USAHASAMA KATERING ENAK RASA DAN HYPE MOTOSPORTS HOTEL
LANCARKAN PAKEJ EKSKLUSIF MARHAIN
Lagi dua bulan kita dah nak menyambut 2019 kan?? Hujung
tahun semestinya ramai di antara pembaca AlongMurni (AM) yang merancang untuk
mengadakan majlis perkahwinan termasuk Adik AM sendiri. Jangka majlis
perkahwinannya pun akan diadakan hujung tahun ini juga. Jadi masa untuk
sama-sama cari pakej perkahwinan yang menarik dan bersesuaian dengan kemampuan
sendiri.
Baru-baru ini AlongMurni sempat singgah ke HYPE Motosports
Hotel Kuala Lumpur yang merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang.
Mula-mula masa AM melangkah masuk, Nampak macam esklusif dan elegen tau HYPE
Motorsports ini. Rasa cam nak berlumba plak bila tengok dekorasinya. Yelah siap
dengan tempat seolah-olah nak dapat Piala atau pingat gitu. Hehehehe.. Tak
percaya?? Haaa.. tengok gambar di bawah..
adakah AM masih NO 1 di hati awak?? |
Hotel ini bukan sahaja mempunyai tiga buah dewan yg serba
cantik dan mewah, kedudukannya yang begitu strategik juga, membuatkan hotel ini
sangat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan
majlis-majils korporat mahupun majlis tertutup. Selain dari parkir kenderaan
yang boleh memuatkan hampir 500 kenderaan, dewan ini juga mampu menampung
hampir 500 tetamu pada satu-satu masa. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem
audio visual dan sistem projector. Menarik bukan??
AM dimaklumkan yang Usahasama Katering Enak Rasa dan Hype
Motorsports Hotel Kuala Lumpur melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat
istimewa. Pakej Ekslusif ini bernilai RM29000 sahaja. Pakej berkonsepkan pakej
eksklusif marhain ini, merupakan pakej elegan tapi disediakan buat pihak
pengantin yang menginginkan majlis di hotel dengan harga yg sangat
minimum. Bersempena dengan perasmian
ini, lima pelanggan terawal akan menikmati penjimatan sehingga RM4000. Memang
meletoopp kebabomm kan???
Pakej ini, bukan sahaja menyediakan tempat yang serba indah
lagi elegan, bahkan merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik
pengantin dan fotografi. Lebih istimewa lagi, setiap pelanggan yang menempah
dalam masa promosi ini, layak untuk menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu
di pusat-pusat peranginan yang terdapat di Malaysia dan luar negara.
Alammakkk.. AM plak yang rasa nak buat Majlis Perkahwinan nie.. Tapiii.. Mana
nak cari pasangan pengantin nie.. Hehehehe
Kalau nak tahu Katering Enak Rasa pula memperkenalkan menu
istimewa yang dicipta khusus untuk majlis pelancaran ini, Basmathi Beriyani dan
Nasi liwet. Selain menu makanan Malaysia, Katering Enak Rasa juga
mengetengahkan menu masakan Sunda sebagai sedikit kelainan kepada yang membuat
tempahan Katering Enak Rasa. Pihak pengantin boleh memilih beberapa pilihan
menu untuk disajikan dalam majlis bersejarah mereka. Antara menu lain yang
disediakan, ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur dan
pelbagai lagi.
AM sempat juga bersembang mesra dengan Puan Hajjah Salmi
yang merupakan Tulang Belakang kepada Katering enak Rasa. Banyak informasi dan
maklumat yang AM perolehi dalam sembang santai bersama Puan Hajjah Salmi.
Dengan berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanaan,
Katering Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat semua pelanggan.
Katering Enak Rasa juga, menyediakan pelbagai pilihan dewan
yang lain bagi menjalankan majlis walimahtururus .
AM bersama dengan Puan Hajjah Salmi |
Antaranya, Dewan Perkahwinan
Marina Putrajaya, Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2, Dewan Perkahwinan
Grand Ballroom Flamingo Ampang, Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi
Sabilillah Cyberjaya, Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa, Colosseum
Glenmarie, Dewan perkahwinan Banquet UIAM Gombak, Rumah Tradisional Frim, Cassa
Detik Ampang, Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi, Emerald Ballroom Selayang,
Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam, Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam dan
Dewan MZ Bangi.
Selain itu, Katering Enak Rasa juga turut berhubungan baik dengan dewan yang
boleh ditempah sendiri oleh para pelanggang seperti dewan-dewan komuniti DBKL,
dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan
pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang. Haaa… Apalagi.. jangan ragu-ragu
untuk dapatkan perkhidmatan dari Katering Enak Rasa. Sememangnya berbaloi,
sedap dan harga berpatutan.
Semoga dengan adanya pakej marhain ini, lebih ramai bakal
pengantin dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis walimatururus
di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Jangan tunggu terlalu lama untuk
mendapatkan pakej yang menarik ini, kerana ia akan berakhir pada 31 Disember
2018. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi orang-orang kuat Katering Enak
Rasa
CIK NURUL AFNI 0122374867
TUAN HAJI AIDIL 0162580734
PUAN HAJJAH SALMI 0102250734
MOHD RUSDI 01135579805
Atau lawati page Katering Enak Rasa
KATA ALONGMURNI
PAKEJ YANG DITAWARKAN DI KATERING ENAK RASA
MEMANG BERBALOI
DENGAN MENU-MENU YANG SEDAP DAN ESKLUSIF.
ANTARA MENU YANG BENAR-MENAR MENARIK
PERHATIAN AM
SEMSTINYA AYAM BAKAR MASAK LEMAK CILI PADI.
AM SIAP HIRUP KUAH
MASAK LEMAK CILI PADI BERMANGKUK-MANGKUK!!.
SAJIAN MASAKAN DAGING DENDENG DAN KAMBING
KUZI JUGA MEMBUKA SELERA..
MASAKAN KETERING ENAK RASA PUNYAI KEUNIKAN
YANG TERSENDIRI.
JOM
RAMAI-RAMAI KITA KHAWIN!! HAHAHAHA..
KEPADA YANG MASIH MENCARI PAKEJ PERKAHWINAN
YANG BERSESUAIAN,
AM SARANKAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SEGERA
KEPADA KATERING ENAK RASA.
22 Comments
Menarik betul la lauk lauk semua tu..kebanyakkan masakan kampung..SA suka je ppu kenduri kahwin..suka makan sebenarnya..pakej yang ditawarkan pun menarik...
ReplyDeleteWah haRganyaaa rm29000 ..promosi diskaun rm4000 .oklah tue wedding nampak ekslusif setanding hrga
ReplyDeleteDewan cantik..dekorasi cantik...makanan pun nampak menyelerakan btul esp dagung bakar masak lemak cili padi tu...memang lain dari lain la...selalu kan lauk kenduri mesti ayam masak merah kan
ReplyDeleteI want to join the review too. The hotel look nice and is new right? Food look delicious.
ReplyDeletenampak menarik hidangan menu orang kahwin ni, ballroom pun boleh tahan besar dan luas tapi masalahnya hotel ni di mana? kena letakkan alamat sekali ekkk senang sket
ReplyDeleteYa Allah nampak semua sedap-sedap menu kat sini. Boleh la nanti kak min share info ni kat kawan-kawan atau sedara mara yang nak wat kenduri
ReplyDeleteLauk pauk tu nampak menyelerakan. Apatah lagi bukak blog waktu makan tengahari ni...hehe. Nasi hujan panas tu feveret...
ReplyDeleteWahhh untunglah siapa yang menjadi 5 yang terawal tu. Jimat rm4k dah.. dengan lauk-pauk kampung tu auwww sedapnya.
ReplyDeleteBest kan ada pakej macam ni, lebih lebih lagi kalau makanan dia sedap-sedap. Puashati sangat. Sis kalau ada org invite ke majlis perkahwinan yang selesa dan makanan sedap memang berkejar sis pergi..hahaha
ReplyDeleteLauk yang disediakan nampak menyelerakkan. Harga ditawarkan mengikut market price dan siap ada discount lagi. Kena grab peluang keemasan ni kan.
ReplyDeleteWahh, banyak tempat dia cover ye.. Makanan dan lauk-pauk pun ada banyak pilihan. Tempat pun nice. Okay lah cukup package :)
ReplyDeletewhoa! great collaboration. urg! kenapakah saya visit blog ni malam buta time lapar camni. Sambal udang dia ...pergh!!! mau meleleh air liur bila tidur nanti.😝
ReplyDeletesiapa nak kawin kena survey awal-aal kan..pakej ni pun nampak menarik..semua dah lengkap..senang amik catering ni, takyah susah2 orang kampung masak dan basuh semua..hehee..ni siap ada diskaun ni
ReplyDeleteMesti unik kan kalau buat majlis perkahwinan di hype motorsport hotel ni. Tetamu yang datang boleh bergambar di atas kawasan pentas pemenang, mesti rare. Happening la gambar kahwin..
ReplyDeletewow. ada pentas pemenang. sure tetamu boleh ootd kat situ, kan? menarik.
ReplyDeletelain dari yg lain.
then makanan nyer, wow jugak. sedap nampak nyer. makanan melayu kita, AM.
aida support anak Melayu kita bila buat gini, servis yg mantop. moga dari sehari ke sehari akan menjadi lebih berjaya.
servis yg customer-oriented. buat seperti yg dikata.
then semua under one roof. pengantin sediakan duit aje.
wow. ada pentas pemenang. sure tetamu boleh ootd kat situ, kan? menarik.
ReplyDeletelain dari yg lain.
then makanan nyer, wow jugak. sedap nampak nyer. makanan melayu kita, AM.
aida support anak Melayu kita bila buat gini, servis yg mantop. moga dari sehari ke sehari akan menjadi lebih berjaya.
servis yg customer-oriented. buat seperti yg dikata.
then semua under one roof. pengantin sediakan duit aje.
Bagus ada perkongsian perkenalan tentang catering ni. Supaya siapa yang bakal mendirikan masjid tu boleh la masukkan pilihan ni dalam list kan..
ReplyDeleteSuka tengok katering yang sentiasa ingin berikan yang terbaik kepada hari bahagia pengantin. Nak pilih katering biar yang terbaik. Tetamu kenyang dan akan mendoakan ke bahagian pengantin sekeluarga. Cabaran katering kena jaga kualiti. Bolehlah rekemen katering ni. Sebab nak merewang dah tak larat dah. Haha
ReplyDeletetudia.................cik am cik.....you you nice place.
ReplyDeleteDengar nama dia pun rasa hype dah. Ingatkan tempat racing ke apa. Unik lah nama tu.
ReplyDeleteMemang lauk pauk dia menarik jiwa dan raga. Harganya pula memang terbaik. Yang penting ada 3 dewan tu!!
ReplyDeleteadoi meleleh air liur kami kat sini melihat gambar menu. haha. memang rare jugak lah. apatah lagi yg daging bakar masak lemak cili padi tu. fuhhhhhhhhhh
ReplyDelete