TRAVELOGUE TERENGGANU: SETIU WETLANDS

TRAVELOGUE TERENGGANU : SETIU WETLANDS
 KHAZANAH ASLI FLORA DAN FAUNA


Dalam Edisi Travelogue Malaysia anjuran Borakkita dengan kerjasama Tourism Terengganu, AlongMurni (AM) telah merasai pengalaman unik dan sungguh bermakna ketika mengunjungi Boardwalk Setiu Wetland di Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu.

Boardwalk Setiu, Terengganu adalah Laguna Setiu (Setiu Wetlands) atau Tanah Bencah Setiu, sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu dan juga sistem yang lebih besar gabungan lembangan tanah lembap kompleks Setiu-Chalok-Bari-Merang terletak di Terengganu di pantai timur Semenanjung Malaysia.






Tanah lembap Setiu bukan saja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai. Bukan sahaja dapat menikmati keindahan Setiu Wetlands yang unik, malah dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah dan lokam yang sememangnya banyak di kawasan ini, malah ia juga kaya dengan kerang dan tiram yang tidak tercemar.





Boardwalk yang sepanjang hampir 400 meter ini sememangnya kaya dengan spesis hidupan wetlands seperti ikan belacak, pelbagai spesis ketam, orkid liar dan macam-macam lagi. Kawasan ini juga cukup kaya dengan Ketam Nipah serta ikan siakap samada siakap putih ataupun merah. Ia juga merupakan kawan berkumpul burung-burung migrasi yang datang dari utara dunia seperti Siberia, utara China ke sini semasa peralihan musim sejuk.

AM juga berkesempatan untuk melihatdemostrasi membuat bekas kraftangan menggunakan lidi daun nipah ini dan sememangnya sukar dan perlukan kemahiran yang tinggi. AM kagum melihat kelincahan Cik Sarina membuat bakul berasaskan lidi daun nipah. Memang kemas dan rapi betul!!




Di samping itu ada juga demonstrasi mencari kepah dengan menggunakan hujung jari kaki. Cekap betul tengok cara Abang Man ini mencari kepah.. zap..zap..dapat!!




Mak cik ini pula membuat demostrasi mencari lokan dengan menggunakan sabit!! nampak mudah tapi bukan senang wooo..



Suasana nyaman di kelilingi pokok bakau yang mempunyai banyak kebaikan untuk alam persekitaran selain menjadi tapisan bagi tanah dan sampah-sarap. Banyak info yang berguna dapat di pelajari di sini.



Selesai di Boardwalk Setiu, AM dan team singgah di kedai yang menjual hasil tangkapan di Setiu Wetlands ini.. Macam2 ada yea.. Kami beli lokan 3 kg untuk buat menu makan malam nanti!! Di sini juga AM diajar macam mana nak kenal pasti ketam jantan dan ketam betina.. yang paling mengejutkan ketam pondan pun ada rupanya!! aduhaiii.. ketamm!!




KATA ALONGMURNI

BOARDWALK SETIU WETLANDS MERUPAKAN SALAH SATU LANGKAH PEMELIHARAAN FLORA DAN FAUNA OLEH PIHAK KERAJAAN TERENGGANU. MEMANG SATU LANGKAH YANG BAGUS BAGI MEMELIHARA HABITAT SPESIES TERANCAM INI DI SAMPING MENGEKALKAN KEHIJAUAN ALAM SEKITAR. TAHNIAH!!

Post a Comment

0 Comments