TRAVELOGUE TERENGGANU : RUMAH HJ SU


TRAVELOGUE TERENGGANU : RUMAH HJ SU
REKA BENTUK UNIK DAN BERCIRIKAN TRADISIONAL


Travelogue Terengganu di bawah kelolaan Borakkita dengan kerjasama Tourism Terengganu kini tiba di Rumah Hj Su. Sekali pandang ianya begitu uniuk dan mengagumkan. Rumah ini bagaikan sebuah istana lama kerana mempunyai keistimewaan tersendiri termasuk reka bentuk yang agak unik serta bercirikan tradisional Negeri Terengganu.


Pemilik asalnya Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed iaitu seorang tokoh yang sangat berpengaruh dan merupakan pedagang kaya yang telah banyak memberikan sumbangan kebajikan di daerah ini. Mengikut sejarah awal, rumah berkayu cengal ini didiami semua anak Su Mohammed Salleh dan apabila anak bongsunya meninggal dunia pada 2008, rumah itu tidak berpenghuni serta terbiar begitu sahaja.

Rumah kepunyaan Allahyarham Su Mohammed Salleh Mohammed yang dibina pada 1850 bercirikan reka bentuk rumah Limas Belanda dan rumah Bujang Berpeleh Kembar Tiga  yang berkait rapat dengan identiti negeri Terengganu ini.

Kerja-kerja konservasi Rumah Haji Su bermula pada Jun 2014 dan berakhir pada penghujung Februari 2016. Di atas 3 lot tanah yang meliputi kawasan seluas 0.4 hektar di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Terengganu, Malaysia terdirinya Rumah Limas Belanda (1940an) dan Rumah Bujang Berpeleh Berkembar Tiga (1850).

Bila melangkah ke dalam Rumah Hj Su ini, AM benar-benar terkesima dan kagum dengan ciri-ciri dan barangan lama yang terdapat di dalam Rumah Hj Su ini. Ada sesetengah barangan lama dan antik yang AM sendiri tak pernah melihat sebelum ini.Kiranya kunjungan ini banyak memberi informasi dan pengetahuan kepada AM tentang sejarah, ciri-ciri dan barangan antik yang digunakan oleh generasi terdahulu.



Antara barangan kraftangan yang unik dan menarik

sempat AM bernain congkak








Benar-benar antik dan bernilai tinggi untuk tatapan generasi muda seperti AM. AM dimaklumkan yang Pihak Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambi lalih warisan berharga ini untuk dibaikpulih dan dikekalkan sebagai sumber ilmu yang sangat penting kepada generasi hari ini dan akan datang. Ianya melambangkan kemajuan teknologi tradisional, ketinggian nilai senibina dan budaya Melayu.

KATA ALONGMURNI

UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA 
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU ATAS USAHA MEMELIHARA
 WARISAN DAN NILAI SENI BINA BUDAYA MELAYU.
 DIHARAPKAN BANYAK LAGI AGENSI KERAJAAN DAN TEMPATAN
 UNTUK TAMPIL MEMELIHARA DAN 
MENDAULATKAN SENIBINA WARISAN ASLI NEGARA
 AGAR TIDAK HILANG DITELAN ZAMAN.







Post a Comment

1 Comments

  1. wahhh cantiknya, kemas. jarang dhnk nmpk rumah mcmni sekarang. by the way, saya ada letak blog ni dalam bloglist sidebar saya. suka sgt blog ni

    ReplyDelete