Sunday, 16 September 2018

DK IMPIAN:CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN YANG SERBA LENGKAP, UNIK DAN SEMPURNA


DK IMPIAN : CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN YANG SERBA LENGKAP, 
UNIK DAN SEMPURNA


Memang tidak boleh dinafikan lagi, harga hartanah akan sentiasa naik jika pemilihan lokasi hartanah adalah tepat. Semakin lama kita memiliki hartanah tersebut, dalam masa yang sama juga semakin meningkatnya kadar inflasi (nilai harga barang), nilai hartanah kita turut akan melonjak naik.

Ini belum lagi diambil kira dengan permintaan tinggi di lokasi tersebut dan dalam masa yang sama kekurangan tanah. Pasti pulangan pelaburan hartanah ini akan buatkan kita tersenyum lebar sepanjang masa.


AlongMurni (AM) berkesempatan ke DK IMPIAN Sales Gallery yang terletak di Bandar Pinggiran Subang. Ramai yang mengesyorkan pemaju ini berikutan rekod pencapaian yang bagus dan sangat dipercayai sebagai pemaju hartanah di Malaysia.

Bagus bila jadikan rumah sebagai asset harta yang sememangnya akan menguntungkan dan memberi pulangan kemudian hari. AM ingin kongsikan kelebihan dan keunikan yang AM sendiri lihat hasil rekaan, konsep dan  kemudahan yang ada jika memilih DK IMPIAN Damansara West.

  • KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM

Sangat mudah berulang alik kerana di berdekatan dengan MRT Kwasa Sentral, Lapangan Terbang, Kemudahan Bas ulang alik setiap 20 minit.



  • REKA BENTUK DALAMAN


SAIZ RUANG
Keselesaan penghuni rumah juga bergantung kepada saiz ruang rumah. Seperti gaya minimalis. Sederhana dan ringkas. Rumah yang dibina di bawah Akta Hakmilik Strata ini bukan hanya menawarkan rekaan dalaman yang cukup menarik, bahkan jika dilihat kepada susun atur bangunannya cukup sempurna. Contohnya terdapat tempat beriadah/beristirehat di kawasan rata di atas bumbung paling atas. Tidak dinafikan ianya agak unik dan pastinya menjadi tarikan. Ada juga kawasan kolam mandi yang terletak di bahagian tengah mengelilingi blok-blok bangunan. Best kan??


KEMASAN
Pemilihan warna cat memainkan peranan yang penting dalam memilih rumah idaman. Seperti penggunaan warna lembut dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan tenang. Warna terang pula mampu menjadikan sesebuah ruang yang kecil kelihatan besar. Ia mempunyai ciri yang sama dengan warna lembut iaitu menjadikan siling yang rendah kelihatan lebih tinggi. Manakala warna gelap tidak digalakkan kerana ia akan menampakkan sesebuah ruang kelihatan kecil dan sempit. Di DK IMPIAN segalanya dititikberatkan dan sempurna!





LANTAI
Kemasan lantai yang cantik sudah tentu menjadi pilihan AM. Ia juga haruslah bersifat tahan lasak, kukuh dan tidak licin. Hal ini dapat menjamin keselamatan penghuni. Tenaga pakar diperlukan untuk pemasangan ini untuk memastikan kemasan ini dipasang dengan betul dan mampu bertahan lama. DK IMPIAN mempunyai citi-ciri keselamatan yang AM cari.

  • LENGKAP DENGAN KABINET, BARANGAN ELEKTRIK DAN PERABUT


DK IMPIAN menyediakan kabinet, perabot dan barangan elektrik untuk pelengkap setiap rumahnya. Kabinet dapur contohnya merupakan aksesori utama di dapur bagi menyenangkan  setiap pembeli.



Antara ciri lain yang menarik untuk rumah di DK IMPIAN ini ialah ianya mempunyai 2 kunci utama di bawah satu unit rumah. Terutama bagi AM yang ingin menyewakan bilik, pasti tidak akan ada masalah privasi. Di mana penghuni-penghuni rumah tersebut akan memasuki rumah mereka dengan menggunakan 2 pintu yang berlainan. Yang bestnya DK IMPIAN juga ada menawarkan pemasangan "build-in"  kabinet seperti katil, sofa dan rak pemyimpanan (rak buku). Memang terbaik la!!
Jadi sekiranya, AM ingin sewakan bilik dari rumah yang AM diami di sini. Tidak akan ada masalah 'tidak ada privasi' yang sering diutarakan oleh penyewa. Terdapat banyak jenis rekaan susun atur ditawarkan. Ianya bergantung kepada saiz pembukaan lantai pada unit yang ditawarkan.


Harga adalah bermula daripada RM320,000 dan bagi AM ianya cukup berbaloi kerana serba lengkap dan mempunyai rekaan yang unik, fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sini.
Untuk pembelian, booking dan pertanyaan lebih lanjut.

Boleh hubungi :-

017-2002322
017-2006662

Boleh kunjungi showroom di:-

Pantai Berkat Sdn Bhd
No 25 Jalan Uranus AG U5/AG,
Bandar Pinggiran Subang
Seksyen U5
40150 Shah Alam, Selangor

Atau layari laman web www.dkimpian.com.my

KATA ALONG MURNI

DK IMPIAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN YANG SANGAT SEMPURNA, SERBA LENGKAP DAN MEMPUNYAI KEUNIKANNYA YANG TERSENDIRI. 
AM SANGAT SUKAKAN REKAAN DAN KONSEP MINIMAL YANG CUBA DIKETENGAHKAN DI DK IMPIAN. 
TERUTAMANYA SOFA YANG BOLEH DIUBAH DAN DITARIK UNTUK MENJADI TEMPAT TIDUR YANG SIAP SEDIA DENGAN KATIL. 
TAK PERLU MENGANGKAT, HANYA TARIK SAHAJA.. DAH SIAP SEDIA..
 IANYA KUKUH DAN UNIK !! AM SUKA!! 
BOLEH JUGA KUNJUNGI SHOWROOM DK IMPIAN UNTUK 
MELIHAT SENDIRI REKAAN DAN KONSEP YANG TERDAPAT DI DK IMPIAN YA!!

19 comments:

adianiez AIDA said...

Ada baca di link sebelum ni, square feet nyer agak kecik ekk. Cramp lahbif more than 3 anak. But yes, utk investment, beli ok la. Sampai bila nak sewa rumah kan. Fully furnished plak tu.

Fadzi Razak said...

Design dan layout die dah okay cuma saiz dia agak kecik. Kalau duduk seorang atau baru kawen tak ada anak, mungkin sesuai. Tapi kalau dah ada anak atau family yang memang ada anak ramai, tak sesuai duduk dekat sini.

Dunia Farisya said...

Untuk investment as homestay memang okay ni.sebab size dia ngam2 untuk small pax kan.tapi design dia semua cantik!

idayu nim said...

Sekarang ni dah banyak pemaju yanh sediakan pilhan untuk beli rumah bersama perabot atau tidak. Cuma sedaikan duit sahaja.

Faries said...

Kalau masih bujang alangkah indahnya dapat duduk sini. I think this house sesuai untuk invesment. Tapi mmg nampak modern dan cantik

Ibu Pantang said...

kalau rumah bujang macam ni serius mmg kerja dekat rumah la citer die, best sangat, tapi masih belum mampu lagi insyallah dalam list cari rumah moden hehe

Sherry Go Sharing said...

yeah now got choice of home to choose, this can be consider. Suitable for small family and single to stay.

Cindyrina Rina said...

Cantik gak rumah ni. Location pun not bad. I think its good for small family type.

Nadia Johari said...

Rumah memang nampak ringkas dan kecik je erk..situ la ruang tamu, bilik, bilik air..hehee..sesuai untuk rumah bujang..diaorang takde banyak barang..bagusla..

AyuArjuna BiGoshh said...

Cantekkan rumah kat sini. Mmg rekomen utk anak muda utk daptkan rumah design mcm ni. Praktikal dan harga pun berpatutan

Wawa Ashihara said...

Kita suka dgn concept dalaman dia.. Nmpk simple xcrowded, dan facilities yg disediakan pon teratus dan kemas... Yg paling best ada katil jenis lipat moden tu.. Menjimatkan ruang betul...mmg ptut invest utk bli rumah cmni klo jnis fmily xramai kan..

Zharif Azis said...

Suka konsep yg DK Impian ketengahkan. Sangat privasi. Ibarat membeli dua rumah pada satu harga. Satu pelaburan yg sgt berbaloi

Cerita Huda said...

Saiz compact, sesuai untuk bujang atau newly weds, ada anak macam tak sesuai pulak. Design cantik, lokasi strategik, sesuai untuk buat investment

iffah hussin said...

Cantiknye decoration.. Kalau lengkap macam ni, memang ramai nak duduk, kalau ada duit lebih boleh beli untuk aset dan buat sewa tambah side income.

Ibu Syurga said...

Rumah yang kita beli untuk pelaburan dan untuk di diami tidak mempunyai matlamat yang sama. rumah untuk pelaburan patut mampu kita miliki dan bayar tiap bulan

Mawardi Yunus said...

bestnya kalau ada rumah sendiri, memang dah lama mengimpikan ada mahligai sendiri. mudah nak buat apa2. nak beli perabut pun senang kan.

Mouse Mommy Treats said...

Harga 320K dengan kelengkapan yang diberi skali, berpatutan jugak. Maintenance bulanan berapa ya? Berminat jugak ni.

Ika Sani said...

Wah cantikkan design rumah ni. Serious harga dia sangat murah untuk kawasan bandar. Design dalaman sangat elegant dan menarik betul. Sesuai dengan taste Ika.

Nieyla Nadia said...

Not bad harga dia...tp agak kecil sikit la...klu family besar agak kurang sesuai dan selesa,tapi kalau family kecil ok lagi..harga tu masih ok lagi...lagipun lengkap semua barang oklah..