Wednesday, 5 September 2018

PAMERAN ROADSHOW OPPO F9


PAMERAN ROADSHOW OPPO F9
TETAMU JEMPUTAN : KHAI BAHAR & SYAFIQ KYLE


Baru-baru ini AlongMurni(AM) dijemput untuk menghadiri Pameran roadshow pertama OPPO F9 bersama tetamu khas Khai Bahar dan Syafiq Kyle yang berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid. Memang meriah abis.. mana kan tidak.. penuh dengan peminat Khai Bahar & Syafiq Kyle memenuhi ruangan Orange Concourse nie!!

AM tengok ramai juga yang membuat pembelian OPPO F9 secara terus dengan promosi yang gila-gila hebat!! Ditambah dengan OPPO F9 yang begitu unik dan mengagumkan.
OPPO F9 mempunyai ciri-ciri yang unik seperti :-

  • VOOC FLASH CHARGE – Kalau nak mengecas OPPO F9, 4 kali ganda lebih laju dari biasa.  5 minit cas, 2 jam panggilan! Menarik kan??
  • GRADIENT COLORS DAN WATERDROP SCREEN – 3 warna yang sangat menarik dan WoWW!! untuk model gajet keluaran OPPO F9 adalah merah, twilight blue, dan starry purple. Skrin 6.3 inci yang diinspirasikan dari Waterdrop ini mampu menyerlahkan prestasi skrin OPPO F9.
  • DUAL KAMERA – Uniknya kamera ada di Depan dan di belakang!! Memang gempak abis kan?? 16 megapixel + 2 megapixel, memang cantik dan mantap la bila ‘Capture’ gambar kan??
  • STORAGE DAN KELAJUAN RAM – AM plak perangai suka ambil gambar banyak-banyak & suka buat pilihan shot posing yang menarik. Memang puas hati la kan?? 64 GB Storage dan paling penting kelajuan masih sama sebab mempunya kelajuan RAM 6GB. Memang puas hati dan berbaloi kan??



Nak tahu yang menarik lagi?? Haaaa.. Rakan kongsi telekomunikasi OPPO, Digi juga akan mengumumkan pelan telefon "DP160" untuk pengguna mendapatkan pakej pada OPPO F9 bermula dari serendah RM1. .



Kehadiran Khai Bahar dan Syafiq Kyle sepanjang Roadshow ini berlangsung memberi impak pada Pameran Roadshow Oppo F9. 15 pengunjung pertama bertuah yang membeli F9 semasa roadshow berpeluang beramah mesra dan berinteraksi dengan kedua-dua artis berkenaan.

Sepanjang Pameran Roadshow ini Khai Bahar dan Syafiq Kyle juga turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan OPPO F9 terkini semasa roadshow & berkongsi keunikkan OPPO F9 dengan harga RM 1,399.00





KATA ALONGMURNI

AM SERONOK TENGOK PARA PEMINAT KHAI BAHAR DAN SYAFIQ KYLE
 SAMA-SAMA TURUT TERLIBAT DENGAN ACARA YANG DIJALANKAN. 
MALAHAN KEDUA-DUA ARTIS INI BEGITU SPORTING DAN 
SABAR MELAYAN KARENAH PEMINAT. 
MELIHAT PADA KEUNIKAN DAN PRESTASI HEBAT YANG ADA PADA OPPO F9 INI BUATKAN AM TERUJA DAN TURUT SAMA BERKEINGINAN INGIN 
MEMILIKI OPPO F9 INI 




19 comments:

PERMATABIRU said...

oppo 9 besar dan cantik suka guna oppo sbb camera cantikk

Dunia Farisya said...

Ramai betul suka guna oppo ni kan hahaha.Sebab beauty effect dia tu.Tapi memang mudah la untuk kaki selfie hehe

Faries said...

Oppo mmg terkenal dgn fungsi fast chargingnya. Bestlah batery habis then cas 5 minit dah boleh gunakan semula. Sangat convenient

Shesyira As said...

suka tengok warna model kali ni. semua warna cantik cantik.rambang mata nak pilih walaupun tak beli hihi

mama tisya said...

wah syok dpt ke pameran roadshow oppo f9...ada celebrity juga yg turut serta...harga not bad juga..5 minit cas mcm mana tu??

Ibu Syurga said...

Road show macam ni senang untuk membuatkan kita kenal model terbaru flagship hp dari syarikat ni kan. Ibu pun dah lama tak tukar handphone

AyuArjuna BiGoshh said...

oppo!! ramai selebriti best ya dikaitkan ngan oppo..terbaru syafiq dan khai..mmg menarik ni...suka tengok model terbaru ni, warnanya sangat cantik :-)

Fadzi Razak said...

Dah pernah tengok hasil gambar gambar dari oppo ni. memang cantik cantik belaka. Yang penting harga dia mampu milik. tu yang paling syok

Mama Hakim said...

Harga hp oppo ni tak de lah mahal sangat. Tapi kualiti dia kira ok lah. Spec pun berbaloi dengan harga

Lia Hasty said...

Baru ja beberapa bulan beli Oppo F7. now kuar plak F9. Mati lah nak kejar model handphone baru. hehhe anyway oppo pun notbad one of my favorite smart phone.

Maha Mahu said...

Wow Oppo F9 hehehe bestnya lama tak pergi event telefon macam ni bestnya dapat phone baru hehehe jenama ni pun kita dah kenali ramai..

Maisarah Humaira said...

Cas 5 minit, untuk 2 jam panggilan.. memang wow ni. RAM pun besar, kamera cantik. harga boleh tahan dengan spec. fuhhh

www.maisarahsidi.com

Mazni Azmi said...

Nampaknya usp untuk handphone kali ni pada tempoh cas yang laju. Sesuai untuk mereka yang on the go

idayu nim said...

5 minut charge, bleh bergayut 2 jam..perghhh canggih betul oppo f9 ni. Nasib baik baru jerk tukar phone. Kalau x harus terbang melayang duit simpanan hihihi

Nadia Johari said...

Terbekenan tengok oppo ni masa dekat iklan..hahaha..bgus masa cas tu lebih cepat..heehe

JMR said...

tertarik gak dengan Opp F9..paling best features fast charging tu..maklumlah smartfon ni gajet yg selalu guna

Hanny Abdullah said...

Lom ada peluang guna oppo..org kata oppo ni not bad gak. Nanti ada peluang nk rembatlah 1..jdkan phne ke 2..:)

Seriwangi said...

Tgk ramai yg guna oppo,mana phone past I yg terrain.

Mawardi Yunus said...

ada nampak iklan Model oppo ni di pawagam masa nak tengok cerita langsuir minggu lepas. agak tertariklah dengan fokus fast charging tu.