POKOK DURIAN BERUSIA 120 TAHUN
TAPI MASIH MAMPU MENGHASILKAN BUAH DURIAN
SEDAP, ENAK DAN HARGA BERPATUTAN
Sesuatu yang unik dan menarik minat AlongMurni (AM) dalam
pengembaraan di Negeri Perlis kendalian Borakkita dengan kerjasama Perlis
Nature Wildlife (PNW) semasa di Kaki Bukit.
Kaki Bukit merupakan sebuah pekan kecil yang majoriti penduduknya mengusahakan kebun durian dan halia. Ia menjadi tumpuan para peraih dan pembeli dari dalam
serta luar negeri ini bagi mendapatkan durian yang turut digelar sebagai lubuk
buah berkenaan.
Namun, ternyata pekan kecil ini mempunyai keistimewaan
tersendiri iaitu sebatang pokok durian berusia 120 tahun yang masih aktif
menghasilkan 500 hingga 1,000 biji buah setiap tahun terutama pada bulan Julai
hingga Ogos.
AM dimaklumkan oleh Tham Ngui Long yang lebih senang
dipanggil AH LONG bahawa pokok durian itu merupakan peninggalan moyangnya. Dusun durian AH LONG ini mempunyai lebih 10 batang pokok durian yang berusia
ratusan tahun dengan setiap pokok mampu menghasilkan lebih dari 1,000 biji
durian setiap musim. ALONG cuma menjual dengan harga berpatutan kira-kira RM10
sehingga RM16 bagi setiap satu kilogram.
gigih AM mengopek buah durian |
aduhaii.. cantik & tebalnya isi.. |
Apalagi, AM pun mencuba la durian milik AH LONG yang berusia 120 tahun ini. Bila AM mencuba gigitan pertama isinya, AM terkedu sebentar.. Serius memang sedap!! Rasa duriannya memang berbeza daripada buah durian kahwin, musang king dan pelbagai jenis durian lain kerana mempunyai keistimewaan dan kelazatan tersendiri.
Sempat juga AM melihat kawasan dusun dan berborak dengan Ah
Long. Beliau menyatakan yang tidak sukar untuk menjaga pokok durian tersebut
memandangkan kawasan Kaki Bukit itu sendiri bersuhu sejuk dan berkabus pada
awal pagi manakala panas semasa tengahari yang faktor penyumbang kepada
perkembangan dan pembesaran pokok durian.
Orang ramai yang ingin mencuba durian daripada pokok berusia
ratusan tahun itu, bolehlah mengunjungi gerai Along yang terletak di Pekan Kaki
Bukit ini.
Selain itu, di dusun Ah Long juga menghasilkan buah Cempedak dan rambutan yang lebat, ranum dan manis
KATA ALONG MURNI
SEBAGAI PEMINAT TEGAR BUAH DURIAN,
AM MEMANG SARANKAN UNTUK
DATANG SENDIRI MENCUBA
KEENAKAN BUAH DURIANNYA YANG
PENUH RASA LEMAK MANIS,
SEDAP DAN ISINYA PADAT.
HARGANYA BERPATUTAN IAITU SEKITAR RM10-RM16 BAGI
SEKILOGRAM.
JOM RAMAI-RAMAI KITA KE PEKAN KAKI BUKIT!!! ❤❤❤❤❤❤
22 Comments
Durian saka, semakin tua semakin best.
ReplyDeleteBesarnya pokok durian, dah berusia puluhan tahun pun masih mengeluarkan hasil mesti pokok2 tu diberi penjagaan yg baik
ReplyDeletebesarnya! tapi belah utara memang unik dengan durian. ada macam2 jenis warna pun ada! haih terliur suda
ReplyDeleteWow lamanya usia dia , pokok pun bapak besaunya .. ni dua tiga kali ngap dah kenyang sebab isi pun besar gak
ReplyDeleteNak makan durian.. wow! Besarnya pokok durian tu... best lah durian ni..
ReplyDeletemak aihh pandai org tu jaga sampai dia berbuah walaupun dah usia 120 tahun..pergh..subur betul...heehe..sedapla dapat makn durian ni
ReplyDeleteso yummy durian, I love to eat durian. My hub sometimes buy for me as he knows I like to eat durian.
ReplyDeletewow ! 120 tahun tapi masih boleh hasilkan buah. sangat hebat. pandai tukang kebun tu jaga pokok nie. Rasa teringin pulak nak rasa buah dari pokok 120 tahun nie. mesti rasa dia sedap kan AM
ReplyDeleteAlhamdulillah, besar kemungkinan orang yang menanam pokok tu ikhlas, sebab tu sampai sekarang ia masih berbuah. Berterusan dapat pahala selagi ada orang makan buah dan haiwan berteduh
ReplyDeleteHantu durian ni kalau dah jumpa durian mana kira pokok tua atau muda. Janji sedap buahnya dan kecil bijinya layan saja kan
ReplyDeleteamni pun hantu durian.pantang tengok durian.lebih2 lagi kalau duiran orang belanja.hahaha.memang terlajak besar tapak tangan ku tadahkan hahaha
ReplyDeleteRasa macam magic gitu pokok durian dah umur 120 tahun pun masih boleh berbuah lagi. Memang seronok betul lah kalau orang2 gila durian dengar ni.
ReplyDeletePokok pun ada yang berusia lanjut dan masih mengeluarkan hasil kalau di jaga dan di baja dengan baik
ReplyDeleteAllah.. Sedapnya durian.. Sebelum pindah ke Mersing dah makan puas puas dah durian sampai takmo dah. Sekali tengok yang ni jadi terliur pulak nak makan durian. Sedapnya la haiii..
ReplyDeleteTak sangka pokok durian boleh hidup dan berbuah selama tu. Power gila Kak AM bukak durian sendiri. Saya tak mampuuuu hahahaa
ReplyDeleteWaaaaaa dh 120 tahun pokok durian tu.selalunya pokok dh tua mmg tak berbuah. yg bestnya masih berbuah lebat kan.. harus buah dia terbaik sebab dah senior hihihi
ReplyDeleteUittt lamanya usia durian tu..still berbuah lagi lak tu..mmg power le..makin tu makin menyengat org kata..:D
ReplyDeleteWah lama betol usia pokok durian ni ya. Jumlah penghasilan buah pun dangat banyak. Memang terliur betol tengok isi buah durian tu. Buah pun cantik je
ReplyDeleteWhoa! antique pokok ni. But super power la still boleh ada buah lagi. aloo...tengok durian teringin nak makan cucur durian la.
ReplyDeleteBeruntungnya dapat makna durian terus kat kebun durian. Mesti sedap dan buah rasa fresh. Kalau kat kedai selalunya buah dah lama.
ReplyDeleteDurian adalah fav nieyl..boleh habiskan seorang 3 or 4 biji hahaha... 120 tahun peh !dah tua pokok ni
ReplyDeleteasyik makan saja hai murni murni....
ReplyDelete