Friday, 17 August 2018

FLOWER CHIMP: MENAWARKAN YANG TERISTIMEWA BUAT WANITA


FLOWER CHIMP: MENAWARKAN YANG TERISTIMEWA BUAT WANITA


Say it with flowers, itulah ungkapan yang sering kita dengar bagi menyatakan hasrat hati pada seseorang. Bunga dapat mewakili perasaan kita terhadap seseorang yang kita kasihi dan membawa maksud betapa berertinya si dia di sisi kita kan??





Bagi Along Murni (AM) pemberian bunga dari si dia yang kita kasihi akan menggamit memori terindah dan meninggalkan kesan mendalam yang tak mungkin dapat dilupakan. Melihat bunga pemberian si dia pasti membuatkan AM berasa betapa berharganya hari-hari AM lalui bersama si dia.
Sebenarnya AM rasakan seseorang Wanita itu tidak peduli apakah si dia memilih sendiri bunga tersebut atau membeli di kedai bunga. Ironinya, setiap wanita pantas disanjung dengan sebuah jambangan bunga. Pemberian Bunga merupakan sebuah tradisi sejak berabad-abad lalu sebagai tanda cinta atau persahabatan mereka. Biasanya sidia hanya memberikan bunga untuk kekasih atau orang yang benar-benar mereka sayangi.




Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, FLOWER CHIMP akan memenuhi keperluan bunga-bungaan dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, FLOWER CHIMP menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.





Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, FLOWER CHIMP telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.





Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, FLOWER CHIMP berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar FLOWER CHIMP menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.





Jadi sekarang, carilah dan belilah hadiah bunga yang terbaik dan tunjukkan padanya seberapa besar cinta kita. Namun, tentu saja tak hanya wanita yang pantas mendapatkan jambangan bunga, sebenarnya semua orang layak mendapatkan hadiah bunga. Berikan bunga ke orang yang dicintai sekarang, karena kita tidak memerlukan alasan atau kesempatan khusus untuk membawa senyum ke wajah insan yang dicintai dan dikasihi.

Flower Chimp di Malaysia

Instagram: @flowerchimp


KATA ALONG MURNI

SEBAGAI WANITA, PEMBERIAN BUNGA PASTINYA MENGUNDANG 
SENYUMAN YANG TIADA NILAINYA BUAT SI DIA. 
DENGAN JAMBANGAN BUNGA YANG MENARIK 
DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DARI FLOWER CHIMP
 PASTINYA BERBALOI UNTUK MENCERIAKAN HARI
 WANITA DAN INSAN YANG DIKASIHI.


18 comments:

Amanda Suria said...

Along...jangan lupa SA nak sunflower ngan bunga lily putih kuning tau...x kisah la bila along nak surprise kan SA..pm tepi untuk alamat..hahahahaha

Dunia Zumal said...

Ooo boleh la buat surprise nanti...

dr-Life said...

all the flowers so beautiful and i had used their service once. i really like it and so much convenient. best is, the flowers always so fresh and never disappoint us!

Cik Tie said...

Cantik-cantik semuanya bunga tu !! Tapii lagi cantik kalau kita dapat sejambak tu 😍😍 seronoknya rasa kalau dapat kan

Cindyrina Rina said...

I suka betul flower arrangement they all. Cantik cantik belaka. Bagus boleh order online and get them deliver anywherecwe want it too.

Bella Jamal said...

Bestnya kalau dapat sejambak. Huhu. Kena beli sendiri, pos kat diri sendirilah gayanya. Hehe.Oklah bnyak juga kawasan dia akan deliver. Nak check harga lah nanti.

Sherry Go Sharing said...

yeah good to have this Flower Chimp, now internet access can just order online. Shall visit to see what suitable order for loved ones.

iffah hussin said...

Suka tengok bunga-bunga yang digubah untuk surprisekan orang yang tersayang cantik sangat. Flower chimp ni nampak best senang urusan kita nak bagi bunga pada penerima just open website, klik dah pilih jer..

Hanny Abdullah said...

Cantiknya gubahan bunga2 dari flower chimp ni. Siapalah nak bagi sis bunga2 macam ni, tertunggu tunggu jugak kalau ada yang nak hantar sampai depan pintu rumah sis..:D

Fadzi Razak said...

Cantik cantik gubahan bunga yang dieorang buat ni. and lagi senan gbila ada servis macam ni kan. Order je online dan terus sampai depan rumah

Nadia Johari said...

Cantik bunga-bunga dia. Nampak fresh, kembang, dibuatnya pun tersusun elok je. Kalau nad dapat memg happy semacam ni.. Hehehe

Emilinda said...

Eeee emi bab bunga ni memang berhantu betul. Perempuan mana je yg tak suka bunga kan? Boleh senyum lebar sampai esok pagi kalau tetiba dapat flower delivery dari flower chimp ni.

AyuArjuna BiGoshh said...

Cantik2nya bunga kat sini. Geram tengok. Kalau dapat memang best.lagi best kalau ianya dari org yg tersayang

Mrs Liez said...

Cantiknya bunga.. tapi kalau dapat bunga tulip lagi Liez suka.. teringin nak dapat bunga lagi tapi tapi nak bunga yang kekal fresh je. Hihihi

alia farhan Said said...

Sukanya kalau dpt suprise bunga mcm.ni...huhuhu..tpi tu la...suami ku tak romantik lgsg..hehhhhh

adianiez AIDA said...

AM, aida sgt rindu nak dpt bunga sejambak gini.
lama kot asben tak bagi bunga. sesekali dpt, feeling nyer fresh semula kan chewah!!!!

Kylie Cre8tone said...

so many beautiful bunch of flowers.. how i wish i received one of those.. so amazingly pretty!

Mouse Mommy Treats said...

Cantiknya bunga-bunga ni, senang nak order dan htr kpd org yg tersayang!