TRAVELOGUE TERENGGANU : RUMAH HJ SU
REKA BENTUK UNIK DAN BERCIRIKAN TRADISIONAL
Travelogue Terengganu di bawah kelolaan Borakkita dengan kerjasama Tourism Terengganu kini tiba di Rumah Hj Su. Sekali pandang ianya begitu uniuk dan mengagumkan. Rumah ini
bagaikan sebuah istana lama kerana mempunyai keistimewaan tersendiri termasuk
reka bentuk yang agak unik serta bercirikan tradisional Negeri Terengganu.
Pemilik asalnya Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji
Mohammed iaitu seorang tokoh yang sangat berpengaruh dan merupakan pedagang
kaya yang telah banyak memberikan sumbangan kebajikan di daerah ini. Mengikut sejarah awal, rumah berkayu cengal ini didiami
semua anak Su Mohammed Salleh dan apabila anak bongsunya meninggal dunia pada
2008, rumah itu tidak berpenghuni serta terbiar begitu sahaja.
Rumah kepunyaan Allahyarham Su Mohammed Salleh Mohammed yang
dibina pada 1850 bercirikan reka bentuk rumah Limas Belanda dan rumah Bujang
Berpeleh Kembar Tiga yang berkait rapat
dengan identiti negeri Terengganu ini.
Kerja-kerja konservasi Rumah Haji Su bermula pada Jun 2014
dan berakhir pada penghujung Februari 2016. Di atas 3 lot tanah yang meliputi
kawasan seluas 0.4 hektar di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu.
Terengganu, Malaysia terdirinya Rumah Limas Belanda (1940an) dan Rumah Bujang Berpeleh
Berkembar Tiga (1850).
Antara barangan kraftangan yang unik dan menarik |
sempat AM bernain congkak |
Benar-benar antik dan bernilai tinggi untuk tatapan generasi muda seperti AM. AM dimaklumkan yang Pihak Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambi lalih warisan berharga ini untuk dibaikpulih dan dikekalkan sebagai sumber ilmu yang sangat penting kepada generasi hari ini dan akan datang. Ianya melambangkan kemajuan teknologi tradisional, ketinggian nilai senibina dan budaya Melayu.
KATA ALONGMURNI
UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU ATAS USAHA MEMELIHARA
WARISAN DAN NILAI SENI BINA BUDAYA MELAYU.
DIHARAPKAN BANYAK LAGI AGENSI KERAJAAN DAN TEMPATAN
UNTUK TAMPIL MEMELIHARA DAN
MENDAULATKAN SENIBINA WARISAN ASLI NEGARA
AGAR TIDAK HILANG DITELAN ZAMAN.
1 Comments
wahhh cantiknya, kemas. jarang dhnk nmpk rumah mcmni sekarang. by the way, saya ada letak blog ni dalam bloglist sidebar saya. suka sgt blog ni
ReplyDelete