USAHASAMA KATERING ENAK RASA DAN HYPE MOTOSPORTS HOTEL


USAHASAMA KATERING ENAK RASA DAN HYPE MOTOSPORTS HOTEL
LANCARKAN PAKEJ EKSKLUSIF MARHAIN



Lagi dua bulan kita dah nak menyambut 2019 kan?? Hujung tahun semestinya ramai di antara pembaca AlongMurni (AM) yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan termasuk Adik AM sendiri. Jangka majlis perkahwinannya pun akan diadakan hujung tahun ini juga. Jadi masa untuk sama-sama cari pakej perkahwinan yang menarik dan bersesuaian dengan kemampuan sendiri.
Baru-baru ini AlongMurni sempat singgah ke HYPE Motosports Hotel Kuala Lumpur yang merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Mula-mula masa AM melangkah masuk, Nampak macam esklusif dan elegen tau HYPE Motorsports ini. Rasa cam nak berlumba plak bila tengok dekorasinya. Yelah siap dengan tempat seolah-olah nak dapat Piala atau pingat gitu. Hehehehe.. Tak percaya?? Haaa.. tengok gambar di bawah..

adakah AM masih NO 1 di hati awak??

Hotel ini bukan sahaja mempunyai tiga buah dewan yg serba cantik dan mewah, kedudukannya yang begitu strategik juga, membuatkan hotel ini sangat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis-majils korporat mahupun majlis tertutup. Selain dari parkir kenderaan yang boleh memuatkan hampir 500 kenderaan, dewan ini juga mampu menampung hampir 500 tetamu pada satu-satu masa. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projector. Menarik bukan??

AM dimaklumkan yang Usahasama Katering Enak Rasa dan Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat istimewa. Pakej Ekslusif ini bernilai RM29000 sahaja. Pakej berkonsepkan pakej eksklusif marhain ini, merupakan pakej elegan tapi disediakan buat pihak pengantin yang menginginkan majlis di hotel dengan harga yg sangat minimum.  Bersempena dengan perasmian ini, lima pelanggan terawal akan menikmati penjimatan sehingga RM4000. Memang meletoopp kebabomm kan???




Pakej ini, bukan sahaja menyediakan tempat yang serba indah lagi elegan, bahkan merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Lebih istimewa lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam masa promosi ini, layak untuk menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di pusat-pusat peranginan yang terdapat di Malaysia dan luar negara. Alammakkk.. AM plak yang rasa nak buat Majlis Perkahwinan nie.. Tapiii.. Mana nak cari pasangan pengantin nie.. Hehehehe









Kalau nak tahu Katering Enak Rasa pula memperkenalkan menu istimewa yang dicipta khusus untuk majlis pelancaran ini, Basmathi Beriyani dan Nasi liwet. Selain menu makanan Malaysia, Katering Enak Rasa juga mengetengahkan menu masakan Sunda sebagai sedikit kelainan kepada yang membuat tempahan Katering Enak Rasa. Pihak pengantin boleh memilih beberapa pilihan menu untuk disajikan dalam majlis bersejarah mereka. Antara menu lain yang disediakan, ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur dan pelbagai lagi.









AM sempat juga bersembang mesra dengan Puan Hajjah Salmi yang merupakan Tulang Belakang kepada Katering enak Rasa. Banyak informasi dan maklumat yang AM perolehi dalam sembang santai bersama Puan Hajjah Salmi. Dengan berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanaan, Katering Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat semua pelanggan. 
Katering Enak Rasa juga, menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain bagi menjalankan majlis walimahtururus . 

AM bersama dengan Puan Hajjah Salmi


Antaranya, Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya, Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2, Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang, Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa, Colosseum Glenmarie, Dewan perkahwinan Banquet UIAM Gombak, Rumah Tradisional Frim, Cassa Detik Ampang, Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi, Emerald Ballroom Selayang, Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam, Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan MZ Bangi.

Selain itu,  Katering Enak Rasa juga turut berhubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggang seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang. Haaa… Apalagi.. jangan ragu-ragu untuk dapatkan perkhidmatan dari Katering Enak Rasa. Sememangnya berbaloi, sedap dan harga berpatutan.




Semoga dengan adanya pakej marhain ini, lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis walimatururus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan pakej yang menarik ini, kerana ia akan berakhir pada 31 Disember 2018. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi orang-orang kuat Katering Enak Rasa 

CIK NURUL AFNI 0122374867
TUAN HAJI AIDIL 0162580734
PUAN HAJJAH SALMI 0102250734
MOHD RUSDI 01135579805

Atau lawati page Katering Enak Rasa



KATA ALONGMURNI

PAKEJ YANG DITAWARKAN DI KATERING ENAK RASA MEMANG BERBALOI
DENGAN MENU-MENU YANG SEDAP DAN ESKLUSIF.
ANTARA MENU YANG BENAR-MENAR MENARIK PERHATIAN AM
SEMSTINYA AYAM BAKAR MASAK LEMAK CILI PADI. AM SIAP HIRUP KUAH
MASAK LEMAK CILI PADI BERMANGKUK-MANGKUK!!.
SAJIAN MASAKAN DAGING DENDENG DAN KAMBING KUZI  JUGA MEMBUKA SELERA..
MASAKAN KETERING ENAK RASA PUNYAI KEUNIKAN YANG TERSENDIRI.
 JOM RAMAI-RAMAI KITA KHAWIN!! HAHAHAHA..
KEPADA YANG MASIH MENCARI PAKEJ PERKAHWINAN YANG BERSESUAIAN,
AM SARANKAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SEGERA KEPADA KATERING ENAK RASA.




Post a Comment

22 Comments

  1. Menarik betul la lauk lauk semua tu..kebanyakkan masakan kampung..SA suka je ppu kenduri kahwin..suka makan sebenarnya..pakej yang ditawarkan pun menarik...

    ReplyDelete
  2. Wah haRganyaaa rm29000 ..promosi diskaun rm4000 .oklah tue wedding nampak ekslusif setanding hrga

    ReplyDelete
  3. Dewan cantik..dekorasi cantik...makanan pun nampak menyelerakan btul esp dagung bakar masak lemak cili padi tu...memang lain dari lain la...selalu kan lauk kenduri mesti ayam masak merah kan

    ReplyDelete
  4. I want to join the review too. The hotel look nice and is new right? Food look delicious.

    ReplyDelete
  5. nampak menarik hidangan menu orang kahwin ni, ballroom pun boleh tahan besar dan luas tapi masalahnya hotel ni di mana? kena letakkan alamat sekali ekkk senang sket

    ReplyDelete
  6. Ya Allah nampak semua sedap-sedap menu kat sini. Boleh la nanti kak min share info ni kat kawan-kawan atau sedara mara yang nak wat kenduri

    ReplyDelete
  7. Lauk pauk tu nampak menyelerakan. Apatah lagi bukak blog waktu makan tengahari ni...hehe. Nasi hujan panas tu feveret...

    ReplyDelete
  8. Wahhh untunglah siapa yang menjadi 5 yang terawal tu. Jimat rm4k dah.. dengan lauk-pauk kampung tu auwww sedapnya.

    ReplyDelete
  9. Best kan ada pakej macam ni, lebih lebih lagi kalau makanan dia sedap-sedap. Puashati sangat. Sis kalau ada org invite ke majlis perkahwinan yang selesa dan makanan sedap memang berkejar sis pergi..hahaha

    ReplyDelete
  10. Lauk yang disediakan nampak menyelerakkan. Harga ditawarkan mengikut market price dan siap ada discount lagi. Kena grab peluang keemasan ni kan.

    ReplyDelete
  11. Wahh, banyak tempat dia cover ye.. Makanan dan lauk-pauk pun ada banyak pilihan. Tempat pun nice. Okay lah cukup package :)

    ReplyDelete
  12. whoa! great collaboration. urg! kenapakah saya visit blog ni malam buta time lapar camni. Sambal udang dia ...pergh!!! mau meleleh air liur bila tidur nanti.😝

    ReplyDelete
  13. siapa nak kawin kena survey awal-aal kan..pakej ni pun nampak menarik..semua dah lengkap..senang amik catering ni, takyah susah2 orang kampung masak dan basuh semua..hehee..ni siap ada diskaun ni

    ReplyDelete
  14. Mesti unik kan kalau buat majlis perkahwinan di hype motorsport hotel ni. Tetamu yang datang boleh bergambar di atas kawasan pentas pemenang, mesti rare. Happening la gambar kahwin..

    ReplyDelete
  15. wow. ada pentas pemenang. sure tetamu boleh ootd kat situ, kan? menarik.
    lain dari yg lain.
    then makanan nyer, wow jugak. sedap nampak nyer. makanan melayu kita, AM.
    aida support anak Melayu kita bila buat gini, servis yg mantop. moga dari sehari ke sehari akan menjadi lebih berjaya.
    servis yg customer-oriented. buat seperti yg dikata.
    then semua under one roof. pengantin sediakan duit aje.

    ReplyDelete
  16. wow. ada pentas pemenang. sure tetamu boleh ootd kat situ, kan? menarik.
    lain dari yg lain.
    then makanan nyer, wow jugak. sedap nampak nyer. makanan melayu kita, AM.
    aida support anak Melayu kita bila buat gini, servis yg mantop. moga dari sehari ke sehari akan menjadi lebih berjaya.
    servis yg customer-oriented. buat seperti yg dikata.
    then semua under one roof. pengantin sediakan duit aje.

    ReplyDelete
  17. Bagus ada perkongsian perkenalan tentang catering ni. Supaya siapa yang bakal mendirikan masjid tu boleh la masukkan pilihan ni dalam list kan..

    ReplyDelete
  18. Suka tengok katering yang sentiasa ingin berikan yang terbaik kepada hari bahagia pengantin. Nak pilih katering biar yang terbaik. Tetamu kenyang dan akan mendoakan ke bahagian pengantin sekeluarga. Cabaran katering kena jaga kualiti. Bolehlah rekemen katering ni. Sebab nak merewang dah tak larat dah. Haha

    ReplyDelete
  19. tudia.................cik am cik.....you you nice place.

    ReplyDelete
  20. Dengar nama dia pun rasa hype dah. Ingatkan tempat racing ke apa. Unik lah nama tu.

    ReplyDelete
  21. Memang lauk pauk dia menarik jiwa dan raga. Harganya pula memang terbaik. Yang penting ada 3 dewan tu!!

    ReplyDelete
  22. adoi meleleh air liur kami kat sini melihat gambar menu. haha. memang rare jugak lah. apatah lagi yg daging bakar masak lemak cili padi tu. fuhhhhhhhhhh

    ReplyDelete