Friday, 6 July 2018

TRAVELOGUE TERENGGANU: LATA KOLAM AIR DERU ECO PARK

TRAVELOGUE TERENGGANU: LATA KOLAM AIR DERU ECO PARK
SANTAI, MEMUKAU DAN BERSIH


Pengembaraan AlongMurni (AM) di Terengganu anjuran Borakkita dengan kerjasama Tourism Terengganu telah tiba di Lata Kolam.

Lata  Kolam, Jerteh, Terengganu di usahakan oleh Lata Kolam Air Deru Ecopark terletak di Kg La , Jerteh Terengganu. Tarikan utama Lata Kolam ini tentunya kesejukan dan kejernihan air Terjun Lata Kolam itu sendiri.

Sampai sahaja di Lata Kolam, AM dan team disajikan dengan hidangan makan tengahari sambil menyaksikan kehijauan alam dan deruan air terjun. Berselera AM makan di sini!!




AM dapati Lata Kolam Air Deru Ecopark menyediakan kemudahan lengkap bagi semua pengunjung Lata kolam. Antara kemudahan yang ada disediakan seperti tandas, paip air bersih , bekalan elektrik dan kawasan parking, bagi penginapan boleh pilih berkhemah (sewa khemah ade disedikan) , dorm  dan challet dengan harga yang berpatutan.

Yang paling mengujakan AM adalah terdapat juga kawasan / pondok khas Hammock!! Memang santai kan bila dapat berehat sambil mendengar deruan air terjun!! Asyikkk sangat!!




DI Lata Kolam ini, AM pilih untuk menginap di dalam Tube!! memang agak comel bila dilihat dari luar. Jadi AM pilih Tube sebab AM tak pernah rasa tidur di dalamnya!!Wahh!! Tapi memang mengujakan AM bila tengok 'kecomelan' Tube ini dari dalam.. Hehehe..Comel macam AM kan??




Di Lata Kolam Air Deru Ecopark juga ada menyediakan pelbagai aktiviti. Antaranya adalah :

MEMANAH ( TARGET /COMBAT)




WHITE WATER RAFTING




BASIKAL /ATV



Bagi ketiga-tiga aktiviti ini, Memanah paling mengujakan AM sebab pertama kali AM belajar memanah!! Macam-macam jadi bila beraktiviti memanah pertama kali ini.. Mana taknya, anak patah ada yang ke belakang dan panah hingga ke atas pokok dan jauh tersasar  dari sasaran!! Hahaha..

Tapi laluan ATV di Lata Kolam benar-benar mencabar. Laluan yang agak thrill dan sukar membuatkan AM tambah seronok berATV.. Memang seronok AM.. Puas berATV tambah dengan laluan yang panjang dan berliku!! AM suka sangat!! dan AM sarankan untuk mencuba ATV yang terdapat di Lata Kolam ini. So far laluan ATV di Lata Kolam memang thrill dan mencabar dari mana-mana laluan ATV yang AM buat sebelum ini.

Selesai melakukan aktiviti, apalagi!! Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di Lata KOlam yang dingin dan sejuk ini kan??




Malam pula AM disajikan Kambing Golek dari ONEFENDY KAMBING GOLEK .. Memang padu perapan kambing golek nie!! AM dimaklumkan kambing diperap lebih dari tempoh 6 jam sebelum dipanggang!! dan yang pasti membuatkan ia tambah padu adalah Kuah Black Paper yang benar-benar sedap tau! Level Chef Professional masakannya!! Mana taknya, orang lain cicah kambing golek dengan kuah black paper tue, AM siap boleh hirup kuah Black Paper nya lagi!! Memang terbaik wooooii!!




Selain sajian Kambing Golek yang didatangkan khas oleh Onefendy Kambing Golek, kami turut disajikan dengan dengan menu-menu BBQ seperti ayam, ikan, udang dan tak lupa juga Lokan (3kg) yang dibeli di Setiu Wetlands pagi tadi.



hiburan santai dari penduduk setempat


Selesai je menjamu makan malam sambil dihiburkan dengan nyanyian lagu dari Orang-orang asli dan masyarakat setempat, AM balik ke Tube untuk beradu.. AM tak sabar nak balik bilik sebenarnya!! Yelah.. nak merasa tidur dalam Tube kan?? Letak kepala terus hanyut sampai ke pagi!! Nyaman, tenang dan selesa tidur di dalam Tube!!

kalau nak lebih detail boleh jengah di FB  https://www.facebook.com/AirDeruEcopark

KATA ALONGMURNI


LATA KOLAM INI MASIH TERPELIHARA KEHIJAUAN ALAM 
DAN KEBERSIHAN AIR TERJUN. 
AM HARAP KEBERSIHAN INI AKAN MASIH DIKEKALKAN 
DAN AM SANGAT BERHARAP SEMUA PIHAK AGAR 
MENJAGA KEBERSIHAN AIR TERJUN DARI
 DICEMARI SISA SAMPAH SARAP KETIKA BERMANDI MANDA!! 



No comments: