan bangunan-bangunan antiknya bertambah menarik.
AM tertarik dengan Mural yang ini. Penuh dengan kunci-kunci dengan nama pasangan masing-masing. Kiranya kalau nama setiap pasangan diletakkan di sini, cinta dan kasih sayang mereka kekal abadi..
KATA ALONG MURNI
AM SANGAT KAGUM DENGAN SENI BINA YANG MASIH DIPERTAHANKAN
DI CHINATOWN BAGI MENUNJUKKAN KEASLIAN DAN
SUSURGALUR KETURUANAN PADA GENERASI MUDA AKAN DATANG.
AM HARAP INSAN SEPERTI MR LAWRENCE AKAN TERUS MEMPERJUANGKAN KEASLIAN TEMPAT INI AGAR TIDAK DITELAN ARUS PEMODENAN.
SYABAS DAN TAHNIAH JUGA KEPADA TOURISM TERENGGANU!!
1 Comments
ohhh ya sini ada lalu.. time pusing dari Pasar Payang. cantik2 ada murals semua =D
ReplyDelete