APPLIKASI MMSOS: BANTUAN KECEMASAN YANG LEBIH EFISIEN, TERJAMIN DAN PANTAS


APPLIKASI MMSOS : BANTUAN KECEMASAN YANG 
LEBIH EFISIEN, TERJAMIN DAN PANTAS


Kadang-kadang bila melihat isu iaitu kes jenayah yang seringkali malah hampir saban hari diperkatakan samada media cetak mahupun media elektronik, AlongMurni (AM) jadi gusar dan takut. Yelah, tidak ada sehari pun berlalu tanpa kejadian jenayah. AM rasa tidak selamat dan terancam walaupun di dalam rumah.  Jenayah dan kegiatan berkaitannya telah menjadi satu isu yang membelenggu semua rakyat Malaysia. Kejadian jenayah yang membabitkan keganasan dan trauma mesti dilihat pada sudut yang lebih serius bukan sahaja daripada pihak kerajaan, pihak penguat kuasa dan kehakiman malah oleh keseluruhan masyarakat.



Bila AM dimaklumkan mengenai usaha yang cuba dijalankan oleh MM Synergy Sdn Bhd , AM rasa sedikit lega. MM Synergy Sdn Bhd telah melancarkan Aplikasi Telefon Mudah Alih iaitu Aplikasi MMSOS iaitu ‘Most Momentum Sos Assist’ untuk mengatasi permasalahan yang sering menjadi bualan masyarakat umumnya.

Aplikasi MMSOS ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggabungkan unit keselamatan dan bantuan kecemasan seperti Ambulan, Polis, Bomba, Klinik atau hospital, bantuan kerosakan kenderaan dan bantuan unit Kaunseling.



Tambah melegakan AM adalah Aplikasi MMSOS ini beroperasi tanpa henti. AM hanya perlu Muat turun Applikasi MMSOS secara PERCUMA di Play Store dan IOS . Kemudiannya hanya perlu tekan ‘Panic Button’ apabila berada di dalam situasi kecemasan. Yang menariknya Aplikasi MMSOS ini mempunyai ‘Location Detector’ tau!! Jadi tak perlu terang lebih lanjut lokasi AM. Segalanya dapat dikesan melalui sistem Aplikasi MMSOS.  Team RO (Rescue Officer) MMSOS akan datang segera memberi bantuan.


Satu lagi keunikan yang ada dalam Aplikasi MMSOS ini adalah bantuan kecemasan merangkumi  kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, menghadapi pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, bantuan ambulan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan kebakaran.


AM berkesempatan untuk mendapat informasi lanjut tentang Aplikasi MMSOS ini di Office MM Synergy yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur. MMSOS menyediakan dua perkhidmatan kepada orang ramai sama ada melanggan aplikasi percuma ataupun perkhidmatan berbayar pula dikenakan bayaran sebanyak RM365 seorang bagi setahun.

Untuk perkhidmatan percuma, orang ramai boleh memuat turun aplikasi MMSOS di dalam telefon pintar dan melaluinya, tertera menu yang menampilkan 12 butang kecemasan bagi membolehkan orang ramai yang menghadapi masalah menekan mana-mana butang bersesuaian dengan kes yang dihadapi.



Pusat panggilan MMSOS akan menerima isyarat kecemasan tersebut dan kakitangan MMSOS akan membantu AM sama ada untuk mendapatkan maklumat lebih tepat berhubung jarak hospital berdekatan, balai polis dan khidmat menunda.

Bagi keahlian berbayar pula, pelanggan akan mendapat manfaat daripada segi potongan harga sehingga 40 peratus dan percuma untuk pelbagai perkhidmatan.

Antaranya pakej-pakej menarik yang akan didapati sekiranya menyertai keahlian berbayar sebanyak RM365 setahun adalah
  • percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
  • Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
  • Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’
  • Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
  •  ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
  •  ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
  •  ‘Ambulance fees’.
  •  Percuma ‘towing’.
  •  dan  pelbagai diskaun lagi.

antara diskaun produk terpilih yang ditawarkan

Memang menarik kan?? terutamanya bagi yang memiliki kenderaan selain isu keselamatan dan bantuan kecemasan dititiberatkan. Hanya membayar RM 365 setahun dan pulangan faedah hampir RM 5000.

Yang berminat untuk turut sama menjadi ahli seperti AM boleh muat turun sekarang. Isi maklumat terperinci di ruangan User Profile, My Account dan jangan lupa Scan QR Code di bawah. Kalau ada sebarang permasalahan berkaitan Applikasi MMSOS boleh wasapp AM di 0173485042 ya!!

scan QR code ini untuk menjadi ahli

KATA ALONG MURNI

APPLIKASI MMSOS SATU USAHA MM SYNERGY SDN BHD BAGI 
MENANGANI MASALAH JENAYAH DI KALANGAN MASYARAKAT. 
DI SAMPING MEMBERI BANTUAN KECEMASAN, 
APPLIKASI MMSOS INI JUGA MEMBERI FAEDAH DAN DISKAUN UNTUK SERVIS, PENYELENGGARAAN KENDERAAN DI SAMPING DISKAUN PERCUTIAN DAN PELBAGAI DISKAUN PRODUK TERPILIH.






Post a Comment

23 Comments

  1. da lama aida tau pasal ni. lom ada apps ni lagi.
    lom sempat ha ha ha ha... akan.
    perlu ada apps gini. zaman skang ni jenayah berlaku sekelip mata.
    dlm keadaan aman tu la, ia boleh berlaku. aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue.. bila ada Apps camni.. mudah la utk kita guna pakai bila waktu kecemasan nanti

      Delete
  2. Mula2 lia xtau apa benda MMSOS ni sebab ramai sangat update. Lepas baca baru tau rupanya butang kecemasan Dan sangat membantu . Kadang2 kecemasan x dijangka dan agak panik fikir apa yang perlu buat. Dengan aplikasi ni dpat membantu orng dalam kesusahan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. kadang-kadang AM bila panik pun xtau nak call siapa.. dah ada Apps nie mudah la.. just tekan 'panic button'.. semudah itu..

      Delete
  3. Bagus MMSOS app ni. Kite dah subscribe dah am. Btw beberapa hari lepas tayar kite bocor kene skru. Nak mintak bantuan MMSOS tpi masa tu kt luar kawasan pulak. Harap lepas MMSOS dh cover bnyk tmpt 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh!! bagus faries!! InsyaAllah katanya MMSOS mmg nak meluaskan kawasan liputan merangkumi seluruh Malaysia.. jadi masyarakat leh gunapakai Apps ini dgn segera..

      Delete
  4. Bagus apps MMSOS ni kan..sangat penting istall kat phone lagi2 kita yang perempuan ni.. kena sediakan payung sebelum hujan selalu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue.. bahaya sebab skrg kita kaum perempuan pun bergerak lasak tanpa mengira waktu seperti lelaki.. Bagus ada Apps ini untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini kan..

      Delete
  5. Bagus ada app macam ni , apa2 hal jadi kita tak tahu , done download app ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus qaseh dalia.. welcome to the club.. hehehe..

      Delete
  6. This is a really useful app, could save lives when in need, I've downloaded it myself.

    ReplyDelete
  7. wahhh tengok video baru faham macam mana dia berfungsi. memang kena install ni sebab kita bukan boleh tahu apa jadi in future kan. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  8. Baguslah ada apps macamni terutama untuk wanita single yang jauh dari mak ayah. At least mereka akan dibantu sekiranya ada kecemasan berlaku tanpa perlu susahkan ibu dan ayah dari jauh..

    ReplyDelete
  9. Bagus sangat applikasi ni sebab kita tak boleh nak jangka bila kita akan berdepan situasi kecemasan terutama kaum wanita. Diah so far memang dah download dan tertarik sebab ada bantuan untuk kaunseling pon ada.

    ReplyDelete
  10. Aplikasi mmsos ni memnag perlu ada dalam setiap phone untuk menjamin keselamatan kita walau di mana saja kita berada kan

    ReplyDelete
  11. bagusnya apss ni.membantu sangat terutamanya wanita2 yang bekerja berseorangan tu.gadis2 bujang tu wajib ada apss ni kan.

    ReplyDelete
  12. RM365 yuran untuk ahli bersamaan RM1 sehari untuk setahun. Woohoo! Not bad lah kan. SR baru tahu pasal aplikasi MMSOS ni. Sangat membantu terutamanya wanita yang sentiasa ke mana-mana seorang diri. Nice entry! Meh la jenguk blog SR: www.syazaredzuu.com

    ReplyDelete
  13. Bagusla mmsos ni. Kira kalau kecemasan kita x risau sgt. Ada butang yang boleh ditekan hehe

    ReplyDelete
  14. Baik juga kan ada app ini terutama sekali masa kita dalam kecemasan. :) Dengan adanya app ini bolehlah ada peace of mind sedikit. :)

    ReplyDelete
  15. Bgusnya apps ni..nak kena download jugak..kita xtau kan time2 emergency ni kang2 tetiba blank je..elok beringat mcm ni

    ReplyDelete
  16. Bagus sangat aplikasi ni.. kalau ada berlaku kecemasan bila2 masa je diorang boleh datang segera kan?

    ReplyDelete
  17. Kadang-kadang bagus juga ada apps macam ni. Bukan kita tahu bila nak jadi benda bahaya kan.

    ReplyDelete
  18. baguslah ada aplikasi macam ni. memudahkan orang mendapatkan pertolongan ketika dalam kesusahan. tengok macam menarik. nak installah

    ReplyDelete