APPLIKASI MMSOS : BANTUAN KECEMASAN YANG
LEBIH EFISIEN, TERJAMIN DAN PANTAS
Kadang-kadang bila melihat isu iaitu kes jenayah yang
seringkali malah hampir saban hari diperkatakan samada media cetak mahupun
media elektronik, AlongMurni (AM) jadi gusar dan takut. Yelah, tidak ada sehari
pun berlalu tanpa kejadian jenayah. AM rasa tidak selamat dan terancam walaupun
di dalam rumah. Jenayah dan kegiatan
berkaitannya telah menjadi satu isu yang membelenggu semua rakyat Malaysia.
Kejadian jenayah yang membabitkan keganasan dan trauma mesti dilihat pada sudut
yang lebih serius bukan sahaja daripada pihak kerajaan, pihak penguat kuasa dan
kehakiman malah oleh keseluruhan masyarakat.
Bila AM dimaklumkan mengenai usaha yang cuba dijalankan oleh
MM Synergy Sdn Bhd , AM rasa sedikit lega. MM Synergy Sdn Bhd telah melancarkan
Aplikasi Telefon Mudah Alih iaitu Aplikasi MMSOS iaitu ‘Most Momentum Sos Assist’
untuk mengatasi permasalahan yang sering menjadi bualan masyarakat umumnya.
Aplikasi MMSOS ini merupakan yang pertama di Malaysia yang
menggabungkan unit keselamatan dan bantuan kecemasan seperti Ambulan, Polis,
Bomba, Klinik atau hospital, bantuan kerosakan kenderaan dan bantuan unit
Kaunseling.
Tambah melegakan AM adalah Aplikasi MMSOS ini beroperasi
tanpa henti. AM hanya perlu Muat turun Applikasi MMSOS secara PERCUMA di Play
Store dan IOS . Kemudiannya hanya perlu tekan ‘Panic Button’ apabila berada di
dalam situasi kecemasan. Yang menariknya Aplikasi MMSOS ini mempunyai ‘Location
Detector’ tau!! Jadi tak perlu terang lebih lanjut lokasi AM. Segalanya dapat
dikesan melalui sistem Aplikasi MMSOS. Team
RO (Rescue Officer) MMSOS akan datang segera memberi bantuan.
Satu lagi keunikan yang ada dalam Aplikasi MMSOS ini adalah
bantuan kecemasan merangkumi kes ragut,
rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, menghadapi
pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, bantuan
ambulan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti
tayar pancit atau rosak dan kebakaran.
AM berkesempatan untuk mendapat informasi lanjut tentang
Aplikasi MMSOS ini di Office MM Synergy yang terletak di Segambut, Kuala
Lumpur. MMSOS menyediakan dua perkhidmatan kepada orang ramai sama ada melanggan
aplikasi percuma ataupun perkhidmatan berbayar pula dikenakan bayaran sebanyak RM365
seorang bagi setahun.
Untuk perkhidmatan percuma, orang ramai boleh memuat turun
aplikasi MMSOS di dalam telefon pintar dan melaluinya, tertera menu yang
menampilkan 12 butang kecemasan bagi membolehkan orang ramai yang menghadapi
masalah menekan mana-mana butang bersesuaian dengan kes yang dihadapi.
Pusat panggilan MMSOS akan menerima isyarat kecemasan tersebut
dan kakitangan MMSOS akan membantu AM sama ada untuk mendapatkan maklumat lebih
tepat berhubung jarak hospital berdekatan, balai polis dan khidmat menunda.
Bagi keahlian berbayar pula, pelanggan akan mendapat manfaat
daripada segi potongan harga sehingga 40 peratus dan percuma untuk pelbagai
perkhidmatan.
Antaranya pakej-pakej menarik yang akan didapati sekiranya
menyertai keahlian berbayar sebanyak RM365 setahun adalah
- percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
- Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
- Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’
- Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
- ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
- ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
- ‘Ambulance fees’.
- Percuma ‘towing’.
- dan pelbagai diskaun lagi.
antara diskaun produk terpilih yang ditawarkan |
Memang menarik kan?? terutamanya bagi yang memiliki kenderaan selain isu keselamatan dan bantuan kecemasan dititiberatkan. Hanya membayar RM 365 setahun dan pulangan faedah hampir RM 5000.
Yang berminat untuk turut sama menjadi ahli seperti AM boleh
muat turun sekarang. Isi maklumat terperinci di ruangan User Profile, My
Account dan jangan lupa Scan QR Code di bawah. Kalau ada sebarang permasalahan
berkaitan Applikasi MMSOS boleh wasapp AM di 0173485042 ya!!
scan QR code ini untuk menjadi ahli |
KATA ALONG MURNI
APPLIKASI MMSOS SATU USAHA MM SYNERGY SDN BHD BAGI
MENANGANI
MASALAH JENAYAH DI KALANGAN MASYARAKAT.
DI SAMPING MEMBERI BANTUAN KECEMASAN,
APPLIKASI MMSOS INI JUGA MEMBERI FAEDAH DAN DISKAUN UNTUK SERVIS,
PENYELENGGARAAN KENDERAAN DI SAMPING DISKAUN PERCUTIAN DAN PELBAGAI DISKAUN
PRODUK TERPILIH.
23 Comments
da lama aida tau pasal ni. lom ada apps ni lagi.
ReplyDeletelom sempat ha ha ha ha... akan.
perlu ada apps gini. zaman skang ni jenayah berlaku sekelip mata.
dlm keadaan aman tu la, ia boleh berlaku. aduhai...
Betul tue.. bila ada Apps camni.. mudah la utk kita guna pakai bila waktu kecemasan nanti
DeleteMula2 lia xtau apa benda MMSOS ni sebab ramai sangat update. Lepas baca baru tau rupanya butang kecemasan Dan sangat membantu . Kadang2 kecemasan x dijangka dan agak panik fikir apa yang perlu buat. Dengan aplikasi ni dpat membantu orng dalam kesusahan .
ReplyDeleteYup.. kadang-kadang AM bila panik pun xtau nak call siapa.. dah ada Apps nie mudah la.. just tekan 'panic button'.. semudah itu..
DeleteBagus MMSOS app ni. Kite dah subscribe dah am. Btw beberapa hari lepas tayar kite bocor kene skru. Nak mintak bantuan MMSOS tpi masa tu kt luar kawasan pulak. Harap lepas MMSOS dh cover bnyk tmpt 😊
ReplyDeleteWahh!! bagus faries!! InsyaAllah katanya MMSOS mmg nak meluaskan kawasan liputan merangkumi seluruh Malaysia.. jadi masyarakat leh gunapakai Apps ini dgn segera..
DeleteBagus apps MMSOS ni kan..sangat penting istall kat phone lagi2 kita yang perempuan ni.. kena sediakan payung sebelum hujan selalu kan..
ReplyDeleteBetul tue.. bahaya sebab skrg kita kaum perempuan pun bergerak lasak tanpa mengira waktu seperti lelaki.. Bagus ada Apps ini untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini kan..
DeleteBagus ada app macam ni , apa2 hal jadi kita tak tahu , done download app ni
ReplyDeleteBagus qaseh dalia.. welcome to the club.. hehehe..
DeleteThis is a really useful app, could save lives when in need, I've downloaded it myself.
ReplyDeletewahhh tengok video baru faham macam mana dia berfungsi. memang kena install ni sebab kita bukan boleh tahu apa jadi in future kan. thanks for sharing!
ReplyDeleteBaguslah ada apps macamni terutama untuk wanita single yang jauh dari mak ayah. At least mereka akan dibantu sekiranya ada kecemasan berlaku tanpa perlu susahkan ibu dan ayah dari jauh..
ReplyDeleteBagus sangat applikasi ni sebab kita tak boleh nak jangka bila kita akan berdepan situasi kecemasan terutama kaum wanita. Diah so far memang dah download dan tertarik sebab ada bantuan untuk kaunseling pon ada.
ReplyDeleteAplikasi mmsos ni memnag perlu ada dalam setiap phone untuk menjamin keselamatan kita walau di mana saja kita berada kan
ReplyDeletebagusnya apss ni.membantu sangat terutamanya wanita2 yang bekerja berseorangan tu.gadis2 bujang tu wajib ada apss ni kan.
ReplyDeleteRM365 yuran untuk ahli bersamaan RM1 sehari untuk setahun. Woohoo! Not bad lah kan. SR baru tahu pasal aplikasi MMSOS ni. Sangat membantu terutamanya wanita yang sentiasa ke mana-mana seorang diri. Nice entry! Meh la jenguk blog SR: www.syazaredzuu.com
ReplyDeleteBagusla mmsos ni. Kira kalau kecemasan kita x risau sgt. Ada butang yang boleh ditekan hehe
ReplyDeleteBaik juga kan ada app ini terutama sekali masa kita dalam kecemasan. :) Dengan adanya app ini bolehlah ada peace of mind sedikit. :)
ReplyDeleteBgusnya apps ni..nak kena download jugak..kita xtau kan time2 emergency ni kang2 tetiba blank je..elok beringat mcm ni
ReplyDeleteBagus sangat aplikasi ni.. kalau ada berlaku kecemasan bila2 masa je diorang boleh datang segera kan?
ReplyDeleteKadang-kadang bagus juga ada apps macam ni. Bukan kita tahu bila nak jadi benda bahaya kan.
ReplyDeletebaguslah ada aplikasi macam ni. memudahkan orang mendapatkan pertolongan ketika dalam kesusahan. tengok macam menarik. nak installah
ReplyDelete