IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUK
BERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI
Pada hujung minggu yang lalu, AlongMurni (AM) berkesempatan
untuk hadir ke majlis Pelancaran bagi memperkenalkan jenama Irisa Cosmetics
bertempat di Black Box, Publika. AM dimaklumkan yang jenama Irisa Cosmetics ini
adalah hasil gandingan dua adik beradik bernama Iman dan Irisa. Yang paling
mengagumkan AM adalah Iman berusia 17 tahun dan adiknya Irisa berusia 15 tahun.
wahhh!! Usia muda namun berani untuk mengorak langkah dalam dunia perniagaan.
Pengasas Irisa Cosmetics iaitu Iman dan Arisa |
Semangat dan kekuatan mereka berdua untuk menceburi bidang perniagaan rupanya adalah hasil inspirasi dan galakan daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Kedua-dua ibu bapa Iman dan Irisa sebenarnya adalah Pemilik kepada Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah dari bahan semulajadi dan organik.
Sebagai permulaan Irisa Cosmetics tampil dengan 5 pilihan
pewarna bibir (flux matte). Uniknya pewarna bibir ini adalah :
- berasaskan tumbuh-tumbuhan
- bebas dari paraben
- sesuai untuk kulit sensitive
- tahan lama dan memberi kesan yang lebih panjang
- mudah menyerap
- bebas dari cecair,
- mesra wuduk
- dijamin halal
- senang dibawa ke mana-mana.
Lima pilihan rona pewarna bibir ‘Irisa Cosmetics Flux Matte
dikenali sebagai Solo, Stigma, Valerie, Moonlight dan Dead Roses. AM sempat
juga mencuba Pewarna Bibir Irisa Cosmetics ini. Terus AM jatuh hati tau pada
Irisa Cosmetics. Bila AM pakai je, bibir AM nampak menawan dan menyerlahkan kecomelan
AM.. hehehehe.. Yang paling AM suka adalah tiada lagi kesan gincu bila melekat
pada gelas setiap kali AM minum.. Haaa.. ini yang buat AM terus sambar 1 set
pewarna bibir Irisa Cosmetics.
“ Dengan semangat kekeluargaan dan bimbingan daripada kedua ibu bapa, kami telah bersama-sama melahirkan Irisa Cosmetics bermula dari pemilihan konsep, rekaan, penghasilan produk, percubaan formula, pemilihan bahan-bahan dan juga proses memberikan nama setiap pewarna bibir kami.
Kami juga turut terlibat dalam proses pembungkusan, laman web, social media, dan semua kami lakukan bersama-sama supaya hasilnya dapat membanggakan kami.Irisa Cosmetics adalah glamor, kuasa, keberanian, berdaya saing, berkeyakinan dan sentiasa seiringan dalam menjalinkan persahabatan, cinta dan kehidupan,” kata Iman dan Irisa.
Amboii AM.. Bila dah pakai Irisa Cosmetics ini bukan main lagi berani posing bagai depan kamera.. Acah-acah jadi model comel tapi pendek gitu.. hehehe..
Turut bersama AM di majlis ini adalah Blogger Kolin dan Blogger Achik.. Sempat gak pose maut sekeping dua untuk jadikan kenangan.. Bukan senang nak bergambar dengan Kolin dan Achik ini tau.. Dua-dua kan wanita bekerja.. Jadi sibuk dengan tugasan dan jadual kerja.
KATA ALONG MURNI
AM SANGAT KAGUM DENGAN SEMANGAT JITU
DARI DUA REMAJA CANTIK
KELAHIRAN KUALA LUMPUR INI
DALAM MENERUSKAN LEGASI PERNIAGAAN MILIK KEDUA IBU
BAPA MEREKA. IMAN DAN IRISA MENJADI CONTOH TERBAIK ANAK-ANAK MUDA UNTUK
TERUS
BERANI MENCUBA DAN MENGORAK LANGKAH
MENEROKAI DUNIA PERNIAGAAN. SERIUS AM
MEMANG JATUH CINTA PADA PEWARNA BIBIR (FLUX MATTE) YANG BEGITU SEGAR DAN
MEMPERSONAKAN.. MOGA ADIK BERADIK INI TERUS BERSATU HATI DAN BERJAYA DALAM
SETIAP LANGKAH PENGHASILAN PRODUK KECANTIKAN YANG BERASASKAN
TUMBUH-TUMBUHAN
DAN BAHAN SEMULAJADI.
AM MENYOKONG SEPENUHNYA IRISA COSMETICS.
23 Comments
Seriuslah baru 15 dan 17 th founder dia?Hebat lah
ReplyDeleteSyabas diucapkan semoga produk ni mampu bersaing dengan produk2 lain di luar sana.nati nak usha produk ni sat.
Hi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk..
DeleteJuga boleh email kami dia hello@irisacosmetics.com
kagum dengan pencapaian gadis muda remaja ini...memang thanks to their parents dan minat tinggi mereka juga ni utk mencapai level mereka skrg
ReplyDeleteproduk berasaskan bahan semulajadi nimemqng bagus dicuba. taknperlu worried akan bahan2 terlarang. tapi sayang.. mesra wuduk tu kena terangkan dgn jelas dear. adakah produk ini serap air atau boleh bawa solat saja.. kalau boleh bawa solat ia bkn mesra wuduk. jika serap air tanpa perlu cuci wajah dgn sabun maka ia mesra wuduk.. 😊
ReplyDeleteIrisa cosmetic, muda nya founder nya baru 15 dan 17 tahun. kagum dengan pencapaian mereka ni. Ish ish
ReplyDeleteMula-mula tengok video kat insta tu macam rupa rokok jer hehehe tapi bila baca ohhh produk kecantikan hehehehe untung orang perempuan ni semua ada boleh sahaja guna mana-mana semua selamat...
ReplyDeletehuiii...mudanye founder dia. Kira usahawan muda la ni. Best tengok ingredients product ni dari natural plant.Mesti mau try ni
ReplyDeleteHi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk.. Juga boleh email kami di hello@irisacosmetics.com
DeleteMak ai mudanya founder Irisa Cosmetic ni. Bagus boleh jadi model buat remaja dekat luar tu. Produk Irisa pun nampak bagus sebab bebas paraben, halal dan natural based.
ReplyDeleteMudanya founder irisa cosmetic tu ! Macam tak percaya umur baru belasan tahun. Nanti nak usha jugalah produk ni. Dah keluar kan??
ReplyDeleteHi.. Kita sudah berada di pasaran.. Hi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk.. Juga boleh email kami di hello@irisacosmetics.com
DeleteWahhh muda-muda dah ada busines kan, serius bertuah sungguh diaorang ni,untung jadi anak orang berduit dan dari keluarga busines. Anak2 pun ikut buat busines gak
ReplyDeleteMakeup ni ada dijual dekat mana..Kagum juga tengok du aberadik ni, muda lagi pulak tu, dah buka business..etrbaikla..waktu usia macam ni la bagus buat business, dah meningkat usia, duit pun dh banyak..haha..Mkeup ni semua perempuan suka kot..
ReplyDeleteHi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk.. Juga boleh email kami di hello@irisacosmetics.com
DeleteBagusnya ada business mcm ni diusia muda, boleh maju jika rajin usaha. Produk Irisa tu nampak menarik sekali bolehlah dicuba nanti.
ReplyDeleteHi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk.. Juga boleh email kami di hello@irisacosmetics.com
DeleteMudanya dah ada produk sendiri. Nie semangat Kylie Jenner sangat nie. Kagum dengan anak muda sekarang - muda-muda dah ada semangat berniaga. Congrats. And AM, you look pretty, always.
ReplyDeleteWow.. Muda muda dah keluarkan produk. Hebatnya mereka berdua.
ReplyDeleteKeluarkan pula produk kegilaan wanita. Hehe
Lipstik ke lipmatte ke wajib ada kan..
Wow muda-muda lagi dah ada produk sendiri. Hebatlah anak muda sekarang. Bagus mempunyai semangat meniaga bermula dri kecil. Semoga terus maju dan berkembang ya sy ucapkan
ReplyDeletewhat a young founder there and their product looks amazing. wishing them all the best looking forward to have more and more different range products in the market by this young entrepreneur.
ReplyDeletehahahah..banyak laa aku sibuk wanita bekerja. Tampor kangg...nanti kita p event sesama lagi ye hahahaha
ReplyDeleteWow..15 thun n 17 thun dah ada produk sendiri..bagusnya..gud luck dik..
ReplyDeleteNnti nk try la satu lipmatte dia
Wah rasa bangga pulak umur muda dah ada business sendiri. Bagus tu usaha dengan sokongan ibu bapa. Lia nak try juga produk Irisa ni macam menarik. dan support business woman seperti mereka.
ReplyDelete