Friday, 5 October 2018

APPLIKASI MMSOS: BANTUAN KECEMASAN YANG LEBIH EFISIEN, TERJAMIN DAN PANTAS


APPLIKASI MMSOS : BANTUAN KECEMASAN YANG 
LEBIH EFISIEN, TERJAMIN DAN PANTAS


Kadang-kadang bila melihat isu iaitu kes jenayah yang seringkali malah hampir saban hari diperkatakan samada media cetak mahupun media elektronik, AlongMurni (AM) jadi gusar dan takut. Yelah, tidak ada sehari pun berlalu tanpa kejadian jenayah. AM rasa tidak selamat dan terancam walaupun di dalam rumah.  Jenayah dan kegiatan berkaitannya telah menjadi satu isu yang membelenggu semua rakyat Malaysia. Kejadian jenayah yang membabitkan keganasan dan trauma mesti dilihat pada sudut yang lebih serius bukan sahaja daripada pihak kerajaan, pihak penguat kuasa dan kehakiman malah oleh keseluruhan masyarakat.



Bila AM dimaklumkan mengenai usaha yang cuba dijalankan oleh MM Synergy Sdn Bhd , AM rasa sedikit lega. MM Synergy Sdn Bhd telah melancarkan Aplikasi Telefon Mudah Alih iaitu Aplikasi MMSOS iaitu ‘Most Momentum Sos Assist’ untuk mengatasi permasalahan yang sering menjadi bualan masyarakat umumnya.

Aplikasi MMSOS ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggabungkan unit keselamatan dan bantuan kecemasan seperti Ambulan, Polis, Bomba, Klinik atau hospital, bantuan kerosakan kenderaan dan bantuan unit Kaunseling.



Tambah melegakan AM adalah Aplikasi MMSOS ini beroperasi tanpa henti. AM hanya perlu Muat turun Applikasi MMSOS secara PERCUMA di Play Store dan IOS . Kemudiannya hanya perlu tekan ‘Panic Button’ apabila berada di dalam situasi kecemasan. Yang menariknya Aplikasi MMSOS ini mempunyai ‘Location Detector’ tau!! Jadi tak perlu terang lebih lanjut lokasi AM. Segalanya dapat dikesan melalui sistem Aplikasi MMSOS.  Team RO (Rescue Officer) MMSOS akan datang segera memberi bantuan.


Satu lagi keunikan yang ada dalam Aplikasi MMSOS ini adalah bantuan kecemasan merangkumi  kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, menghadapi pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, bantuan ambulan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan kebakaran.


AM berkesempatan untuk mendapat informasi lanjut tentang Aplikasi MMSOS ini di Office MM Synergy yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur. MMSOS menyediakan dua perkhidmatan kepada orang ramai sama ada melanggan aplikasi percuma ataupun perkhidmatan berbayar pula dikenakan bayaran sebanyak RM365 seorang bagi setahun.

Untuk perkhidmatan percuma, orang ramai boleh memuat turun aplikasi MMSOS di dalam telefon pintar dan melaluinya, tertera menu yang menampilkan 12 butang kecemasan bagi membolehkan orang ramai yang menghadapi masalah menekan mana-mana butang bersesuaian dengan kes yang dihadapi.



Pusat panggilan MMSOS akan menerima isyarat kecemasan tersebut dan kakitangan MMSOS akan membantu AM sama ada untuk mendapatkan maklumat lebih tepat berhubung jarak hospital berdekatan, balai polis dan khidmat menunda.

Bagi keahlian berbayar pula, pelanggan akan mendapat manfaat daripada segi potongan harga sehingga 40 peratus dan percuma untuk pelbagai perkhidmatan.

Antaranya pakej-pakej menarik yang akan didapati sekiranya menyertai keahlian berbayar sebanyak RM365 setahun adalah
  • percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
  • Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
  • Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’
  • Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
  •  ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
  •  ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
  •  ‘Ambulance fees’.
  •  Percuma ‘towing’.
  •  dan  pelbagai diskaun lagi.

antara diskaun produk terpilih yang ditawarkan

Memang menarik kan?? terutamanya bagi yang memiliki kenderaan selain isu keselamatan dan bantuan kecemasan dititiberatkan. Hanya membayar RM 365 setahun dan pulangan faedah hampir RM 5000.

Yang berminat untuk turut sama menjadi ahli seperti AM boleh muat turun sekarang. Isi maklumat terperinci di ruangan User Profile, My Account dan jangan lupa Scan QR Code di bawah. Kalau ada sebarang permasalahan berkaitan Applikasi MMSOS boleh wasapp AM di 0173485042 ya!!

scan QR code ini untuk menjadi ahli

KATA ALONG MURNI

APPLIKASI MMSOS SATU USAHA MM SYNERGY SDN BHD BAGI 
MENANGANI MASALAH JENAYAH DI KALANGAN MASYARAKAT. 
DI SAMPING MEMBERI BANTUAN KECEMASAN, 
APPLIKASI MMSOS INI JUGA MEMBERI FAEDAH DAN DISKAUN UNTUK SERVIS, PENYELENGGARAAN KENDERAAN DI SAMPING DISKAUN PERCUTIAN DAN PELBAGAI DISKAUN PRODUK TERPILIH.