TAIWAN EKSPO 2018:12 PAVILION PAMERAN UTAMA


TAIWAN EKSPO 2018 : 12 PAVILION PAMERAN UTAMA
BUKA PELUANG KERJASAMA PERNIAGAAN ANTARA TAIWAN DAN MALAYSIA



Rentetan dari kejayaan pada  tahun lepas berikutan sambutan yang menggalakkan semasa Pameran Taiwan Ekspo yang pertama diadakan. Acara yang berlangsung selama tiga hari itu telah berjaya menarik kira-kira 20,000 pengunjung dan menjana peluang perniagaan bernilai 36 juta dolar AS. Lebih 88% pelawat perdagangan menyatakan hasrat untuk melawat Taiwan. Selain itu produk Halal dan teknologi pintar turut menarik minat ramai pengunjung sekali gus berjaya menjana peluang kerjasama dagangan serta membina imej negara Taiwan sebagai pengeluar produk-produk unggul di kalangan pasaran Malaysia. Sambutan positif membuktikan kejayaan Taiwan Expo dalam mempromosikan imej "Kualiti Taiwan" kepada rakyat Malaysia sekali gus menyemarakkan lagi acara pada tahun ini.




Kali ini AlongMurni (AM) rasa teruja kerana Taiwan Expo 2018 kembali lagi dan akan diadakan DI PUSAT KONVENSYEN DAN PAMERAN KUALA LUMPUR (KLCC) DARI 25 HINGGA 27 OKTOBER 2018 dan akan menampilkan 12 PAVILION PAMERAN UTAMA yang meliputi lapan sektor industri. Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut yang Taiwan Expo dianjurkan di Malaysia dengan pelbagai produk menarik akan dipamerkan. Inovasi-inovasi hebat yang menonjolkan kecanggihan penyelidikan dan pembangunan negara Taiwan yang bermutu tinggi  seperti ‘Lengan Robot’ kolaborasi  dengan pengesan visual pintar dan pencetak 3D telefon bimbit  yang pertama di dunia.



MEMPAMERKAN KELEBIHAN DALAM 6 BIDANG UTAMA

Taiwan Expo 2018 yang bertema ‘Menghubungkan Taiwan, Menghubungkan Dunia’ akan menampilkan 250 gerai oleh 200 syarikat yang meliputi pelbagai kategori seperti  Bandar Pintar, Teknologi Hijau, Penjagaan Kesihatan, Halal Taiwan, Gaya Hidup  Taiwan  dan  Pelancongan Taiwan. Kategori ini akan mempamerkan keistimewaan produk dan perkhidmatan berkualiti Taiwan seperti masakan, fesyen, gaya hidup, budaya, pelancongan dan lain-lain.

Teknologi canggih Taiwan juga akan dipaparkan di beberapa bahagian pameran bertema. Taiwan Excellence umpamanya  akan mempamerkan produk umum yang terunggul; Digital Commerce & Startups yang menggabungkan pemimpin dalam bidang e-dagang; Produk ICT mendominasi  bidang teknologi internet dan komunikasi di Taiwan; Smart Health Station yang membawa teknologi pintar ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan banyak lagi.





CARA SELAMAT & KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA

Taiwan sememangnya pakar dalam bidang  R & D. Keupayaan pengeluaran, pembungkusan produk dan pemasaran meletakkan Taiwan di antara yang terbaik di dunia. Menerusi Internet of Things (IoT) umpamanya, ia merangkumi semua aspek kehidupan seperti bandar pintar, rumah pintar, rehat dan rekreasi serta peralatan pintar untuk memberikan kemudahan yang terbaik sebagai jalan menuju masa depan. Dinamisme dan budaya inovasi di Taiwan telah membolehkan ia kekal di samping teknologi terkini selama beberapa dekad dan merupakan peneraju dunia dalam teknologi e-sukan, teknologi VR dan teknologi pengguna.

Sistem Bas Pintar yang berkeupayaan memantau pemandu serta memberi peringatan kepada pemandu untuk meningkatkan kecerdasan dan sistem automatik pemberitahuan sisa kitar semula pintar 24 jam yang membolehkan pengguna mengetahui apa yang akan berlaku lebih awal. Robot kolaborasi pertama di dunia dengan kedudukan visual pintar yang dapat mengenal pasti objek berdasarkan banyak parameter seperti bentuk, kedudukan, warna dan kod dalaman akan mengubah landskap pembuatan pada masa akan datang.

Teknologi Hijau juga akan dipaparkan dengan jelas di bawah platform  penyelesaian teknologi hijau bandar pintar, bahan binaan  hijau untuk pembangunan lestari sekali gus mempromosikan gaya hidup yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.



MENGHAYATI NILAI HALAL & FESYEN

Memandangkan Malaysia memainkan peranan penting dalam pensijilan Halal di seluruh dunia, Taiwan Ekspo turut menunjukkan sokongan Taiwan terhadap perkembangan pasaran Muslim. Taiwan telah membangunkan industri halal dengan cemerlang dan Taiwan Halal Pavilion akan memperkenalkan industri halal Taiwan ke pasaran Malaysia. Satu Sidang Media Produk Halal Taiwan akan turut diadakan bersempena Taiwan Expo 2018 untuk mempromosikan industri Halal Taiwan sekali gus meningkatkan populariti produk-produk Taiwan di Malaysia.

Pengunjung juga boleh menghayati  fesyen, produk kecantikan dan budaya berbasikal di ruang pameran Taipei IN Style, dan mengalami sendiri pengalaman kombinasi fesyen dan sukan yang Taiwan ditawarkan.




BERGAYA MERENTAS MALAYSIA & KEMBARA KE TAIWAN

Menurut Indeks Pelancongan Muslim terkini (GMTI) yang dikeluarkan oleh MasterCard, Taiwan disenaraikan sebagai salah satu destinasi pelancongan OIC (Organisasi Kerjasama Islam) pilihan utama dalam kalangan  pelancong Muslim. Inilah kali pertama Taiwan memasuki kedudukan 5 teratas sekaligus membuktikan usahanya berjaya menarik pelancong Muslim. Justeru itu tetamu Muslim dialu-alukan berkunjung ke pemeran ini  untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tarikan-tarikan dan makanan yang menarik untuk  anda!

Pada tahun 2017, Skyscanner memilih laluan berbasikal Sun Moon Lake sebagai salah satu daripada 8 laluan berbasikal yang paling indah di dunia.

‘Taiwan Bicycle’  telah lama menjadi jenama terkemuka di dunia dan telah mengeluarkan 20 juta unit basikal mewah setiap tahun. Aktiviti berbasikal yang  sedang berkembang pesat di Malaysia sangat bertepatan dengan visi Taiwan untuk menjadi destinasi berbasikal bertaraf dunia.



PELUANG MENINGKATKAN PERNIAGAAN MENANTI UNTUK DITEROKAI.

Selain daripada pameran produk, beberapa seminar dan forum perniagaan akan berlangsung serentak dengan Taiwan Ekspo 2018 dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman dan idea-idea Taiwan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama wakil-wakil industri serta akademik Malaysia. Tema utama forum perniagaan yang akan diadakan meliputi Forum Digital, Pengangkutan Pintar dan Seminar Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan. Seminar dan forum yang diadakan bersama dengan sesi hubungan perniagaan tersebut dijangka akan menjana peluang kerjasama dagangan antara pengusaha-pengusaha Malaysia dan Taiwan.




Taiwan Ekspo merupakan salah satu aktiviti utama untuk melaksanakan ‘Dasar Pandang Ke Selatan Taiwan’ (Taiwan Southbound Policy) di Asia Tenggara. Antara negara-negara yang telah dijelajahi sebelum ini termasuklah Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan India. Manakala, Malaysia yang menjadi destinasi terakhir merupakan kemuncak siri jelajah Taiwan Expo pada tahun ini yang menjadi tumpuan perhatian ramai.

Taiwan Ekspo 2018 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 25hb. Oktober (Khamis) sehingga 27hb. Oktober (Sabtu), dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Kemasukan adalah percuma dan pengunjung hanya cuma mendaftar untuk mendapatkan pas masuk.
Ringkasan Taiwan Ekspo 2018 di Malaysia


6 Pemacu Utama
12 Tema Pavilion
8 ruang Pameran
Aktiviti-aktiviti
1.         Bandar Pintar
2.         Teknologi Hijau
3.         Penjagaan Kesihatan
4.         Halal Taiwan
5.         Gaya Hidup Taiwan
6.         Pelancongan Taiwan
1. Perdagangan Digital & Keusahawanan
2. Agro Taiwan
3. Kecantikan Taiwan
4. Budaya Berbasikal Taiwan
5. Taiwan Excellence
6. Produk Hijau Taiwan
7. Halal Taiwan
8. Penjagaan Kesihatan Taiwan
9. Rekacipta di Taiwan
10. Pelancongan Taiwan
11. Kerajaan Bandar Taichung
12. Kerajaan Bandar Taipei
1. Produk Agro dan makanan
2. Produk Kecantikan
3. Produk Halal
4. Perkakasan & bahan binaan pembinaan
5. Produk kelengkapan rumah
6. Produk ICT
7. Sukan & Kesihatan
8. Gaya Taipei
Aktiviti Pentas
1.       Persembahan Kebudayaan Taiwan
2.       Pertandingan e-sukan antara kolej Taiwan Excellence  
3.      Acara VIP Produk Kecantikan Taiwan 
4.   Pertunjukan Fesyen & acara

Perlancaran Produk
1.  Sidang Media Produk Halal Taiwan

Forum Industri
1.       Forum Digital
2.       Seminar Pengangkutan Pintar Taiwan Excellence
3.       Seminar Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Taiwan

KATA ALONGMURNI

AM SANGAT TERUJA UNTUK SAMA HADIR KE TAIWAN EKSPO 2018 
KERANA PELBAGAI INPUT DAN INFORMASI TERDAPAT SEPANJANG 
PAMERAN TERSEBUT BERLAKU. AM BOLEH LIHAT INOVASI TEKNOLOGI TERKINI DI SAMPING MENDENGAR DAN MEMAHAMI IDEA-IDEA YANG BAGUS SEMASA SESI DIALOG BERSAMA WAKIL-WAKIL DARI TAIWAN BERKAITAN 
PENYELIDIKAN DAN KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN. 
JOMM BERSAMA-SAMA AM KITA KE TAIWAN EKSPO 2018 PADA 
25 OKTOBER (KHAMIS) SEHINGGA 27 OKTOBER (SABTU) DARI 
PUKUL 10 PAGI HINGGA PUKUL 6 PETANG 
DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR.

Post a Comment

20 Comments

  1. cantiknya basikal tu..menarik byk jualan dari luar negara noh

    ReplyDelete
  2. Pertama kali tahu pasal Expo Taiwan ni. Makaseh info nya. Nanti hujung October nak ajak suami pegi laaa

    ReplyDelete
  3. tk pernh pegi ke taiwan expo...tp kalau mcm halal food ada juga pernh tgk yg produk dr taiwan..mcm2 juga aktiviti yg akan ada time taiwan expo nanti ye..tq share info

    ReplyDelete
  4. Baru taw ad Expo Taiwan ni. Dengar cerita dan ad terbaca Taiwan merupakan tmpt mesra muslim. Nk pergi ni nak tengok apa yang best. Mana tahu nnti Taiwan masuk dlm wishlist country nk visit.hehehe

    ReplyDelete
  5. Owh taiwan expo pula , macam best je , if hala ke sana boleh singgah2

    ReplyDelete
  6. baru tahu ada expo Taiwan. First time ni. kinah sebenarnya tertarik dengan Taiwan sebab masa sekolah dulu pernah tengok satu siri drama Taiwan, tempat dia semuanya best2. teringin pulak nak ke sana. dengarnya di Taiwan banyak tempat makan muslim, nanti bolehlah ajak suami pergi expo ni

    ReplyDelete
  7. Sekarang musim Taiwan ekk?? Sana sini tgok ramai yg promot sal Taiwan je ni. Ni yg buat terasa nak ke Taiwan pulak ni..:D

    ReplyDelete
  8. alahai bestnya kalau dpt pergi ke taiwan, xpernah lagi jejak kaki ke san. jom rancang utk ke taiwan pulak AM. mesti best nie kalau dpt pergi ramai2

    ReplyDelete
  9. Taiwan pun antara wishlist SA..bestnya kalau dapat pi..kalau dpt pi big group pun best rasanya...SA dh sampai Guangzhou je...hahaha

    ReplyDelete
  10. Taiwan salah satu destinasi percutian yg ada dalam wishlist emi. Selalu duk tengok je org lain pergi. Teringin jugak nak ke sana. Btw emi x tahu pun adanya expo taiwan mcm ni.

    ReplyDelete
  11. Bagus ada expo seperti ni. Dapat perkenalkan Taiwan pada dunia luar especially rakyat malaysia. Banyak teknologi pintar taiwan yang boleh digunapakai dekat negara kita ni utk menjadikan Malaysia lebih maju.

    ReplyDelete
  12. Expo Taiwan menarik! Makin famous la negara Taiwan lepas ni. hehe

    ReplyDelete
  13. Eah expo produk taiwan mesti banyak pilihan kan. Sekarang senanglah kalau dah ada kat malaysia tak perlu ke taiwan untuk
    Mendapat produk yang diinginkan

    ReplyDelete
  14. Kak mmg suka pergi expo mcm ni,kita blh tgk mcm2 produk dari Taiwan

    ReplyDelete
  15. great to try out all the products from Taiwan.. more best if can go visit Taiwan after using their products.. hahahaha~

    ReplyDelete
  16. Wow ada taiwan expo..first time dengar ni...mesti best...nampak best la basikal2 tu

    ReplyDelete
  17. Taiwan Expo. First time dengar. Tak sngka pulak banyak juga info dari penulisan AM tentang taiwan expo ni. Maju juga eh rupanya taiwan ni. Hehee

    ReplyDelete
  18. Wow.. xth pun ada taiwan expo. Macam best je nak pergi sana.. masa keje dgn travel agency tahu gak pasal tau.. tp sekarang ramai jugak ke taiwan sbb byk promote kan..

    ReplyDelete
  19. skrg ni selalu jugak dgr psl taiwan. rasa mcm tertarik pulak nk pg sana. haha

    ReplyDelete
  20. Banyak juga kita boleh belajar di Taiwan Expo ni. Dari segi festen hingga ke technology terkini mereka lebih maju dari Malaysia.

    ReplyDelete