INDOBOWL KAFE : KELAZATAN INDOMIE DENGAN GABUNGAN
BAHAN
MASAKAN MENARIK DAN TERBAIK.
Bila sebut pasal IndoMie pasti semua terbayang kelazatan Mie
Segera yang amat digemari oleh hampir kebanyak masyarakat Malaysia. Harga
Sepeket IndoMie yang murah, mudah dibawa ke mana-mana dan penuh rasa yang sedap
sering menjadi pilihan tanpa mengira peringkat usia. Tidak ketinggalan juga
AlongMurni (AM) yang sebulan sekali mesti membeli 2 paket IndoMie untuk dimakan
sekali sekala sambil menaip blog..
IndoMie ini berasal dari Indonesia dan dikeluarkan oleh
Biz-Allianz (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Malaysia. Produk IndoMie ini mempunyai kandungan khasiat seperti
tenaga, protein, niasin, asam folat, galian zat besi, natrium, dan pelbagai
macam vitamin seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B6, dan vitamin B12.
Walaupun sedemikian, penggunaan Indomie yang terlalu kerap tidak digalakkan
lantaran Indomie mengandungi pewarna kuning buatan tartrazin yang tidak baik
untuk kesihatan apabila digunakan dalam masa yang lama.
AM berkesempatan untuk datang singgah makan di IndoBowl Kafe
yang telah setahun beroperasi di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dekorasi di dalam IndoBowl Kafe ini memang unik, klasik dan menarik.
Terdapat pelbagai jenis sajian yang berasaskan IndoMie. Antara menu menarik yang sempat AM dan rakan-rakan cuba adalah:
Terdapat pelbagai jenis sajian yang berasaskan IndoMie. Antara menu menarik yang sempat AM dan rakan-rakan cuba adalah:
PELBAGAI MENU BERASASKAN INDOMIE YANG AM DAN RAKAN-RAKAN CUBA |
- CHICKEN CHOP CHEEZY: Dengan limpahan cheezy dgn ayam yang digrill dan telur mata memang membuatkan AM berselera untuk makan. Paduan bersama cili balado memang terbaik!!
CHICKEN CHOP CHEEZY : RM 14.90 |
- INDOMIE AYAM BALADO: Rasa keenakan ayam yang penuh rasa rempah dan masih berjus serta indomie yang kenyal dan sedap memang terbaik untuk dicuba..
INDOMIE AYAM BALADO : RM 10 |
- INDOMIE DAGING BALADO: Bila paduan cili istimewa dimakan bersama daging empung dan telur mata memang nampak menyelerakan untuk dicuba.
INDOMIE DAGING BALADO : RM 12 |
- INDOMIE SALTED EGG CHICKEN: AM paling suka paduan indomie salted egg chicken nie.. serius memang sedap dan dalam banyak-banyak menu, menu ini yang paling AM suka.
INDOMIE SALTED EGG CHICKEN : RM 11.90 |
- MUMBO JUMBO SEAFOOD SOTO: haaa.. kalu nak cuba menu ini boleh dimakan untuk 3-4 orang.. Memang sedap dan penuh bahan.. yang paling menarik adalah telur goyang dengan kuah soto seafood dan samabl balado memang bertambah gak AM makan dan hirup kuahnya!! ada sotong, crab stick, fish kek, udang dan ayam.. memang puas hati dan berbaloi untuk makan nie..
MUMBO JUMBO SEAFOOD SOTO: RM 39.90 |
- AYAM MADURA: dengan ayam yang masih berjus dan lembut membuatkan setiap gigitan rasa ayam madura ini memang puas dan enak untuk dimakan.. terutamanya untuk anak-anak kerana ia tidak terlalu pedas.
AYAM MADURA : RM 12 |
DARI KIRI : AIR SIRAP SODA SELASIH , CENDOL |
Memang best bila menu-menu yang sedap dan menyelerakan ini dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan.. Tambah meriah dengan ragam dan gelagat mereka. IndoBowl Kafe ini boleh menampung antara 50-70 orang untuk satu-satu masa.
Apalagii nak tunggukan kan?? Jom bawa ahli keluarga dan sahabat handai datang ke IndoBowl Kafe yang terletak di
INDOBOWL KAFE SG BESI
72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur
INDOBOWL SUBANG
66, Jalan SS 15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Dibuka pada setiap hari Jam 11pagi - 10.30 Malam
Hubungi 019-5426869 Untuk sebarang tempahan secara berkumpulan.
AM RASA SANTAI DAN TENANG BILA BERADA DI INDOBOWL KAFE.
MENU-MENU YANG TERDAPAT DI SINI DAN BERASASKAN INDOMIE
MEMANG WAJIB DICUBA TERUTAMANYA INDOMIE SALTED EGG CHICKEN
DAN MUMBO JUMBO SEAFOOD SOTO..
MEMANG SEDAP DAN HARGA BERPATUTAN!!
JOMM RAMAI-RAMAI TERJAH KE INDOBOWL KAFE..
19 Comments
Terliur nya tengok makanan ni, ,lebih2 lagi fav pulak memang maggi.. Hoho
ReplyDeletesyok nya dapat makan indomie.. heheh~ banyaknya flavour dan bahan masakan yang enak sekali.. yummy!
ReplyDeleteJarang tengok ada kafe atau restoran yang konsep makan mee segara ini hehehe ini first time kita tengok dan menu semua menarik ada tak mee goreng mamak wakakakaka itu kegemaran kita tu..
ReplyDeleteMenarik ni..selalu tu makan mee segera indomie jer..sekarang dah ada restoran Indobowl, eh..kena la singgah ni...rugi kalau tak makan menu2 menarik yang diorang tawarkan..
ReplyDeleteOwh macam-macam menu ada kat Indobowl kafe..ingatkan ada menu indomee je heheh..anyway, cheezy chciken chop tu nampak sedap giler kot
ReplyDeletekak min paling suka yang salted egg tu..memang kena sangat dengan selera kak min. Tapi semua memang sedap-sedap belaka..Jumbo mambo pun sedap jugak..pendek kata memang puas ati makan kat sini
ReplyDeleteKalau pandai masak, mee segera pun boleh jadi sedap tak terkata kan. perlukan sentuhan seorang yang pandai menghargai makanan untuk tidak membazir
ReplyDeletealas wak kite dh try mmg best indobowl. Mmg jatuh hati sgt. Sedap mkn dgn smbal balado die. Tiba2 rasa lapar nk makan indobowl lg 😬
ReplyDeleteWow terliur nyaaaa, ooo kat sini pun ada chicken chop jugak , menariknya menu-menu diaa
ReplyDeletefuhhh... sedap-sedap semua makanan yang disediakan di Indobowl ni. kenyang perut datang Indobowl. Cheezy chicken chop tu nampak menyelerakan betul hehe...
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Wahhh makanan dia nampak menarik ya. Sis belum ada rezeki utk makan kat Indobowl ni..tak tahulah akan dtg..:)
ReplyDeleteTerliur betul tengok korang duk post pasal makanan kat indobowl ni. Selalu je lalu area sini tapi tak pernah cuba. Next time ke sana nak cuba la salah satu menu dia. Mana tau kot2 kena dengan tekak ni.
ReplyDeleteAduh kak...terliur saya tengok hidangan2 dia kak..nak pi jauh sangat..saya kat penang ni...alaaaa...plis bukak satu kt penang..huhuhu
ReplyDeleteMama kurang sangat nak makan hidangan mee segera ni sebab tiap kali makan kepala akan rasa pening sangat. Cuma sesekali tu teringin makan juga.
ReplyDeletememang sedap2 betul makanan dekat sini. suka ! lepasnie nak singgah lagi. nak makan cheesy chicken chop tu n salted egg chicken. sangat terbaik !!!!
ReplyDeleteEhh dia pakai mee indo mee ye? Sy suka gila mee indo mee tau... Skrg senang la nk dptkan kat indo bowl kan.. Nmpk sdp2 smua... Tp jauh lak nk pi.. Huhu...
ReplyDeleteSelalu tengok Indomie ni mee segera masak sendiri je kat rumah. Nak juga merasa Indomie kat restoran ni. Sedap je tengok menu kat sini.
ReplyDeleteBesar ye mangkuk dia..tengok menyelerakan..nad tak pernh lagi makan sini..nak kene cuba ni..ambik pinggan besr..hehe..
ReplyDeleteIndomee salted egg tu mmg sedap sgt..nk pergi mkn lg nanti
ReplyDelete