NIGHT OF FRIGHT 6: PENGALAMAN YANG MENGUJAKAN ALONGMURNI


NIGHT OF FRIGHT 6: PENGALAMAN YANG MENGUJAKAN ALONGMURNI


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan menjengah ke Sunway Lagoon Sempena Pesta Bulan Hantu dengan Tema Night of Frights 6 (NOF 6). Ini merupakan pertama kali AM turut serta dalam aktiviti seperti ini. AM rasa teruja untuk menjelajah keunikan dan tarikan yang terdapat sepanjang NOF 6 berlangsung. Kehadiran AM ke NOF turut ditemani bersama Team #travelwithbuddies.

Walaupun tahun ni merupakan tahun ke-6 Nights of Fright (NOF 6) diadakan di Sunway Lagoon namun ini merupakan pertama kali AM ke NOF 6. NOF 6  bermula pada 28 September 2018 sehingga 31 Oktober 2018 (Jumaat – Ahad), dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam.



Di NOF 6 ini mempunyai 2 konsep tau iaitu ‘Haunted Theatre’ dan ‘Haunted House’.  ‘Haunted Theatre’ ini unik sebab lain dari panggung wayang yang AM masuk. Mana taknya tengah khusyuk dok layan tayangan filem Hantu tetiba hantu muncul berlari-lari depan mata. Memang terkejut AM dibuatnya. Ada gak AM tengok patung mumia dekat sebelah. Aduhaii.. terkejut AM dibuatnya bila tetiba Mumia tuee sergah AM!! Sampai ada yang sponton melompat dari kerusi tempat duduk..
Di NOF 6 ini ada 7 ‘Haunted House’. Setiap satu mempunyai tema tersendiri. Antaranya adalah:

GHOSTBUSTERS HALLOWEEN - Kat New York memang terkenal dengan Ghostbusters. Jadi merasa la suasana Halloween di sana. Macam-macam jenis Hantu Halloween ada di sini. Ada yang dok terbaring, ready cam nak serang AM pastu ada yang entah dari mana-mana muncul sergah AM.. Aduhaii.. bukan takut tapi AM jerit sebab terkejut.. Hahahaha.  

ZOMBIE ZOO - Bila tengok je perkataan Zombie tue, AM dah terbayangkan citer Korea yang judulnya ‘Train To Busan’!! AM rasa cam seram sebab dok bayangkan muka-muka zombie dalam citer tue.. Hehehe.. Bila masuk dalam Zombi Zoo, AM rasa cam kesian plak tengok Zombi nie dikurung dalam cermin kata.. Kesian diaorg.. Walaupun diaorg buat aksi-aksi sergah langgar cermin dan bergelut untuk keluar dari kurungan tapi AM tetap rasa takut seolah-olah cam diaorg nie nak makan otak AM!! Aduhai AM!!



HORRORWOOD STUDIOS – Dekat Horrorwood Studios ni konsep lebih kepada rumah lilin dan patung lilin yang tidak semena-mena bergerak untuk menakutkan AM. Jadi cam berhati-hati sebab kat dalam nie banyak patung lilin. Tak tahu yang mana satu hantu lilin ataupun sekadar patung semata-mata. Jadi, mood AM masa tue cam tertanya-tanya yang mana satu Patung lilin dan yang mana satu Hantu Lilin.

SLAUGHTERHOUSE 13 - Kat sini, AM rasa cam ngeri sikit. Sebab melibatkan penyembelihan kan?? Main potong-potong badan bagai siap bawa alat cam kapak dan gergaji nak potong AM!! yang nie memang angkat kaki seribu jap!! Banyak benor manusia Psiko yang AM rasa tunggu masa nak potong AM!! Takut woooo..

 WENDIGO – The Legend in The Mist. Wendigo ni kira macam hantu paling legend la kat NOF6 ni. Memang besar benor saiz badan Hantu Wendigo nie!! Kiranya Double Trilpe Saiz tau!! 3 kali saiz badan AM..



Ini AM kongsikan Video dari salah seorang sahabat AM iaitu Zharif Azis yang turut bersama AM menjerit bagai semasa berada di dalam Rumah Badut!! Selamat menonton ya!!

PHOBIA – COULROPHOBIA THE FEAR OF CLOWNS. Mulanya AM ingatkan Badut ini macam satu mascot yang akan menghiburkan AM dengan jenaka dan aksi lawak. Ternyata tanggapan AM meleset jauh sekali!! Badut di NOF 6 nie lucu dan ketawa dengan suara yang menakutkan AM.. Bergema dengar suara jeritan Hantu Badut nie.. Takut AM bila dengar Hantu Badut nie jerit-jerit camni!!

GHOST FACE – The Face to Make You Scream! Alive! In UV3D. Tertanya-tanya juga masuk ke dalam Ghost Face House ini sebab AM diberikan cermin mata 3D!! AM dah la bercermin mata, jadi pakai double cermin mata. nahh!! sekali dua Cermin mata pakai!! Cam kelakar giler pun ada.. hahahaha.. Tapi memang tak menghampakan bila memasuki Rumah Ghost Face ini dengan memakai cermin mata 3 D.. rasa kelainan dan keunikan tersendiri. Sepanjang di dalam rumah Ghost Face ini AM siap pusing badan 360 nak tengok view keadaan sekeliling.. Best wooo!!



Memang best dan rasa tak rugi berada di NOF 6 ini. AM letih dengan ketawa dan menjerit bagai!! Hahahaha.. Pas selesai menjelajah 7 Haunted House dan Haunted Theatre ini, perut pun berbunyi irama keroncong.. Apalagi AM dan rakan-rakan segera mencari tempat makan. Banyak pilihan menu makanan di sini. AM pilih untuk mencuba menu MaryBrown. Set yang ada Ayam goreng dan Burger jadi pilihan untuk menu makan malam.

Nak tahu berapa harga tiket??
Harga Tiket: RM 69 (Normal Prize) seorang.
Harga Tiket Express Lane: RM 114 seorang.

Tungguuu.. Sekarang tengah promosi tau!! Harga (Normal Prize) Tiket cuma RM 60 dan kalau pergi ramai-ramai macam AM cuma RM 55 untuk 4 Tiket sekali daftar dan RM 80 untuk Tiket Ekspress Lane.



KATA ALONG MURNI


APA-APA PUN MEMANG TERBAIK LA NOF 6 INI!!
 TAMBAH MERIAH BILA PERGI BERSAMA RAKAN-RAKAN.
 TAK KERING GUSI AM KETAWA DENGAN GELAGAT TEMAN-TEMAN YANG LAIN. MACAM-MACAM RAGAM DAN PERANGAI BILA MASUK RUMAH HANTU INI. 
PADA YANG BELUM LAGI PERGI KE NIGHT OF FRIGHT 6 DI SUNWAY LAGOON INI AM CADANGKAN UNTUK PERGI NOF 6 BERMULA PADA 28 SEPTEMBER 2018 SEHINGGA 31 OKTOBER 2018 (JUMAAT – AHAD), 
DARI JAM 7.30 MALAM SEHINGGA 11.30 MALAM. 
JOMM.. RAMAI-RAMAI KE NOF 6!!!

Post a Comment

23 Comments

  1. Night of fright tgh viral eh skrg. haha. ramai bloggers tulis entri pasal ni. hehe. ada masa nanti SR jejak sini ok! nice entry!

    meh visit blog SR: www.syazaredzuu.com

    ReplyDelete
  2. uish kalau sha masuk sini mesti jerit sana sini haha

    ReplyDelete
  3. Best ni... murah je ye tiket kalau utk 4 orang...

    ReplyDelete
  4. scary nya.. i'm very timid one. hahahahah~~~ takut lah... tapi... memang exciting dapat pergi sunway lagoon.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. Nampak hantu pelik2 ni confirm anak tak leh tidur malam ni. Hehehe....tempatnya nampak menarik ni....untuk mereka yang berani....

    ReplyDelete
  6. Enjoy jugak la NOF6 ni cuma tak berapa banyak beza dengan NOF5 tapi overall memang berbaloi bagi yang masuk dengan enjoy..i mean rumah hantu ni kalo sape penakut memang best masuk hahaha..kalo berani cam kte susah sikit nak terkejut. Tapi apa pun NOF6 memang terbaik

    ReplyDelete
  7. ooooh ada gak eh aritu? tak perasan hahaah best kan seronok menjerti tengok kawan2 jerit sama hahaah

    ReplyDelete
  8. This is so cool. Halloween season has always been the favourite season of the year to me. Anyway did u mean its similar as the korean movie train to busan? Thats so cool

    ReplyDelete
  9. eiiii...takutnya kalau g sorang2 kan...kena kumpul ahli keluarga la kalau nak pegi...mesti seronok ramai2 kan

    ReplyDelete
  10. best dapat join party hantu ni..lama tak berparty hihihihi
    serammmmmm

    ReplyDelete
  11. oktober is party hantu time lah.
    memana. di mana pun mesti halloween spirit gitu.
    hingga kan sunway lagoon taman tema pun buat tema antu. ohsem lah!
    besday aida sebenarnya holloween month ni.
    tv penuh dgn slot citer hantu jugak hu hu hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  12. syok giler tengok kawan-kan pergi. nad tak pernah pergi..sebab masih ada nak kecil..tapi seram juga nak masuk rumah hntu ni erk..hahaa..banyak bilik rupanya..syokla pula..kene bawak teman yang berani baru boleh masuk

    ReplyDelete
  13. Bestnya am! Suka betul eh am sampai penuh gincu am kt baju kite.hehehe. NOF mmg best! Tahun depan nk pergi lagi. Harap ada hantu lg seram.hehehe

    ReplyDelete
  14. Kalau masuk gan kengkawan memang seronok..leh jerit sama-sama, bila keluar ketawa tak ingat..hehehe. Tapi kalau nak masuk sensorg idok le..memang pengsan nanti dibuatnya

    ReplyDelete
  15. Seramnya kita hehehe tapi pernah pergi sekali kat Sunway Lagoon ini memang setiap tahun mereka akan buat yang lain dari lain dan hantu yang berbeza-beza hehehe cuma tahun ni tak sempat pergi jer...

    ReplyDelete
  16. Wah bestnya suasana Halloween kat sana. Lagi happening dengan orang Yang pakai costume ikut tema . Memang seram lah kan.

    ReplyDelete
  17. Besttttt. Walaupun masing2 termengah2 duk terkejut dek hantu, tapi seronok. Yang jadikan benda ni lagi seronok sebab pergi dgn kawan2 yg happening macam korang ni.

    ReplyDelete
  18. nof memang best..suka tengojk gelagat dan karektor hantu2..yang bestnya hantu2 kat sini semuanya epik tau..heheh kiranya hantu legend

    ReplyDelete
  19. yes setuju. satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. memang best sangat pergi ke sini. rasa macam nak pergi lagi lah AM. jom !

    ReplyDelete
  20. kalau SA confirm dh nangis..dulu pernah masuk kat sunway lagoon masa 2009..itu la pertama dan terakhir SA masuk..hahaha...memang sampai sekarang den x berani

    ReplyDelete
  21. Best pergi nights Of fright ni. Memang acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun. MAna taknya, time ni la nak uji keberanian kita dan time ni jugak nak membahan kengkawan yang ajet2 macho tapi paling kuat menjerit bila nampak hantu.. bhahahahah

    ReplyDelete
  22. Adoiiiii..takut la saya kak..esp yg sembelih2 tu..mau trauma..tgk freddy 13 ngn jeepers creepers pun saya dah terbayang2 kak

    ReplyDelete