PEMENTASAN CEMERLANG : TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI


PEMENTASAN CEMERLANG : TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI


Peminat Filem Melayu Klasik seperti AlongMurni (AM) pastinya tahu tentang filem Abu Hassan Penchuri lakonan Tan Sri P Ramlee, Mariam Baharum, Nordin Ahmad, Ahmad C, Daeng Idris, Malik Sutan Muda dan S Shamsuddin. AM berkesempatan untuk menonton Teater Bangsawan Abu Hassan Pencuri yang dipentaskan di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam jam 8.30 malam.


Kali ini karya ini telah diberi nafas baru dan diadaptasikan ke Pentas Teater. AM merasa bertuah kerana berpeluang untuk menonton teater arahan Zayrul Iqwan Rosli yang begitu menarik, unik dan penuh gelak ketawa.

SINOPSIS TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI

Abu Hassan dan sahabatnya iaitu Kassim merupakan pencuri tegar di Kota Baghdad. Abu Hassan telah jatuh cinta kepada Tengku Faridah ketika pertama kali melihat wajah Tengku Faridah semasa rombongannya ke Pasar Baghdad. HUbungan Cinta terjalin setelah Abu Hassan menggunakan tali ajaib untuk memanjat tembok Taman Diraja Istana Baghdad.


Namun segalanya terhalang kerana keinginan Sultan Baghdad yang ingin bermenantukan Putera Raja. Kemudiannya Tukang Sihir Jaafar dari Negeri Tartar telah menyamar sebagai Putera Raja namun akhirnya ditolak oleh Tengku Faridah. 




Kejadian tersebut telah mengundang kemarahan Tukang Sihir Jaafar dan menukarkan Tengku faridah menjadi seekor burung dan membawanya lari Negeri Tartar. 





Pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan Tengku Faridah dan akhirnya Tukang Sihir Jaafar berjaya dibunuh oleh Abu Hassan. Sultan akhirnya merestui perkahwinan Abu Hassan dan Tengku Faridah.


AM sangat kagum dengan lakonan yang berkesan dari setiap pelakon. Masing-masing bijak memainkan peranan dan mencuitkan hati AM untuk terus menonton. AM dimaklumkan yang ini merupakan pertama kali bagi Persatuan Dramatis Kuala Lumpur diberi peluang terbabit dalam program Semarak Bangsawan 2018 anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan kepercayaan ini telah dibalas dengan hasil pementasan yang begitu baik dan cemerlang.

para pelakon, barisan Produksi dan VIP yang turut hadir

Empat pelakon yang membawakan watak utama iaitu Saifulwazien sebagai Abu Hassan, Juwita Rosli (Tengku Faridah), Hairi Ghani (Tengku Jaafar) dan Khai Sabri (Kassim) begitu menghayati setiap dialog teater yang dipersembahkan. Uniknya lagi Teater Bangsawan Abu Hassan Pencuri turut diindahkan dengan lagu nyanyian secara ‘live’ daripada pelakon utama. Memang lunak suara mereka.

gelagat tauke panggung

Persembahan teater ini turut diserikan dengan gelagat Tauke Panggung iaitu Mr Ramasundram yang fasih berbahasa melayu, cina dan india. AM rasa terhibur dan sentiasa menantikan setiap kali kemunculan Tauke Panggung dengan telatah yang menghiburkan dan berinteraksi dengan penonton.

Rachel AF15

Persembahan juga turut dihiburkan dengan Nyanyian mantap dari Rachel AF15 berjudul ‘Bulan Ditutup Awan’ dan ‘Matahariku’.

KATA ALONG MURNI

AM SANGAT KAGUM DAN RASA BANGGA DENGAN ANAK-ANAK MUDA 
YANG BEGITU KREATIF DALAM BERKARYA DAN 
MEMBUAT PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI.
 SATU UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS AM UCAPKAN BUAT 
PERSATUAN DRAMATIS KUALA LUMPUR DAN SELANGOR 
ATAS PERSEMBAHAN TEATER YANG BEGITU UNIK DAN MEMUKAU AM. 
SEMOGA BANYAK LAGI BAKAT-BAKAT YANG BERJAYA DIKUMPULKAN DAN DICUNGKIL DI KALANGAN ANAK-ANAK MUDA 
SEPANJANG SIRI SEMARAK BANGSAWAN INI.

Post a Comment

20 Comments

  1. dulu time belajar, selalu tgk teater.
    tak pernah la berlakon, tak pandai. support kawan2 dan aktiviti Uni.
    teater = ohsem. ia siaran langsung. lebih best dari lakonan drama dlm tv.
    teater is the real art. sebab no edit, kan. i like.
    perkara sebegini harus diteruskan.
    memartabatkan teater serta mengembalikan nostalgia citer2 lama.

    ReplyDelete
  2. Best nya tgk persembahan teater , ai like cuma now lama dah tak tengok .. huhu best best

    ReplyDelete
  3. Mesti menarikkan. First time tengok teater aladdin kat genting. Tu pun tak berapa faham sebab cakap mat saleh hihihi

    ReplyDelete
  4. Ala, semalam dah ada kat MATIC tapi tak boleh stay sampai malam. Kalau tak, boleh tengok Teater Abu Hassan Pencuri ni. Nampak macam best sebab sy memang suka tengok teater

    ReplyDelete
  5. Best yer dapat tengok teater bangsawan macam ni. Teringin nak tengok teater, tak pernah lagi tengok

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tgk teater.hehehe.Teringin gak nak g.dari bujang sampai skrg xpergi2 pun hahah.Tunggu anak besar skit kita g neh.

    ReplyDelete
  7. Uih seronoknya AM ada peluang nak tengok teater macam ni. Saya teringin sangat nak tengok real live. Mesti best kan

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi ibu pergi panggung teater dan tonton persembahan teater secara live. Perasaannya lain

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi tengok teater seumur hidup. Harap one day dapat pergi. mesti best. Cerita Abu hassan ni pernah tengok P Ramli version dekat TV 1. memang best. Bagus la anak muda yang sertai teater dan berbakat, dari terlibat dengan gejala tak berfaedah.

    ReplyDelete
  10. Bestnya AM pergi tengok teater. Rasa teringin pulak nak pergi sbb dah lama tak tgok teater. Mesti best cerita bangsawan nie. Nampak pelakon semua berbakat

    ReplyDelete
  11. Dulu pertama kali tengok teater dekat istana buday..baru tau..oo macam ni rupanya teater..best pulak tengok..sebb dapat tengok depan-depan diaorang berlakon

    ReplyDelete
  12. Rawlins dulu penggiat teater gak masa belajar. And memang minat teater sampai la sekarang. Rawlins rasa sekarang penggiat teater makin kreatif sebab teknologi makin canggih kan.

    ReplyDelete
  13. Abu hassan pencuri ni kalau tak silap cerita yang pernah di bintangi oleh seniman p ramlee kan.

    ReplyDelete
  14. Bestnyaaa. Emi so far tak pernah tengok teater. Eh tapi kan, abu hassan pencuri ni bukan femes zaman p ramlee dulu2 ke?

    ReplyDelete
  15. Orang yang mulakan kareer lakonan di alam teater, bakat nya lebih di gilap sebab berlakon live kan

    ReplyDelete
  16. Lama tak layan teater dulu rajin juga pi tengok. suka tengok dorang berlakon dan menghayati watak teater tu. tengok live depan mata lagi best kan.

    ReplyDelete
  17. Dlu kita masuk teater...nmpk sng tp ade gk susahnya teater ni kan... Kdg2 bila tgk teater lain rse menariknya.. Skrg dh lama xtgk teater... Tringat zmn2 dlu punya... Tjuk abu hassan pencuri ni mcm menarik...

    ReplyDelete
  18. saya belum pernah ada pengalaman tonton teater.. tapi suka sangat dgn filem abu hassan pencuri.. pada saya best p ramlee movie of all time.. hehe

    ReplyDelete
  19. Wahh. Saya paling suka tengok pementasan dan teater macam ni. Sebab suka dengan cara penggunaan Bahasa Melayu dia.

    ReplyDelete
  20. last tgk teater bawang putih bawang merah dkt IB..

    ReplyDelete