PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL:
LEBIH BESAR, LEBIH MENYIHATKAN
& LEBIH BAIK
MENEPATI KEHENDAK, KEPERLUAN DAN LEBIH INOVATIF
Kali ini, AlongMurni (AM) nak menyentuh permasalahan
makanan. AM dapati kebanyakan masyarakat Malaysia amat menggemari makanan
bergoreng termasuk AM sendiri. Nak nak kalau melibatkan menu Ayam Goreng dan
makanan laut, memang kegemaran AM tau!! Namun sejak akhir-akhir ini, AM dah
mula mengalami simptom kolestrol tinggi. AM dah tak boleh nak makan makanan
yang berkalori tinggi, lemak, gula dan garam yang tinggi lagi. Sangat bahaya
kan?? AM dah mula menjaga pemakanan AM tau. Tapi kadang-kadang terasa sukar dan
berasa berada dalam dilema tau!! Yelah, samada nak ikut selera tekak AM atau
nak berpantang makan makanan bergoreng nie.. Aduhaii!!
Baru-baru ini AM berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran
Produk Philips Viva Collection Airfryer XXL. AM sangat sukakan barangan
keluaran Philips kerana Philips adalah syarikat teknologi kesihatan pendahulu
yang fokus kepada memperbaiki kesihatan orang ramai dan membolehkan hasil yang
lebih baik merentas kontinuum kesihatan daripada kehidupan sihat dan
pencegahan, kepada diagnosis, rawatan dan penjagaan di rumah. Philips
memanfaatkan teknologi terkini dan pemahaman klinikal serta pengguna yang
mendalam bagi menyampaikan solusi bersepadu. Bagai pucuk dicita ulam
mendatang!! AM rasa teruja nak tahu pasal produk terbaru keluaran Philips ini! Nak
tahu kelebihan Philips Viva Collection Airfryer XXL?? AM kongsikan kelebihan
dan manfaat bila memasak menggunakan Philips Viva Collection Airfryer XXL ini
ya!!
(1) LEBIH BESAR
MASAK LEBIH BANYAK HIDANGAN ENAK
Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan AM memasak
hidangan untuk AM dan anak-anak AM. Saiznya yang lebih besar direka khusus agar
AM dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga dan sahabat
handai yang datang berkunjung. AM tidak lagi perlu memasak berulang kali untuk
memenuhi selera semua orang! AM boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga
1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan
Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini. Bagus kan??
(2) LEBIH MENYIHATKAN
MENYINGKIR SEHINGGA 50% LEMAK DARIPADA MAKANAN KETIKA MEMASAK
Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna
cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak
daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa . Ia
merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak
yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya
alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti
menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali. Ciri
Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir
lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer
bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi
menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian
bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.
Best tau!! Sebab AM boleh memanggang seekor ayam bulat
sekaligus, atau menggoreng ayam untuk seisi keluarga, menyajikan hidangan
sempurna yang rangup di luar dan lembut di dalam, menyingkirkan lemak namun
pada masa sama mengekalkan rasa serta jusnya. Anak AM suka sangat makan kentang
goreng? Dengan menggunakan Airfyer, AM tidak lagi perlu menggoreng kentang
menggunakan minyak yang banyak, namun hasilnya yang garing tetap sama enak dan
menyelerakan seperti biasa, walaupun digoreng menggunakan 90% kurang lemak .
Selain itu, rumah AM juga bebas daripada bau minyak goreng apabila memasak
menggunakan Airfryer.
(3) LEBIH BAIK
PELBAGAI GUNA DAN MEMUDAHKAN
Bagi AM yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci
juga perlu mudah dan cepat. Untuk pengetahuan semua, Philips Viva Collection
Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak
melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90
saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci
yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di
dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan AM memasak
beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak . Dengan kuasa
2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan AM
memasak dengan lebih cepat . Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta,
Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna AM tidak lagi
perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada AM memilih untuk
menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, AM boleh menetapkan suhu
daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, AM boleh
menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan AM lebih kemudahan.
“Di Philips, kami menggabungkan pengetahuan mengenai keinginan pengguna dan pembangunan produk berinovasi bagi menawarkan kepada pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng yang boleh menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, dan kemudahan yang lebih besar dengan membolehkan mereka memasak lebih banyak makanan sekaligus dengan menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar yang pernah kami keluarkan. Kami memahami bahawa para ibu bapa, terutama sekali ibu, amat mementingkan keupayaan menyediakan makanan yang sihat lagi enak, yang disediakan sendiri di rumah dan kami mahu membantu mereka melakukannya dengan lebih mudah,menggunakan peralatan dapur kami yang berinovasi,” kata Pengurus Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel.
Yang menariknya, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku
resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh
chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan
hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Mahu lebih lagi? Semua pengguna
boleh mendapatkan lebih banyak panduan, tutorial serta resipi mudah diikuti
menerusi aplikasi Philips Airfryer yang disediakan untuk peranti iOS atau
Android .
Philips Viva Collection Airfryer XXL boleh didapati pada
harga runcit disyorkan RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk
makanan, di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid
Valley, dan Wangsa Walk, semuanya di Kuala Lumpur; di Sutera Mall, Johor Bahru;
dan di Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga di Philips Experience Store di Menara
Axis, Petaling Jaya; dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh
negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Viva
Collection Airfryer XXL, sila kunjungi
https://www.philips.com.my/c-p/HD9630_99/viva-collection-airfryer-xxl. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila
kunjungi www.philips.com.my
KATA ALONGMURNI
AM JATUH CINTA PADA PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL INI.
MASA AM MEMASAK DI DAPUR DAPAT DIJIMATKAN DAN
AM BOLEH MEMASAK DENGAN CARA YANG SIHAT.
PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL INI MEMANG
LEBIH BESAR, LEBIH MENYIHATKAN
DAN LEBIH BAIK.
20 Comments
klau liez dapat ni mmg hari-hari gunatau.. senang memasak dan lebih sihat... simpan duit sikit-sikitlah lepas ni..
ReplyDeletewow! airfryer is really great option for healthy food preparation... it's nice to hear that philips is launching a new model..
ReplyDeletetapi memang sedap kan masakan guna airfryer ni, kak lily cuba cinamon roll sedap bak hang wei... kena beli jugak airfryer ni ek
ReplyDeleteserba guna ni...tgh riki² juga ni
ReplyDeleteBest betul bila air fryer besar. Seekor ayam pun boleh masuk heheh. Paling penting kita boleh menyediakab makanan lazat dan sihat
ReplyDeleteAir fryer ni serba guna. Macam2 boleh masak dengan sihat sebab tidak menggunakan minyak atau sedikit je minyak. Ada Air Fryer dari Phillips tapi range yang dulu.
ReplyDeleteI fall in love with their new XXL Air Fryer too. Thinking to get 1 to cook for my kids.
ReplyDeleteAlahai Murni...suka betul SA tengok air fryer tu..kan best kalau dapat sebiji kan...sapa la nak hadiahkan kat SA ni...boleh tahn besar gak kan..sampai seekor ayam bleh masuk
ReplyDeletememang sihat la kan sebab takde guna minyak..tapi terfikir gak apa efek jangka masa panjang bila sistem macam ni..takot lepas ni kuar macam2 efek negatif lak
ReplyDeleteDah lama nak beli fryerrrrr . Omg!
ReplyDeleteNice. What a healthy way to cook especially fry food gor a big family. Saves hassle of cleaning my oily kitchen n is also healthy
ReplyDeleteCooking with a air fryer does seems healthy, especially when I have kids and they like fried food, this can help me acheive delicious yet healthy food.
ReplyDeleteWah ini produk yang bagus buat korang yang punya riwayat kolesterol. Hasil masakan yang higienis
ReplyDeleteDah lama aim nk beli AF tapi Philips yg XXL ni rege blh tahan.Utk family besar bagus.Tp utk family kecik beli yg biasa je dulu
ReplyDeleteSis ada airfryer niapi yg kecik je. Kalau nak masak byk kena berkali kali, leceh betul. Kalau dapat besar cam ni syiok gak kan. Lps ni nak menabung lah
ReplyDeleteMemang duk cari air Fryer sebab nak makan healthy food lepas ni. Tapi taktahu mana brand yg ok .Philip keluarkn saiz besar ni memang berbaloi sangat. Boleh masak kuantiti banyak.
ReplyDeletealahai comelnya adik-adik chef cilik tu. pandai pose ye, masak pandai tak tu?? hehe.. tapi kalau guna air fryer ni yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai kan. Dah la senang, masakan pun jadi lebih sihat. Teringin nak beli satu tapi tunggu ada bajet la.. hehe
ReplyDeletedah lama idamkan air fryer ni..sana sini nampak post airfryer..tapi ada je halangan ank beli..hahaha..haishh syoknya kalau ada..leh masak tanpa minyak
ReplyDeleteaida owner sebiji air fryer philips juga, AM.
ReplyDeleteda lebih setahun dah. sgt mudah. sgt best!
ianya sihat. terutama bila air fry frozen food like nugget, sosej, drummet.
tak berminyak. rangup. lebih sedap dari goreng dgn minyak cara konvensional.
Nampak gayanya kita kena menabung la nak beli ni hehehe..pelaburan demi kesihatan tak pe kan..janji pasni makan makanan yang sihat je
ReplyDelete