Sunday, 26 August 2018

BOH: LANCAR NEGARAUMMPH TV SEMPENA HARI KEBANGSAAN


BOH: LANCAR NEGARAUMMPH TV 
SEMPENA HARI KEBANGSAAN


Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 61 akan tiba tidak lama lagi. AlongMurni (AM) sendiri berasa tidak sabar dan teruja untuk menyambutnya. Hari yang begitu penting kerana inilah detik kita menghargai perjuangan orang-orang terdahulu bagi memerdekakan negara kita Malaysia.

Seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-61, BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) telah melancarkan saluran TV dalam talian, yang dinamakan NegaraUmmph TV. Ia merupakan satu pergerakan di seluruh negara yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk bernyanyi sehati sejiwa demi negara.

Saluran 24 jam ini akan disiarkan pada Hari Kebangsaan, bermula dari jam 12.00 tengah malam. Ia bertujuan memaparkan nyanyian ‘Negaraku’ oleh rakyat Malaysia dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan, sekaligus menjadi peringatan bagi semua betapa uniknya Malaysia dan bagaimana keunikan negara ini harus dirayakan.


NegaraUmmph TV berpegang kepada misi untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap tanah air, tanpa mengira perbezaan latar belakang setiap individu. Oleh itu,  pada Hari Kebangsaan ini, BOH menyeru semua rakyat Malaysia agar menunjukkan semangat ‘Ummph!’ mereka.

“Lepak. Mamak. Nasi lemak. Badminton. Bola Sepak. Teh Tarik, semuanya menarik! Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bangga, kami meraikan sifat-sifat kebudayaan unik ini yang melambangkan identiti kita sebagai anak Malaysia. Namun, Hari Kebangsaan tahun ini adalah lebih mengujakan berbanding dengan Hari Kebangsaan sebelum ini.


Memandangkan persekitaran kita semakin berubah, kami berharap untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang bangga dan penuh semangat ‘Ummph’,” demikian kata Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersial BOH Plantations.





“Sebagai pengeluar teh tempatan, BOH telah menjadi sebati dengan budaya minum teh di Malaysia untuk selama 90 tahun. Namun, kami bukan sekadar ingin menyajikan teh sahaja. Di BOH, kami bertekad untuk berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia dengan cara yang lebih bermakna. Justeru itu, NegaraUmmph TV bukan sahaja mencerminkan dedikasi kami untuk memperkaya pengalaman bagi semua rakyat Malaysia, tetapi ia juga membuktikan komitmen kami untuk terlibat dalam setiap detik bahagia dan perayaan dalam kehidupan peminat-peminat teh di seluruh negara,” tambah beliau.





Rakyat Malaysia yang ingin menyertai pergerakan bermakna ini boleh melayari NegaraUmmph TV di www.negaraummph.tv untuk menghantar versi ‘Negaraku’ mereka yang tersendiri. Penyertaan akan dimuat naik ke saluran NegaraUmmph TV, yang akan disiarkan selama 24 jam pada 12 tengah malam, hari Jumaat, 31 Ogos 2018.
Maklumat lanjut, layari:



KATA ALONGMURNI


AM SANGAT MENYOKONG USAHA DAN INISIATIF YANG DILAKUKAN
 OLEH BOH UNTUK TURUT SAMA MERAIKAN DAN MEWARNAKAN
 HARI KEMERDEKAAN YANG PENUH MAKNA INI.. 
JOMM RAMAI-RAMAI KITA LAYARI NEGARAUMMPHTV DAN
 MENYERTAI SALURAN TV DALAM TALIAN YANG DILANCARKAN
 OLEH BOH PLANTATION SDN BHD (BOH)

No comments: