DYXY SHOWCASE TOUR 2018 : PROMOSI JELAJAH BERSAMA 5 JEJAKA POPULAR


DYXY SHOWCASE TOUR 2018 : PROMOSI JELAJAH BERSAMA 5 JEJAKA POPULAR
HAEL HUSAINI, HAQIEM RUSLI, AIMAN TINO, ACHEY BOCEY & CAPRICE CRE


Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat hadir ke Majlis Sidang Media Pengumuman DYXY SHOWCASE 2018 bertempat di Aseana Kuala Lumpur. Yang menariknya adalah Lima bintang popular tanah air bakal menggegarkan beberapa destinasi negara ini menerusi promosi jelajah DYXY Showcase Tour 2018 bermula 8 September sehingga 29 September ini yang dianjurkan oleh DYXY Cosmetics.


Mereka adalah lima jejaka terhebat lagi popular iaitu Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice cre. Mereka akan berada di beberapa buah bandaraya setiap negeri seluruh negara iaitu di Kedah pada 8 September, Terengganu (15 September), Johor Bahru (22 September) dan Sabah pada 29 September 2018. Turut sama memeriahkan DYXY SHOWCASE 2018 ini ialah bintang komedi popular Didie Alías. Pasti meriah DYXY SHOWCASE 2018 nanti dengan coleteh dari Didie Alias kan??



Promosi jelajah ni diadakan di atas kelangsung penjenamaan DYXY yang semakin meniti di bibir masyarakat bersandarkan pada kekuatan kualiti produk terbitan Bumiputera. SHOWCASE DYXY 2018 ini juga bertujuan bagi mendekatkan masyarakat dengan variasi produk DYXY lambang prestij jenama berkenaan.  Bagaimanapun penganjuran DYXY Showcase Tour 2018 tidak lain untuk meraikan pengguna, stokis, agen dan setiap tulang belakang jenama DYXY di seluruh negara kerana merekalah resipi utama kejayaan jenama itu dari dulu hingga kini. Dalam masa yang sama, DYXY berharap untuk menarik lebih ramai lagi generasi muda meminati bidang perniagaan kosmetik berlandaskan strategi yang telah disediakan.



Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran pengasas DYXY Cosmetics iaitu pasangan suami isteri dan usahawan Bumiputera paling menyerlah tahun ini, Dyana Roslan,32 dan Shah Hafiz Borhannudin, 32. Sidang media telah dihangatkan dengan kehadiran supercar yang menjadi lambang prestij dan kejayaan DYXY.

Pengasas Dyxy

DYXY juga akan mengadakan pencarian Face DYXY 2018, di mana pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan. Pengunjung yang akan hadir ke pertunjukan jelajah berkenaan juga akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dan tidak ketinggalan dapat mengenali variasi produk kecantikan DYXY dengan lebih dekat di Pavilion DYXY yang disediakan.

Jadual DYXY Showcase Tour 2018

TARIKH
LOKASI
SELEBRITI
8/9/2018
Aman Sentral Mall, Kedah
Hael Husaini
15/9/2018
UTC Kuala Terengganu, Terengganu
Haqiem Rusly & Caprice
22/9/2018
Angsana Mall, Johor
Aiman Tino & Caprice
29/9/2018
Centre Point Kota Kinabalu, Sabah
Achey Bocey



Menurut pengasas DYXY Dyana Roslan dan Shah Hafiz Borhannudin , DYXY Cosmetics turut menyediakan peluang perniagaan di samping menyediakan banyak latihan keusahawanan, pakej untuk Bumiputra memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing serta memperoleh pendapatan sehingga mencecah lima angka dalam tempoh sebulan  untuk Program-program di bawah latihanan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahanan, pengetahuan dan kemahiran di tahap kebudayaan kusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh DYXY.





KATA ALONG MURNI

AM SANGAT SUKAKAN DYXY CC CREAM & MINERAL FACE MINT DYXY. 
BUATKAN KULIT AM NAMPAK SEGAR, ANJAL DAN YANG PALING PENTING
 MAKE UP AM TAHAN LAMA. 
DYXY SHOWCASE 2018 ADALAH PELUANG TERBAIK UNTUK 
LEBIH MENDEKATI PRODUK DAN LEBIH MENGENALI DUNIA USAHAWAN. TAHNIAH DAN SYABAS PADA PIHAK DYXY ATAS PRODUK 
YANG MANTAP DAN TERBAIK!!



Post a Comment

16 Comments

  1. ala kenapa kat aman hari sabtu huhuhu cuti jumaat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Save the date.. amik cuti awal2.. hehehe

      Delete
  2. Tahniah atas pelancaran dan usaha DYXY cosmetik. Semua media nampak lawa dan cun!

    ReplyDelete
  3. wow cun betul kereta tu hehe tapi mmg mampu tengok jela. best jugak ek dapat bergambar dan tengok dgn lebih dekat kereta mewah sambil2 tengah cuci mata dan try2 beauty product hehe.

    ReplyDelete
  4. cantik ggiler keta sport depa..kuning mmmg warna warna fav SA..untung AM dpt di majlis ni...selalu gak nampak product diorang

    ReplyDelete
  5. aida tau produk ni. ada member jual.
    artis nyer pun mengancam. artis popular.
    surely ramai yg dtg and definitely populariti produk ni pun akan bertambah.
    terbaik cara pengurusan nyer menjalankan promosi.

    ReplyDelete
  6. Oo..baru firsttime dengar diorang buat event ni tapi tak tahulah kot-kot kita yang tidak mengikuti perkembangan. Tapiii produk ni memang dah ramai yang tahu dan guna. Kawan pun ada jual juga

    ReplyDelete
  7. macam dah lepas je event ni..hahaha...adoiii tak sempat la nak pi borong barangan DYXY dan jmpe artis!

    ReplyDelete
  8. semakin maju dxyxy lepas ni.selalu nampak jenama2 ni dekat pasaraya sebab diorang kerap buat showcase dkt situ.

    ReplyDelete
  9. untung sapa yang menang showcase dyxy tu nanti.hadiah pun lumayan gila semua tu.rugila sapa tak cuba kan.

    ReplyDelete
  10. Mak hai kereta lambo ke tu? I tak pernah guna dyxy, okay ke sebenarnya? Rasa nak buat review tapi takut tak sesuai dengan muka. hehe

    ReplyDelete
  11. Selalu dgr brand dyxy ni tp tak pernah try. nampak mcm happening sgt event dia :D

    ReplyDelete
  12. Makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yer produk DYXY nie. Kualiti produk yg bagus sudah pastinya menjadi pilihan make up lover di luar sana.

    ReplyDelete
  13. Jenama DYXY memang sangat catchy... Ala2 Dixie gitu.. Bagus lah kalau DYXY membuat kegiatan memantapkan economic melalui program anjuran seperti ni...

    ReplyDelete
  14. Patutlah tadi g event muka nampak lain macam.. rupanya pakai dyxy erkk? Ramai yg pakai dyxy kat product paling bagus dan harga murah

    ReplyDelete
  15. Meriah DYXY ni sekarang. Murah rezeki founder tu lepas dah settle kes viral deorang.

    ReplyDelete