Wednesday, 4 July 2018

TRAVELOGUE TERENGGANU : TAMAN TAMADUN ISLAM


TRAVELOGUE TERENGGANU : TAMAN TAMADUN ISLAM

Kini Travelogue Malaysia kelolaan Borakkita dengan kerjasama Tourism Terengganu kini tiba di Taman Tamadun Islam (TTI). AlongMurni (AM) dah mulai rasa penat dan ingin berehat. Rupanya di Taman Tamadun Islam (TTI) ini ada disediakan penginapan yang sangat selesa dan berbaloi pada pengunjung yang datang jauh seperti AM untuk menginap sebelum menikmati keindahan dan aktiviti yang menarik di TTI.

VILLA KRISTAL


AM akhirnya menginap di VILLA KRISTAL di TTI. Penginapan yang selesa dengan pemandangan indah Masjid Kristal.. Harga bermula dari RM260.00 sahaja untuk satu Villa dengan 3 buah bilik di dalamnya..Memang berbaloi kan?? Terutamanya yang datang dalam kumpulan yang ramai mahupun untuk seisi keluarga.


KEMUDAHAN:

Bilik tidur berhawa dingin dan kipas dilengkapi dengan almari.
Ruang tamu dilengkapi sofa & TV
Peti ais mini & ruang dapur
Pemanas air & peralaran mandian
Seterika & papan penggosok
Tilam tambahan
Tempat letak kereta percuma






Berminat untuk menempah, hubungi 09 627 8888 . AM dah bersiap-siap dan bersedia untuk melawat kaasan sekitar Taman Tamadun Islam  (TTI).


TAPAK MONUMEN

Taman Tamadun Islam di Terengganu memang berbaloi untuk disinggahi. Untuk masuk ke sini, AM memerlukan passport tapi di sini PASSPORT nya amat istimewa.. Kiranya tiada passport tak boleh masuk tau!!

passport AM berwarna ungu.
Ketika nak masuk, AM diminta menunjukkan Passport Ungu (seperti dalam gambar di atas) dan Passport AM akan dicop oleh petugas sebagai mengesahkan AM memasuki kawasan Tapak Monumen.. Wahh!! Sangat efisien dan AM terkagum sebentar!

Sebenarnya taman ini agak luas untuk diterokai. Minimum masa diambil ialah 45 minit dengan berjalan kaki.  Ada 3 lagi pilihan cara untuk kelilingi taman ini iaitu dengan basikal, tram dan buggy.


Jadi AM pilih untuk menaiki Tram.. Setiap lokasi tapak monumen Tram akan berhenti sebentar dan AM boleh masuk di dalam sambil mendapat pelbagai informasi menarik..

Tapak monumen ini seluas 10 hektar. Ia menempatkan 23 monumen masjid bersejarah, terkenal yang menjadi simbol kemegahan Islam dari negara-negara Asia, Eropah dan benua Afrika. Yang menariknya, monumen masjid ini dibangunkan bersaiz hampir setinggi manusia. Ada saiz monumen yang lebih besar. Kalau nak masuk ke dalam pun boleh. Contohnya The Dome of The Rock.










Jadi, AM bolehlah melihatnya dengan lebih dekat seperti melihat masjidnya yang sebenar.
Banyak lagi masjid-masjid unik dari segi senibina yang dipamerkan. Kalau nak tengok lebih banyak, datanglah sendiri ke Taman Tamadun Islam (TTI) apabila berkunjung ke Terengganu nanti.  Bukan hanya menyaksikan senibinanya yang mengagumkan, malah pelbagai info tentang seni, budaya dan sejarah boleh diketahui di sini.

RIVER CRUISE


Aktiviti River Cruise antara yang menarik selain daripada tapak monumen. Ini salah satu  cara AM nak nikmati ketenangan Sungai Terengganu melalui bot.


Ada pakej river cruise yang disediakan dengan dan tanpa hidangan makanan. Kalau nak nikmati makan petang atau malam di atas cruise, pilihan pakej yang disediakan agak berbaloi.

AM memilih untuk Pakej River Cruise siap sedia dengan makan malam atas Bot!! memang romantik dan asyik sekali tau!!



 Menu-menu makan di atas bot ini memang sedap tau!! AM sarankan untuk makan malam di atas bot sambil menikmati angin malam dengan kilauan lampu sepanjang sungai Terengganu ini.




Sambil menikmati makanan AM sempat ambil gambar di sepanjang laluan Sungai Terengganu ini. Memang cantik wooo..




Untuk info lebih lanjut boleh lawati  Laman Web http://www.tti.com.my/

Waktu Operasi
Isnin, Selasa & Rabu :  10 pagi - 7 malam
Jumaat : 9 pagi - 11.30 pagi , 2.30 petang - 7 malam
Sabtu & Ahad : 9 pagi - 7 malam

KATA ALONGMURNI

SEPANJANG BERADA DI TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI) 
BANYAK YANG AM KETAHUI DAN PELAJARI. 
MEMANG INFO YANG SANGAT BERGUNA TERUTAMANYA DI TAPAK MONUMEN. KEINDAHAN SUNGAI TERENGGANU DENGAN KILAUAN CAHAYA MALAM MEMANG MENARIK BILA MENAIKI RIVER CRUISE SAMBIL
 MENIKMATI MAKAN MALAM. SESUAI JUGA UNTUK PASANGAN ROMANTIK DAN KELUARGA MENGABADI KENANGAN TERINDAH MEREKA 
DI TAMAN TAMDUN ISLAM. 



1 comment:

Siti Yang Menaip said...

hari tu pi Terengganu xdan nak singgah sini. menarik dan penginapan tu sangat berbaloi harga. kalo pergi ramai2 lagilaaa berbaloi =D