Wednesday, 5 September 2018

PENGEMBARAAN AM DI NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

PENGEMBARAAN AM DI NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN


Kali ini Pengembaraan AlongMurni (AM) dalam Travelogue Malaysia anjuran BORAKKITA dengan kerjasama PERLIS NATURE WILDLIFE (PNW) kini tiba di NEGERI PERLIS. Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.

Perjalanan AM dan team menaiki Perodua Bezza mengambil masa lebih kurang 7 jam agak lewat dari jangkaan masa. Yelah, AM dan team agak hati-hati dalam pemanduan memandangkan hujan lebat dan perjalanan yang agak jauh. Kami berhenti rehat di dua Hentian Rehat.

KEUNIKAN KAMPUNG HUJUNG BUKIT


❤ HOMESTAY KAMPUNG HUJUNG BUKIT



Destinasi AM dan team terus ke HOMESTAY KAMPUNG UJUNG BUKIT. Ia terletak di No 1, Jalan Kurong Batang, 01000 Kangar, Perlis. Homestay ini dikelilingi sawah padi yang menghijau dan pengunjung akan berasa tenang dan santai apabila menginap disini. Homestay ini diurus oleh JKKK Kampung Ujung Bukit, Encik Ab Karim Bin Saad.

bergambar bersama Pak Karim (berjubah biru)
Keluasan homestay ini sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti family day, reunion, group treat, activiti team building, bbq dan sebarang aktiviti tertutup. Terdapat kira-kira 20 buah homestay di Kampung Ujung Bukit ni yang di uruskan oleh Ajk-ajk Homestay Ujung Bukit yang di iktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah program homestay Malaysia. Homestay di sini adalah milik orang kampung yang dibina mengikut idea dan peruntukan kewangan masing-masing. Kadar sewa yang dikenakan atara RM 80.00 sehingga RM 140.00 bergantung pada kemudahan yang terdapat di bilik tersebut.


Masa untuk check in dalam bilik AM. Wahhh!! walaupun homestay susun atur kemas & siap ada aircone tau. Yang paling teruja adalah bilik airnya!! Rasa cam mandi dalam gua kerana dinding bilik air adalah dinidng nukit itu sendiri. Memang unik dan bestla!!.

keadaan bilik yang selesa

bilik air yang unik

suasana pagi yang indah dan nyaman.
Untuk maklumat lanjut kalau ingin menginap disini boleh terus hubungi nombor tertera ya!.
Homestay Kampung Hujung Bukit, Kangar Perlis.
 Tel : 013-4903800 dan 012-5556000

❤ BUKIT MERBOK

Memandangkan cuaca yang cantik dan mengizinkan, AM sempat jalan-jalan di kawasan sekitar Kampung Hujung Bukit. Best tau jalan-jalan melihat keindahan dan kehijauan sawah padi. Tambah pula dengan udara yang segar dan nyaman. Sempat jugalah AM bergambar sakan di sawah padi dan kawasan Kampung Hujung Bukit. AM dimaklumkan oleh pihak PNW yang terdapat sebuah bukit yang amat sesuai untuk pendakian. Lokasi betul-betul di belakang Homestay Kampung Hujung Bukit. Apalagi, dah siap dan readyla AM untuk mendaki bukit. Nama bukit tersebut adalah Bukit Merbok. AM dah benar-benar teruja dan tak sabar nak menawan Bukit Merbuk.

kawasan sekitar kampung
AM di Ladang Buluh Madu. Laluan ke Bukit Merbuk
Laluan sebelum pendakian bermula adalah kawasan Ladang Buluh Madu. Sebelum pendakian bermula, AM dan team membaca doa dan berharap pendakian berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami juga dinasihatkan oleh pihak PNW untuk menjaga tutur bicara dan gerak langkah kerana Bukit Merbok merupakan kawasan Bunian.

laluan yang agak curam. menyesal time nie tak pakai sarung tangan.

AM dibantu oleh Daniel (PNW) meniti batu-batu yang tajam dan licin

AM hampir tergelincir dan dibantu Mann (PNW)
Laluan dakian agak curam dan licin. Ada juga batu-batu tajam. Jadi AM nasihatkan untuk memakai sarung tangan (Glove) ketika mendaki Bukit Merbok ini. Di sini bantuan dari pihak PNW sangat membantu. AM juga hampir tergelincir jatuh ke bawah. Mujur ada seorang anggota PNW yang dikenali dengan nama Abg Mann membantu AM. Saat hampir terjatuh tue dah terbayang dah wajah anak-anak dan emak di kampung. Terus beristifar banyak-banyak. AM kuatkan semangat dan teruskan pendakian.

Di tengah laluan ke Puncak Bukit Merbuk terbahagi ke pada dua. Satu laluan ke kiri menghala ke Gua Bunian dan satu lagi laluan ke atas merupakan laluan ke Gua Tembus. Kami bergerak ke Gua Bunian dahulu sebelum meneruskan ke Gua Tembus.

GUA BUNIAN


Di Gua Bunian keadaannya agak unik dan mengagumkan AM. AM sempat bergambar dan ‘capture’ pemandangan yang indah di Gua Bunian ini. AM dan team berehat kira-kira 20 minit di Gua Bunian sambil mendengar penerangan dari pihak PNW.


cantik dan unik Gua Bunian

AM dimaklumkan oleh pihak PNW yang Gua Bunian ini mengikut mitos adalah merupakan tempat perkampungan orang bunian. Mengikut cerita orang-orang tua, orang bunian dan manusia dahulunya sangat rapat dan saling berkomunikasi. Sekiranya  ada majlis perkahwinan mahupun kenduri, manusia akan meminjam segala perkakasan untuk kenduri seperti periuk belanga, cawan dan pinggan mangkuk yang unik dari orang Bunian. Namun begitu ada di antara manusia yang tidak memulangkan kembali barangan yang dipinjam maka sejak dari itu terputuslah hubungan antara manusia dan orang bunian.

Sekadar mitos orang-orang dahulu. Samada benar atau tidak, Waallahhualam. Kami hanya sekadar masuk di pintu gua Bunian sahaja. Untuk keselamatan kami, pihak PNW menasihatkan agar tidak memasuki ruangan di dalamgua tersebut. Jadi M dan team akur dengan arahan.

GUA TEMBUS

Selepas 20 minit, AM dan team menuju ke Gua Tembus. Wahh!! Memang ternganga sebentar AM sebentar melihat kedalaman Gua Tembus ini. Tak berani AM nak menjengok ke bawah. Mana tidaknya, AM kan gayat.. 

Gua Tembus yang ditunjukkan oleh Syamil (PNW)

Kemudiannya AM meneruskan pendakian. Kira-kira 15 minit akhirnya AM sampai juga di Puncak Bukit Merbuk. Wahhh!! Memang menarik pemandangan dari sini. AM boleh nampak kawasan kampung, sawah padi yang menghijau.. Menakjubkan dan syukur sekali AM dapat lihat keindahan dari puncak Bukit Merbuk.

tersenyum bangga AM bila akhirnya tiba di puncak Bukit Merbuk.
Tidak jauh dari situ terdapat Puncak Bukit Kaktus. Di sini memang terdapat banyak pokok-pokok kaktus yang berduri tajam. Jadi tahap hati-hati kena tinggi sikit di kawasan Puncak Kaktus.


Setelah puas bergambar, AM pun ingin segera turun. Yelah.. dah sampai masa makan tengah hari kan?? Perut pun dah berirama lagu keroncong dah!! Hehehehe..

Ternyata menuruni Bukit Merbuk lebih sukar dari semasa mendaki. Yang menariknya, tanpa sedar kumpulan dah terpecah kepada 3 bahagian. dan AM di kumpulan yang tengah-tengah. Setiap kali kami hilang jejak arah kumpulan di hadapan, AM akan menjerit Kukooo!! dan kumpulan di hadapan akan menyahut panggilan AM dengan Kukkoo juga. Jadi AM dan pasukan di tengah mengikut arah suara tersebut. Sama juga berlaku bila kumpulan di belakang AM ingin tahu kedudukan kami, mereka akan kenjerit Kukkoo dan AM membalas sahutan juga. Jadi komunikasi nampak unik dan menarik kan??

Apa-apa pun, sekalung budi dan penghargaan buat Team PNW kerana banyak memberi informasi dan menjaga kami sepanjang pendakian Bukit Merbok!! tahniah dan terbaik Team Perlis Nature Wildlife (PNW).

 PERLIS NATURE WILDLIFE (PNW)

Sedikit info mengenai PNW. Ia mula ditubuhkan pada 2016, PNW adalah satu-satunya badan bukan kerajaan (NGO) yang dikhususkan untuk Negeri Perlis melalui perkongsian pengetahuan, gambar dan maklumat umum di laman Facebook Perlis Nature Wildlife selain daripada memberi taklimat percuma kepada masyarakat.

Walaupun bergerak sebagai sebuah NGO yang masih baru di Negeri Perlis, PNW telah berjaya merintis jalan kepada sektor pelancongan, pendidikan dan perkembangan ekonomi setempat dengan memberi pendedahan berkaitan tempat-tempat menarik serta hidupan liar yang sejak sekian lama wujud di negeri Perlis di samping mewujudkan kesedaran menjaga alam semulajadi.


Bila tiba di kaki Bukit Merbuk, telah tersedia makanan yang dipesan dan dihantar terus di Kaki Bukit Merbok iaitu Homecook. Shipcooks. Ada pilihan menu ikan keli dan ayam goreng..Nampak je menu ikan keli terus AM tanpa buang masa Baca Bismillah dan terus menyantap keenakan ikan keli. Sedap tau!! Siap ada sambal kerang lagi!! Nyumm nyummm!!



KATA ALONG MURNI


DESTINASI AM YANG PERTAMA DI KAMPUNG HUJUNG BUKIT 
MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN MANIS DAN
 BANYAK YANG AM BELAJAR DARI SINI. 
HUBUNGAN TALI PERSAHABATAN ANTARA AM DAN TEAM BERTAMBAH ERAT. SEGALA RANJAU KAMI LALUI BERSAMA DAN SALING BANTU MEMBANTU. MEMANG TERBAIK!! ❤❤❤❤❤❤❤


21 comments:

Fadzi Razak said...

Sukanya tengok bilik air dia. Memang unik habis. Tak pernah lagi tengok bilik air design macam tu. Kalau saya pergi mesti nak ambil gambar dekat situ jugak hahahaha

Ibu Pantang said...

bestnyaaa.tak pernah sampai lagi negeri perlis.tak tahu apa yang best kat sana hahaha.tapi sekarang dah baca artikel awak,maka next trip bolehlah ke perlis jugak hehe

Nadia Johari said...

Wah , macam-macam aktiviti dia buat..bestnya..banyak benda boleh buat dekat perlis erk...bilik air tu unik..hehe

Afizah Abd Rahman said...

Bestnya jalan-jalan Perlis. Penuh aktiviti. Tak pernah ke Perlis lagi. Toilet tu... Memang unik sangat.

Azmi Writer said...

Jauh berjalan sampai ke hujung utara semenanjung malaysia tu, semoga berjumpa dengan hikmah dalam pengembaraan anda

Ibu Syurga said...

Perlis ni terkenal dengan pelam harum manis kan. Boleh lah borong banyak banyak buat bekalan pulang

Wawa Ashihara said...

Wah seronoknya dpt jelajah dgn PNW... Tertarik dgn bilik air dia..hehe.. Batu2 je... Kita penah merasa hiking curam...ya ampun.. Rasa dh hujung nyawa mse tergelincir nk jatuh tu... I feel u AM.. Hihi..

Kin Naz said...

Unikla bilik air dia. Kinah pernah sampai ke kampung ni kalau tak silap la. Kumpul bahan untuk assginment. Orang kampung kat situ semuanya ramah-tamah. Tapi tula sepanjang 3tahun duduk kat utara tak pernah lagi hiking kat sini. Bestnya dapat hiking

Mrs Liez said...

Rindunya perlis.. dulu liez pernah stay dkt alor setar dan rajin g perlis rumah atok bff Liez.. tahu pergi gua kelam, kaki bukit je..skrg dh mcm2 ada erk.. homestay tu serius bathroom dia unik

Khai artzfar said...

Dulu dah pernah jumpa dorang ni.memang bagus Dan membantu! Perlis ni biarpun kecil tapi banyak tempat best

JMR said...

Baca pasal Perlis mesti teringat mangga harum manis..ingatkan negeri kecil takde tempat menarik..rupa-rupanya banyak je kan

Rawlins GLAM said...

Perlis memang best kan - banyak tempat untuk explore walaupun merupakan negeri paling kecil. Kagum tengok AM boleh lakukan aktiviti fizikal yang mencabar, entah2 Rawlins pun gagal tu. Hehe

Zharif Azis said...

Bestnya AM berjalan ke Perlis. Zharif jarang ke negeri Perlis. Teringin nak teroka apa yg menarik di perlis. Nanti zharif nak ikut itinerary AM lah sebagai panduan

alia farhan Said said...

Cantiknya Gua Bunian tu...
Bilik air dinding batu tu lagi unik...terbaik lah pengembaraan ni

AyuArjuna BiGoshh said...

bestnya murni berjalan sakan..ai is so jeles...teringin nak jalan2 macam ni//tengok negeri orang sambil kutip pengalaman

Mama Hakim said...

Masa muda dan kalau ada kemampuan keluarlah mengembara dan ambil pelajaran bersama teman teman pengembaraan

Annur Syuhadah said...

AS memang suka dengan alam semulajdi negeri Perlis. Dulu masa kerja di hospital tuanku fauziah, kangar, AS sempat juga explore beberapa gua kat sana. Tapi orang tua tua tak bagi cakap besar dan mulut lepas kalau datang ke tempat macam ni huhu~ takut ada "tok nenek" marah. Syeram.

Ika Sani said...

Jauh pengalaman luas pandangan. Ika study sini 5 tahun tapi tak pernah pi tempat2 ni lagi hahha. Tapi menariknya yang best semestinya makanan sebab byk makanan thailand boleh dpt kat perlis

ALONG MURNI said...

Time AM pegi bukan musim harum manis.. tapi AM sempat pegi & rasa pokok durian yg berusia 120 tahun yg masih berbuah.. sempat juga merasakan keenakan buah duriannya.. yummyy..

Hanny Abdullah said...

Bestnya jalan2 ke Perlis..sis belum sampai lg ke sana dn menerokai kindahan Perlis. Tapi kalau sis pergi pun sis tk leh lah buat tracking2 tu..mau semput di buatnya nanti

Nieyla Nadia said...

bestnya jalan2 dkt sana...belum lagi pernah ke sanaa..