5 DESTINASI MENARIK DI PERLIS
Pengembaraan AlongMurni (AM) di Negeri Perlis anjuran
Borakkita dengan kerjasama Perlis Nature Wildlife (PNW) tiba di lima (5)
destinasi menarik yang AM rasakan wajib dikunjungi bersama keluarga,
berkumpulan mahupun sahabat handai.
GUA KELAM
Destinasi pertama AM adalah di Gua Kelam. Dengan bantuan
Pegawai Taman Negeri Perlis bersama dengan PNW, AM dan team memulai mejelajah
Gua Kelam bermula dengan Gua Kelam 2. Untuk pengetahuan semua, Gua Kelam 2 ini
masih ditutup buat sementara untuk tujuan pembaikan. Jadi ia merupakan satu
penghormatann kerana AM dan team diberi keizinan masuk untuk menerokai keistimewaan
dan keunikan yang terdapat di Gua Kelam 2.
Gua Kelam 2 yang berada tidak jauh dari pintu masuk Gua
Kelam 1 merupakan tapak lombong bijih timah yang lebih luas. Laluan sebenar Gua
Kelam 2 ini kira-kira 2km. Laluan perlombongan Gua Kelam 2 ini hanya dapat
dilawati dengan berjalan kaki.
laluan menuju Gua Kelam 2 |
AM di dalam Gua Kelam 2 |
Gua Kelam merupakan gua batu kapur yang terletak di banjaran
Nakawan di kawasan Kaki Bukit, kira-kira 33km dari Kangar, Perlis. Gua Kelam
adalah satu tempat perlombongan timah pada suatu masa dulu. Nama gua ni berasal
dari kegelapan (kelam) dalam gua itu sendiri yang menyebabkan
pelombong-pelombong dulu terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi
laluan dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti perlombongan.
Dalam laluan Gua Kelam 2 ini, AM dapat melihat sisa-sisa
peninggalan aktiviti melombong pada masa dahulu seperti tuil, kawasan
mendulang, tempat tidur dan puing-puing kayu. Terdapat juga tulisan-tulisan
bebahasa Mandarin yang ditulis pelombong-pelombong yang bermaksud “hal yang
baik tidak selalu berlaku”, mungkin mengisahkan kisah cinta yang tidak
kesampaian, atau pesanan untuk keluarga yang ditinggalkan.
Para pelombong dulu kebanyakan terdiri daripada pelombong
berbangsa Cina. Menurut salah seorang bekas pelombong,kebiasaannya pelombong
akan berada di dalam gua selama sebulan. Mereka makan, minum dan tidur di dalam
gua yang gelap itu dan beberapa hari sahaja dibenarkan keluar untuk bersama
keluarga. Ini kerana sesetengah kawasan perlombongan terletak jauh ke dalam gua
yang memerlukan masa perjalanan masuk dan keluar sehingga lima atau enam jam.
Mereka terpaksa menempuh lubang bekas lombong, meniti kayu dan menyeberang
sungai. Disebabkan kesukaran itu, banyak pekerja memutuskan untuk tinggal
sahaja di dalam gua itu.
Kehidupan manusia pelombong itu juga tidak ubah seperti
kelawar yang menghuni gua yang gelap tanpa cahaya matahari. Mereka menggunakan
generator untuk menyalakan lampu, namun bagi kawasan yang lebih jauh ke dalam,
mereka memakai lampu karbaid. Wanita pelombong melakukan tugas ringan seperti
memasak dan mendulang bijih. Manakala kaum lelaki membuat kerja berat seperti
mengangkat, mengetuk atau memecahkan batu dan membina landasan troli.
Pintu masuk Gua Kelam 1 |
MUZIUM KOTA KAYANG
Kemudiannya AM meneruskan pengembaraan AM ke Muzium Kota Kayang.
Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak bersekitaran Bukit
Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara
dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di
Semenanjung.
Muzium Kota Kayang di Kuala Perlis merupakan satu kompleks
sejarah yang popular di Perlis. Muzium Kota Kayang menawarkan pelbagai maklumat
mengenai sejarah Perlis.
Terdapat pameran tinggalan akhaeologi dan sejarah dari kapak
batu Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokument, dan carta
keturunan diRaja. AM juga dapat melawat laman muzium di mana terdapat tapak
Kota Indera kayangan, istana, dan dewan istiadat silam.
Muzium Kota Kayang terletak di kaki bukit batu kapur yang
bertindak sebagai halangan dari serangan musuh, sementara terdapat terusan yang
pernah menjadi laluan bot antara Kota Kayang, Kuala Perlis, dan Alor Setar.
Terdapat enam galeri di muzium ini iaitu Galeri Sejarah yang
menceritakan sejarah negeri Perlis, Galeri Arkeologi yang mempamerkan hasil
penyelidikan Kota Kayang, penemuan arkeologi pada zaman protosejarah dan
prasejarah di Perlis, Galeri Senjata yang mempamerkan kepelbagaian koleksi
senjata, Galeri Kebudayaan memaparkan aspek berkaitan kebudayaan di sekitar
negeri Perlis, pelbagai koleksi yang pernah diterima oleh para Menteri Besar
Perlis dipamerkan di Galeri Menteri Besar serta Galeri Diraja yang mempamerkan
salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga
emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.
NAT POKOK GETAH
kredit gambar dari Utusan Online |
Destinasi ke 3 pengembaraan AM ini agak unik dan menarik
iaitu Nat Pokok Getah. Nat bermaksud pasar pagi dalam loghat utara. Di namakan
sebagai Nat Pokok Getah adalah kerana pasar pagi ini terletak didalam kebun
getah dan terbahagi kepada dua bahagian kiri dan kanan jalan. Ia dibuka pada
setiap hari Ahad dari jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Ia Menghimpunkan
lebih daripada 300 peniaga dengan pelbagai jenis barangan yang diniagakan.
kredit pic: Bebelan Cik Meen |
Kredit Pic: Bebelan Cik Meen |
Oleh kerana nat ini dibuat dibawah rimbunan pohon - pohon
getah, maka suasana yang redup dari panas matahari membuatkan terasa lebih
nyaman untuk membeli belah. Bagi AM, Nat di sini memang sebuah pasar yang unik
dan menarik.
Seterusnya AM dibawa oleh pihak PNW ke Taman Negeri Perlis. Taman
Negeri Perlis merupakan taman negeri yang pertama ditubuhkan di Semenanjung
Malaysia iaitu pada tahun 1997 dan diwartakan pada 3 Julai 2008. Ia terletak di
sebahagian H.S. Mata Ayer dan H.S. Wang Mu dengan keluasan 4,379.81 ha. Taman
Negeri Perlis terletak di sebelah barat negeri Perlis dan mengunjur di atas
banjaran batu kapur yang terpanjang di Malaysia (38 km) yang dikenali sebagai
Banjaran Nakawan.
Keunikan Taman Negeri Perlis bukan hanya pada flora dan
fauna yang endemik iaitu pokok Bogak (Cycas clivicola) sejenis tumbuhan zaman
purba dan Beruk kentoi (Macaca arctoides) yang masih boleh ditemui di kawasan
Taman Negeri Perlis, tetapi termasuk formasi geologi kawasan itu sendiri.
Sebahagian besar bukit-bukit batu kapur yang terdapat di sepanjang Banjaran
Nakawan adalah terdiri daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia dan
dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun.
Selain itu terdapat juga tempat-tempat lain yang menarik dan
boleh dikunjungi oleh pengunjung di Taman Negeri Perlis seperti Gua Wang Burma,
Pekan Pelancongan Wang Kelian, Bukit Pelarit, Bukit Rongkit, Denai Warisan,
Denai Putera Denmark, Tasik Meranti, kawasan menara pandang dan Gunung Perlis.
Di samping itu, terdapat dua buah penempatan yang berhampiran dengan Taman
Negeri Perlis iaitu Kampung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit.
Satu hasil usaha yang AM kagumi dari pihak Taman Negeri
Perlis demi keselesaan pelancong dan pengunjung yang datang adalah menyediakan
kemudahan seperti asrama, dewan seminar, chalet, surau, tandas, wakaf, tapak
perkhemahan, menara pandang, dewan terbuka dan kantin. Taman Negeri Perlis
menawarkan pelbagai aktiviti, antaranya adalah menjelajah gua, memerhati
burung, menjelajah denai, fotografi, intepretasi denai, berjalan malam,
berkhemah, pendidikan alam semula jadi dan mendaki gunung. Selain daripada itu,
pengunjung juga boleh menikmati suasana dan pemandangan yang menarik daripada
sungai dan gua batu kapur yang terdapat di sini.
Taman Negeri Perlis beroperasi sepanjang waktu dan dibuka
kepada pengunjung harian pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00
petang. Taman ini dikendalikan oleh lapan orang pekerja dari JPNPs
TAMAN ULAR DAN REPTILIA NEGERI PERLIS
Destinasi teakhir AM ini agak menggerunkan AM. Dah macam-macam
dalam kepala AM bila menjejak kaki ke Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis. Taman
Ular dan Reptilia Negeri Perlis merupakan satu-satunya taman ular seumpamanya
di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh dilihat di
ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka. Ia memberi peluang kepada
pengunjung seperti AM untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat
dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya.
Terdapat kira-kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman
ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 spesies
ular di taman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Di
antara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung
selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau
dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa
ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg
dan panjang 23 kaki.
nampak macam berani AM pegang ular tue di tangan padahal kaki dah menggeletar bagai!! |
bila ular tedung selar tue tenung, AM menyorok je belakang eddy rush.. Takut woooo.. |
AM berpeluang melihat pertunjukan secara Live oleh Saudara
Hafiz yang sangat mengagumkan AM. Nak tau kenapa?? Haaaa.. Saudara Hafiz ini
telah mencium ular tedung selar yang masih berbisa tau!! Pejam mata jap AM
melihat aksinya. Beliau juga menunjukkan cara membuang bias ular. Beliau juga
sempat berkongsi cerita tentang tragedi yang menimpa beliau enam tahun lepas.
Beliau telah dipatuk ular tedung dan bisanya telah memakan dan meninggalkan
kesan pada lengan beliau. Namun AM sangat kagum kerana kejadian yang menimpa
beliau sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berkecimpung
dalam bidang yang sangat diminati beliau ini.
AM sempat rakamkan aksi beliau dan kongsikan di media
sosial. Boleh tengok video di bawah yea.
Bayaran masuk
Dewasa: RM5.00
Kanak-kanak (5-12 tahun): RM2.00
Kanak-kanak (bawah umur 5 tahun): Percuma
Kamera: RM1.00
Kamera video: RM2.00
KATA ALONG MURNI
5 DESTINASI MENARIK INI WAJIB DIKUNJUNGI
JIKA SINGGAH KE NEGERI PERLIS.
BANYAK INFORMASI TENTANG SEJARAH,
KEJADIAN-KEJADIAN
YANG MENGUJAKAN DAN PENGALAMAN YANG SANGAT BERHARGA
UNTUK
DIBAWA BALIK.
PERLIS INI MEMANG INDAH DENGAN SEJARAH DAN
KEUNIKANNYA YANG TERSENDIRI.
TAK
SABAR RASANYA AM INGIN BERKUNJUNG LAGI
BERSAMA KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI!!
25 Comments
Dah lama tak pergi perlis.. Banyak juga tempat2 menarik ni ya..
ReplyDeleteular tu takpe ke di lepas mcam tu.? serammm
ReplyDeleteMasa buat pertunjukan dilepaskan dan diawasi oleh yg pakar.. selesai pertunjukan dimasukkan kembali di dalam kotak..
DeleteDh lama x pi perlihhhh.. kena pi gak bl tgk tmptw menarik ni
ReplyDeleteDalam banyak2 tempat ni tak pernah lagi pergi Nat Pokok Getah tu. Nampak menarik juga pasar pagi kat dalam pokok getah. Unik sungguh. Paling best sebab mesti teduh je di bawah pokok tinggi2 tu kan?.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetempat yang menarik untuk dilawati . nice sharing .
ReplyDeletehttps://besttipsforblog2u.blogspot.com/
Banyaknya tempat menarik ye. Boleh dijadikan wishlist. Nanti nak buat trip ke sana la
ReplyDeleteKalau pergi perlis memang tau makanan ikan bakar sedap je. Tempat lain x singgah pun .Gua kelam selalu juga pergi dgn families. Gua kelam 2 macam menarik je tu.
ReplyDeletekampung Qiss tu..best kan berjalan kat perlis nun.. ular tedung tu seram
ReplyDeleteGua kelam mmg wajib pergi klau g perlis.tp duk pergi dulu2 gua kelam 1 kot. satu lg taman ular tu.
ReplyDeleteWahhh seronoknya AM menjelajah bumi Perlis ya. Teringinnya nak pergi sana. Nanti nak guna itinerary AM lah utk ke negeri Perlis. Nampak menarik betul tempat2 yg dilawati
ReplyDeleteWah sampai masuk dalam gua, emmang semanat betul nak jalan jalan makan angin ni
ReplyDeleteUuuu bestnya korang berjalan. Siap masuk gua lagi. Satu pengalaman yg jarang2 nak dapat. Emi belum pernah ada pengalaman masuk ke gua lagi
ReplyDeleteWow best nyer dpt terOka tempat org kan. Tapi plg x sggup pegi muzium ular tu..hadoiii lemah smgt tgk
ReplyDeletetaman ular tu best juga kalau dapat pergi. walaupun takut dgn ular, tapi rasa macam nak tgk dgn lebih dekat
ReplyDeleteIka lima tahun study sini. Pernah pergi taman ular je hehe. Jarang explore perlis. Kalau makanan best sbb byk food thailand masuk.
ReplyDeletePerlis pun ada banyak lokasi menarik untuk percutian juga kan tuan. Saya jarang tau pasal perlis
ReplyDeleteMemang nampak macam menarik semua destinasi yang di beri ni. CUma nak memandu ke utara tu tak rajin. Haha
ReplyDeleteAntara banyak gua kat Malaysia, Gua Kelam yang saya teringin nak pergi tapi tak sampai lagi.
ReplyDeleteCik en dlu sek kat perlis.. kt bintong. Dlu xde pe sgt.. dan x smpt nk gi tempat2 cmni. Skrg rsnya dah mampu nk gi tempat2 best ni. Cume xde kawan nak gi sekali.. makan kat sana pun org kata sedap2 sedap belaka. Kena set juga la holiday kt sna
ReplyDeletePerlis ini perbatasan Thailand-Malaysia kan? Abby pernah kesana tp tak banyak destinasi yg dikunjungi. Hanya transit sj di alor dan lanjut hat yai. Semoga lain waktu boleh mampir
ReplyDeleteBestnya murni dpt terokai gua2 di Perlis, klu kak xberani nk msk Gua sbb gelap..tgk ular reading Tu pun tkt jgk sbb ular ni Ada bahaya skt.
ReplyDeletebanyak betul rupanya destinasi-destinasi menarik di perlis. saya sendiri tak pernah berkesempatan nak teroka bumi perlis ni. ke perlis pun sebab ke jetty untuk pergi langkawi je. hope satu hari nanti will be there. Insyaallah
ReplyDeleteDah lama tak ke Perlis. Tempat jatuh lagi dikenang. 3tahun jadi anak perantau di sana. Memang byk tempat menarik yg sempat singgah.. Wahhh...mesti dah lagi best ni kan..
ReplyDelete