MAJLIS PELANCARAN LALUAN TERBAHARU AIR ASIA


MAJLIS PELANCARAN LALUAN TERBAHARU AIR ASIA
KUALA LUMPUR KE PHU QUOC
KUKUHKAN HUBUNGAN ASEAN ANTARA MALAYSIA DAN VIETNAM


Pada 7 Ogos 2018 yang lalu, AlongMurni (AM) ke Majlis Pelancaran Laluan Baharu Air Asia terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan empat kali seminggu tersebut akan bermula pada 2 November 2018. Pelancaran Laluan Baharu ini tambah mengukuhkan hubungan Asean antara Malaysia dan Vietnam.


Semasa Majlis Pelancaran tersebut Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyi Asean, Phu Quoc. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa lebih ramai pelawat ke rantau ini. Para tetamu kami kini boleh terbang terus ke Phu Quoc melalui Kuala Lumpur dari 20 buah bandar di 10 buah negara, termasuklah China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia. Parapelancong  dari semua negara juga boleh melawat Phu Quoc dengan pengecualian visa sehingga 30 hari, menjadikan pulau ini lebih mudah untuk dilawati.

“Kami juga berharap untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Phu Quoc melalui rangkaian yang luas dan harap dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi membangunkan Phu Quoc untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia.”


AM sempat juga Google sebab nak tahu juga kenapa Air Asia memilih menjadi Phu Quoc sebagai destinasi pilihan. Namun hasilnya, AM sangat kagum dengan keindahan dan keunikan yang terdapat di Phu Quoc. Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap menakjubkan seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan gunung-ganang.

SUMBER DARI  www.phuquocvietnam.net

AirAsia kini menawarkan tambang istimewa termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc daripada RM90*. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019. Ahli BigPay boleh menikmati caj pemprosesan sifar apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay. Selain itu, ahli BIG juga boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja). Wahhh!! Untungnya kepada yang mendaftar sebagai Ahli BigPay. Banyak rupanya keistimewaan menjadi ahli BigPay!!

Phu Quoc menandakan laluan unik ke-59 AirAsia Malaysia dan laluan kelima ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam termasuk Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang dari Malaysia.



Pelbagai tarikan menanti di Phu Quoc termasuklah pantai sepanjang 150 km serta tiga kawasan utama di daerah tersebut iaitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. Ia adalah pulau terbesar di Vietnam yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Kien Giang yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Rizab Biosfera Dunia pada tahun 2006.

Selain itu, terdapat banyak lagi pantai yang indah seperti Pantai Long Beach, Ong Lang, Ganh Dau, dan Starfish, yang menawarkan pemandangan matahari terbenam dan air jernih yang mempesonakan. Antara aktiviti lain yang harus diikuti adalah meneroka pulau-pulau; melawat Kampung Ham Ninh untuk melihat kampung nelayan tempatan; Air Terjun Suoi Tranh yang dikelilingi kawasan hijau, gua dan kolam batu; menikmati makanan laut segar dan hidangan tempatan Vietnam di Pasar Malam Dinh Cau; dan banyak lagi.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.



Jadual Penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Phu Quoc, Vietnam (PQC):



KATA ALONG MURNI


HARGA YANG DITAWARKAN OLEH AIR ASIA BAGI LALUAN TERBAHARU 
MEMANG BERBALOI DAN SANGAT BERPATUTAN. 
MELIHAT PADA KEUNIKAN DAN KEINDAHAN PHU QUOC 
MEMBUATKAN AM RASA INGIN TURUT SAMA MENGGUNAKAN AIR ASIA 
UNTUK TERBANG KE PHU QUOC. 
PENERBANGAN KE PHU QUOC AKAN BERMULA PADA 2 NOVEMBER 2018. 
JOM RAMAI-RAMAI KITA KE PHU QOUC MENGGUNAKAN
 PENERBANGAN AIR ASIA SEMESTINYA!!






Post a Comment

19 Comments

  1. ada tgk ni dlm tv. terbaik la AA.
    kekadang tu, tempat menarik gini tak boleh kita nak sampai.
    masalah logistik, kan. bila AA buat inisiatif gini, maka sampai la kita.
    explore Asia is terbaik.
    now aida tgh cari pekej terbaik utk jogja & krabi. ni dua aim aida 2019 kot.
    in shaa Allah....

    ReplyDelete
  2. I love Vietnam happy they are adding in more routes, this gives us opportunity to travel to more places.

    ReplyDelete
  3. bagus AA..terus mengungguli..tawaran demi tawran murah juga makin bbagus skrg..everyone cn fly..

    ReplyDelete
  4. yeah always find nice AA on website but til now no buy tikets as busy kids education now. Got to plan where to go soon, now save money first so everyone can go :D

    ReplyDelete
  5. Br tau juga psl destinasi phu quoc bila baca entry ni.. Lama xfly dgn air asia.. Tq share info ni.. Everyone can fly

    ReplyDelete
  6. Cantiknya phu quoc ni..mmg ok sgt ada direct flight ke sana.. so xde la buang masa ke airport lain jauh pulak kan.. nnt nak cr more info pasal phu quoc mn tau boleh ke sana

    ReplyDelete
  7. Wah ke Vietnam , boleh borong baju murah ehehehe , cantik tempat dia , tahniah buat Air Asia

    ReplyDelete
  8. Cantik betul tempat dia. Rasa memang patut pun AirAsia bukak direct flight ke sana. Mesti ramai yang nak pergi direct terus

    ReplyDelete
  9. Destinasi baru yang akan masuk dlm list . hehehe Cantiknya pulau ni am. Nk kene book air asia cepat2 ni. Direct flight plak tu. Thanks for sharing am

    ReplyDelete
  10. Tahniah Air Asia ada pertambahan laluan baharu, Vietnam memang dah ada dalam list nak pergi... bestnyalah nak plan tahun depanlah

    ReplyDelete
  11. Girst time dengar phic quo nampak menarik tempat dia. Syabas air asia semakin banyak destinasi yang ditawarkan untuk penerbangan dr malaysia

    ReplyDelete
  12. wow, another new pelancaran~ need to grab the cheap ticket lor!

    ReplyDelete
  13. Satu lagi destinasi percutian opah ni. thanks for sharing

    Petua Awet Muda Untuk Opah

    ReplyDelete
  14. Memang makin banyak destinasi baru yang dibuka oleh airasia kan? Bagus lah. Boleh ada lebih banyak tempat percutian. :)

    ReplyDelete
  15. Destinasi pelancongan yang baru. Cantik pemandangannya. Pasti selepas ni hubungan Malaysia dan VIetnam lebih akrab. Ad kawan2 yang bagi tau seronok bila melancong ke vietnam.

    ReplyDelete
  16. Alaa Bella dapat invite tapi tak dapat pergi ke event ni. Belek2 website tengok laluan ni boleh tahan juga harganya. Nak study dulu apa ada di Phu Quoc and lepas tu baru nak beli tiket dari AirAsia. Terima kasih AirAsia ada laluan2 baru dengan harga2 berpatutan untuk customer2 AirAsia.

    ReplyDelete
  17. makin banyak betul laluan yang di tawarkan oleh air asia kepada pengguna penggunanya kan. Boleh kita pilih

    ReplyDelete
  18. Buat laluan terbaru pun adakan launching, kompeni banyak duit ni bajet pemasaran pun besar kan

    ReplyDelete
  19. Maznee pun nak naik air asia buat pertama kali hujung tahun ni. Banyak kena baca sebab ada banyak denda

    ReplyDelete