FLOWER CHIMP: MENAWARKAN YANG TERISTIMEWA BUAT WANITA
Say it with flowers, itulah ungkapan yang sering kita dengar
bagi menyatakan hasrat hati pada seseorang. Bunga dapat mewakili perasaan kita
terhadap seseorang yang kita kasihi dan membawa maksud betapa berertinya si dia
di sisi kita kan??
Bagi Along Murni (AM) pemberian bunga dari si dia yang kita
kasihi akan menggamit memori terindah dan meninggalkan kesan mendalam yang tak
mungkin dapat dilupakan. Melihat bunga pemberian si dia pasti membuatkan AM
berasa betapa berharganya hari-hari AM lalui bersama si dia.
Sebenarnya AM rasakan seseorang Wanita itu tidak peduli
apakah si dia memilih sendiri bunga tersebut atau membeli di kedai bunga. Ironinya,
setiap wanita pantas disanjung dengan sebuah jambangan bunga. Pemberian Bunga merupakan
sebuah tradisi sejak berabad-abad lalu sebagai tanda cinta atau persahabatan
mereka. Biasanya sidia hanya memberikan bunga untuk kekasih atau orang yang
benar-benar mereka sayangi.
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke
kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan
Hari Kekasih dan Hari Ibu, FLOWER CHIMP
akan memenuhi keperluan bunga-bungaan dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah
setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, FLOWER CHIMP menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara
yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan
Sarawak.
Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah
perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama
pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma
ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga
boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang
dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran
bunga ini, FLOWER CHIMP telah
berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh
kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan
Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,”
kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, FLOWER CHIMP berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta
daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah
syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar FLOWER CHIMP menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran
mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat
lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk
mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018
dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong
Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.
Jadi sekarang, carilah dan belilah hadiah bunga yang terbaik
dan tunjukkan padanya seberapa besar cinta kita. Namun, tentu saja tak hanya
wanita yang pantas mendapatkan jambangan bunga, sebenarnya semua orang layak
mendapatkan hadiah bunga. Berikan bunga ke orang yang dicintai sekarang, karena
kita tidak memerlukan alasan atau kesempatan khusus untuk membawa senyum ke
wajah insan yang dicintai dan dikasihi.
Flower
Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
KATA ALONG MURNI
SEBAGAI WANITA, PEMBERIAN BUNGA PASTINYA MENGUNDANG
SENYUMAN
YANG TIADA NILAINYA BUAT SI DIA.
DENGAN JAMBANGAN BUNGA YANG MENARIK
DENGAN
HARGA YANG BERPATUTAN DARI FLOWER CHIMP
PASTINYA BERBALOI UNTUK MENCERIAKAN
HARI
WANITA DAN INSAN YANG DIKASIHI.
18 Comments
Along...jangan lupa SA nak sunflower ngan bunga lily putih kuning tau...x kisah la bila along nak surprise kan SA..pm tepi untuk alamat..hahahahaha
ReplyDeleteOoo boleh la buat surprise nanti...
ReplyDeleteall the flowers so beautiful and i had used their service once. i really like it and so much convenient. best is, the flowers always so fresh and never disappoint us!
ReplyDeleteCantik-cantik semuanya bunga tu !! Tapii lagi cantik kalau kita dapat sejambak tu 😍😍 seronoknya rasa kalau dapat kan
ReplyDeleteI suka betul flower arrangement they all. Cantik cantik belaka. Bagus boleh order online and get them deliver anywherecwe want it too.
ReplyDeleteBestnya kalau dapat sejambak. Huhu. Kena beli sendiri, pos kat diri sendirilah gayanya. Hehe.Oklah bnyak juga kawasan dia akan deliver. Nak check harga lah nanti.
ReplyDeleteyeah good to have this Flower Chimp, now internet access can just order online. Shall visit to see what suitable order for loved ones.
ReplyDeleteSuka tengok bunga-bunga yang digubah untuk surprisekan orang yang tersayang cantik sangat. Flower chimp ni nampak best senang urusan kita nak bagi bunga pada penerima just open website, klik dah pilih jer..
ReplyDeleteCantiknya gubahan bunga2 dari flower chimp ni. Siapalah nak bagi sis bunga2 macam ni, tertunggu tunggu jugak kalau ada yang nak hantar sampai depan pintu rumah sis..:D
ReplyDeleteCantik cantik gubahan bunga yang dieorang buat ni. and lagi senan gbila ada servis macam ni kan. Order je online dan terus sampai depan rumah
ReplyDeleteCantik bunga-bunga dia. Nampak fresh, kembang, dibuatnya pun tersusun elok je. Kalau nad dapat memg happy semacam ni.. Hehehe
ReplyDeleteEeee emi bab bunga ni memang berhantu betul. Perempuan mana je yg tak suka bunga kan? Boleh senyum lebar sampai esok pagi kalau tetiba dapat flower delivery dari flower chimp ni.
ReplyDeleteCantik2nya bunga kat sini. Geram tengok. Kalau dapat memang best.lagi best kalau ianya dari org yg tersayang
ReplyDeleteCantiknya bunga.. tapi kalau dapat bunga tulip lagi Liez suka.. teringin nak dapat bunga lagi tapi tapi nak bunga yang kekal fresh je. Hihihi
ReplyDeleteSukanya kalau dpt suprise bunga mcm.ni...huhuhu..tpi tu la...suami ku tak romantik lgsg..hehhhhh
ReplyDeleteAM, aida sgt rindu nak dpt bunga sejambak gini.
ReplyDeletelama kot asben tak bagi bunga. sesekali dpt, feeling nyer fresh semula kan chewah!!!!
so many beautiful bunch of flowers.. how i wish i received one of those.. so amazingly pretty!
ReplyDeleteCantiknya bunga-bunga ni, senang nak order dan htr kpd org yg tersayang!
ReplyDelete