TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA
BERJAYA MENJAYAKAN PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU PENONTON
AlongMurni (AM) sangat meminati teater sejak di bangku
sekolah lagi. Mana taknya, bagi AM seseorang yang melakonkan watak teater lebih
mencabar daripada drama dan filem yang sering ditonton di TV mahupun Panggung
Wayang. Bayangkan tahap fokus dan kreativiti semasa melakonkan watak di teater
perlu tinggi tau!! Kalau tersalah langkah atau tersalah dialog harus bijak
mengatasinya tau!! Segalanya dilakonkan secara langsung tanpa ada ‘Cut’ or ‘Edit’.
Jadi kalau ada peluang menonton Teater memang AM takkan lepaskan peluang.
AM sempat bergambar dengan Pat Ibrahim -Karyawan Seni dan Beliau menjadi tulang belakang kepada PIPE |
Baru-baru ini AM
berkesempatan ke Matic bagi menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana. Teater ini merupakan salah satu kompenan di
dalam Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (UPBWB) iaitu kompenan persembahan.
JPBWB2018 merupakan program baharu yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project
Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan
kerjasama Pusat Pelancongen Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk
mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas
jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia. la juga
merupakan program kolaborasi industri (industrial collaboration program) yang
terbesar dan julung-julung kali diadakan di dalam industri seni persembahan.
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya adalah inisiatif
Pat Ibrahim Project Entertainment (PIPE) bagi memperkasakan warisan tidak
ketara (Intangible Heritage) ini telah mendapat perhatian berbagai pihak
korporat. Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan
Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017
lalu, kini PIPE maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri
Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.
Malah tulang belakang Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya
ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja
mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus
Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik),
Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.
Teater Bangsawan Dendam Laksamana adalah berdasarkan dari
kisah halaman di Tuhfat AL Nafis iaitu ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.
Walaupun AM dah hafal jalan cerita ini namun keinginan untuk menonton Teater Bangsawan
Dendam Laksamana sangat tinggi tau!! Pementasan Teater Dendam Laksamana ini
diambil dari inspirasi Skrip Shaharom.
gelagat Penglipur Lara yang berjaya mencuit hati AM |
Pembesar yang tamak aloba dan iri hati pada Laksamana |
Adegan antara Laksamana dan Dang Anum |
Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini dimulakan dengan
alunan muzik indah dan klasik daripada Kumpulan Bimbingan Muzik Saiful Ridzuan
(Duan) dan diserikan dengan gelagat dan telatah Penglipur Lara (Shahrul Mizad)
yang begitu mencuit hati. Gamat dewan dengan ketawa dari penonton melihat pada
gelagat Penglipur Lara ini.
Dang Anum mengidam dan memohon seulas buah nangka milik Sultan |
Bendahara turut gusar dengan apa yang akan berlaku |
pertembungan berdepan antara Laksamana dan pembesar Seri Wijaya |
Sultan ditikam Laksamana lantaran kerana amarah Dang Anum dan anaknya dibunuh Sultan |
Susunan indah setiap bait-bait kata begitu memukau AM. Ada adegan romantis, komedi, sedih dan terharu dan ada adegan yang betul-betul membangkitkan kemarahan AM tau. Begitu terkesan dengan cara lakonan setiap pelakon teater membawakan watak masing-masing sehingga AM turut sama berasa geram dan marah dengan watak yang dibawakan.
AM masing terbayang betapa indah ayat-ayat yang
diutarakan antara Laksamana dan Dang Anum. Begitu tinggi bahasa dan indah corak
kemelayuan yang disampaikan dalam Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini.
alunan muzik Indah dan nyanyian dari Dang Anum dan Laksamana |
Wan Anum :
Angin senja berkias ceritaBersyair janji-janji setiaAnugerah kelahiran tandanya cintaBerkorban buatmu nikmat bahagiaLaksamana :Sepasang serindit atas jendelaSuaranya riang berkicau bersamaSemangat adinda azimat kekandaSupaya aman tanah lahir kita
AM tak nak cerita lebih pasal Teater Bangsawan Dendam
Laksamana ini sebab AM nak semua pembaca setia AM datang sendiri ke Matic dan
menonton karya Agung Teater Bangsawan Dendam Laksaman. Penuh dengan mesej-mesej
penting dan informasi. AM kasi 9/10 Bintang. AM ucapkan tahniah kepada seluruh
tenaga produksi Teater Bangsawan Dendam Laksamana dan PIPE atas penghasilan
sebuah teater yang sangat bagus dan memukau dengan lakonan, susunan muzik dan
bait-bait indah.
Antara tenaga produksi dan Agensi yang turut membantu menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana |
Ternyata gabungan bakat lama dan baru telah berjaya menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana antaranya adalah Saudara Safwan, Aidilla, Dato' Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross, Azhar, Asmidar dan ramai lagi.
Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian
hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online
pipent.peatix.com telah bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 ini.
KATA ALONGMURNI
TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA INI BENAR-BENAR
MEMUKAU
HATI AM DAN MENYENTUH SANUBARI AM DENGAN
LAKONAN YANG SANGAT BERKESAN, SUSUNAN
MUZIK YANG INDAH
DAN PENGISIAN DIALOG YANG BEGITU DEKAT DENGAN HATI PENONTON.
SYABAS AM UCAPKAN KEPADA
TENAGA PRODUKSI PAT IBRAHIM PROJECT ENTERTAINMENT
(PIPE)
DAN SELURUH PRODUKSI DAN AGENSI YANG TURUT MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN
TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA.
19 Comments
Nampak menarik teater ni am. Berkisarkan pasal mengidam buah nangka tu ke? Ala kisah fav ni selalu baca. Kalau teater bangsawan macam ni bahasa yg digunakan sangat unik dan sedap didengar. Teringin nak tengok
ReplyDeleteQiss dah berkesempatan menonton cerita ni. Memang menarik. Paling sedih part Wan Anum kena bunuh tu. Kejam betul. Tahniah buat semua pelakon.
ReplyDeleteTeringin jugak sebenarnya nak pergi tengok teater. Tak pernah tengok walaupun sekali. Terasa nak ada pengalaman tu. Seronok ke tidak, terhibur ke tidak, itu yang saya nak rasa
ReplyDeleteSaya bagi 10/10 untuk pementasan teater ini memang sangat best dan memukau tengok tak rasa jemu walaupun mereka menggunakan bahasa yang tinggi dan berkias tapi tetap kita tahu apakah punca cerita dan mengapa ia terjadi. Rupanya bukan sebab seulas nangka tapi sebab hasutan syaitan...
ReplyDeleteSuka sangat2. Tak sangka first time pergi tengok teater terus jatuh cinta. Lebih2 cerita ni berkisarkan kisah di johor lama, negeri kelahiran ayu
ReplyDeleteRuginya terlepas tengok teater nie. Nanti nak tengok jugaklah ! Suka tengok teater pasal kisah2 lama. Sebagai seseorang yg pernh terlibat dlm dunia teater, not to mention watak utama pulak, ahaks, pasti banyak komitmen yg dikeluarkan oleh setiap ahli utk menghasilkan sebuah teater yg bagus. Kalau penonton pon berpuas hati, maksudnya ia sebuah pementasan yg bagus
ReplyDeleteDiah tak pernah lagi pergi tengok teater. mesti best kan dapat tengok depan-depan. orang kata nak tahu pelakon tu betul-betul berbakat atau tak kena tengok masa diaorg berlakun teater sebab tak ada ruang nak lakukan kesalahan. Baca comment AM dan kawan-kawan macam best je cerita ni
ReplyDeleteBer theater you all. I lama kot tak tengok theatre apa tah pula tengok bangsawan. Rasa last tengok masa umur 12 tahun. Nampak menarik.
ReplyDeletePernah jugak tengok kat sana teater bangsawan ni. Memang menarik dn lenggok percakapan diorg best. Teringin nak tengok lagi tapi tak tahu bila le ada masa..:)
ReplyDeletePernah sekali tengok teater, memang best. Dapat tengok diaoarang berlakon. Ceeita ni pun nad ingat, menarik sgt kalau tengok ni. Tapi sekrg ada anak, sush nak pergi tengok.. Hehhe
ReplyDeleteSetakat ni belum pernah lagi tengok Teater secara live. Tak tau la masuk ngan jiwa kita ke tak. Hehe
ReplyDeleteTapi tahu, pelakon kena berlakon dengan berhati hati sebab secara live kn.
Memang hebat dan terbaik la..
Lama betul tak layan teater ni. Rindu pulak nak layan teater sebab lagi puas tengok depan mata dan hayati sendiri kan.
ReplyDeleteSaya suka theater. Tapi tulah kekangan masa, Saya tak tengok dah. Kadang teater begini kurang promosi. Tu yang saya ingat dah tiada penggiat theater. Lepas ni Saya akan tengok jadual pementasan theater ni. Agar dapat tonton seisi keluarga. Kadang hanya dr buku sejarah tidak dapat menggambarkan detail pengorbanan watak. Betul tak kakk
ReplyDeleteLamanya tak tengok teater. Kak min suka sebenarnya kalo teater2 ni sebab lebih asli lakonannya. Tapi tu la selalu teater ni agak kurang promosinya..
ReplyDeleteKita suka tgk teater
ReplyDelete..tpi tu la jauh nun di penanh ni haa
Yg pelakon laksamana tu...saya suka lakonan dia...
Menariknya teater macam ni. Paling best artis lama pun support teater. Bagus la untuk industri seni negara.
ReplyDeleteI can't remember when was the last time I went for a stage show, I'll love to support these actors since there's not many these days.
ReplyDeleteBestnya la dapat menonton teater. Rawlins dulu pelakon teater gak dulu masa zaman belajar. Next time insyaAllah Rawlins join ye AM
ReplyDeleteWow live show. Many legend on the stage and must be a good story. I also want to watch this.
ReplyDelete