TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA BERJAYA MENJAYAKAN PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU PENONTON


TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA 
BERJAYA MENJAYAKAN PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU PENONTON


AlongMurni (AM) sangat meminati teater sejak di bangku sekolah lagi. Mana taknya, bagi AM seseorang yang melakonkan watak teater lebih mencabar daripada drama dan filem yang sering ditonton di TV mahupun Panggung Wayang. Bayangkan tahap fokus dan kreativiti semasa melakonkan watak di teater perlu tinggi tau!! Kalau tersalah langkah atau tersalah dialog harus bijak mengatasinya tau!! Segalanya dilakonkan secara langsung tanpa ada ‘Cut’ or ‘Edit’. Jadi kalau ada peluang menonton Teater memang AM takkan lepaskan peluang.

AM sempat bergambar dengan Pat Ibrahim -Karyawan Seni
dan Beliau menjadi tulang belakang kepada PIPE


Baru-baru ini AM  berkesempatan ke Matic bagi menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana. Teater ini merupakan salah satu kompenan di dalam Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (UPBWB) iaitu kompenan persembahan. JPBWB2018 merupakan program baharu yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Pusat Pelancongen Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia. la juga merupakan program kolaborasi industri (industrial collaboration program) yang terbesar dan julung-julung kali diadakan di dalam industri seni persembahan.

Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya adalah inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment (PIPE) bagi memperkasakan warisan tidak ketara (Intangible Heritage) ini telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat. Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.


Malah tulang belakang Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.
Teater Bangsawan Dendam Laksamana adalah berdasarkan dari kisah halaman di Tuhfat AL Nafis iaitu ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’. Walaupun AM dah hafal jalan cerita ini namun keinginan untuk menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana sangat tinggi tau!! Pementasan Teater Dendam Laksamana ini diambil dari inspirasi Skrip Shaharom.

gelagat Penglipur Lara yang berjaya mencuit hati AM 
Pembesar yang tamak aloba dan iri hati pada Laksamana

Adegan antara Laksamana dan Dang Anum

Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini dimulakan dengan alunan muzik indah dan klasik daripada Kumpulan Bimbingan Muzik Saiful Ridzuan (Duan) dan diserikan dengan gelagat dan telatah Penglipur Lara (Shahrul Mizad) yang begitu mencuit hati. Gamat dewan dengan ketawa dari penonton melihat pada gelagat Penglipur Lara ini.

Dang Anum mengidam dan memohon seulas buah nangka milik Sultan 
Bendahara turut gusar dengan apa yang akan berlaku
pertembungan berdepan antara Laksamana dan pembesar Seri Wijaya
Sultan ditikam Laksamana lantaran kerana amarah Dang Anum dan anaknya dibunuh Sultan

Susunan indah setiap bait-bait kata begitu memukau AM. Ada adegan romantis, komedi, sedih dan terharu dan ada adegan yang betul-betul membangkitkan kemarahan AM tau. Begitu terkesan dengan cara lakonan setiap pelakon teater membawakan watak masing-masing sehingga AM turut sama berasa geram dan marah dengan watak yang dibawakan.

AM masing terbayang betapa indah ayat-ayat yang diutarakan antara Laksamana dan Dang Anum. Begitu tinggi bahasa dan indah corak kemelayuan yang disampaikan dalam Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini.

alunan muzik Indah dan nyanyian dari Dang Anum dan Laksamana


Wan Anum :
Angin senja berkias cerita
Bersyair janji-janji setia
Anugerah kelahiran tandanya cinta
Berkorban buatmu nikmat bahagia

Laksamana :
Sepasang serindit atas jendela
Suaranya riang berkicau bersama
Semangat adinda azimat kekanda
Supaya aman tanah lahir kita


AM tak nak cerita lebih pasal Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini sebab AM nak semua pembaca setia AM datang sendiri ke Matic dan menonton karya Agung Teater Bangsawan Dendam Laksaman. Penuh dengan mesej-mesej penting dan informasi. AM kasi 9/10 Bintang. AM ucapkan tahniah kepada seluruh tenaga produksi Teater Bangsawan Dendam Laksamana dan PIPE atas penghasilan sebuah teater yang sangat bagus dan memukau dengan lakonan, susunan muzik dan bait-bait indah.

Antara tenaga produksi dan Agensi yang turut membantu menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana

Ternyata gabungan bakat lama dan baru telah berjaya menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana  antaranya adalah Saudara Safwan, Aidilla, Dato' Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross, Azhar, Asmidar dan ramai lagi.

Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online pipent.peatix.com telah bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 ini.

KATA ALONGMURNI

TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA INI BENAR-BENAR 
MEMUKAU HATI AM DAN MENYENTUH SANUBARI AM DENGAN
 LAKONAN YANG SANGAT BERKESAN, SUSUNAN MUZIK YANG INDAH 
DAN PENGISIAN DIALOG YANG BEGITU DEKAT DENGAN HATI PENONTON. SYABAS AM UCAPKAN KEPADA 
TENAGA PRODUKSI PAT IBRAHIM PROJECT ENTERTAINMENT (PIPE) 
DAN SELURUH PRODUKSI DAN AGENSI YANG TURUT MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA.

Post a Comment

19 Comments

  1. Nampak menarik teater ni am. Berkisarkan pasal mengidam buah nangka tu ke? Ala kisah fav ni selalu baca. Kalau teater bangsawan macam ni bahasa yg digunakan sangat unik dan sedap didengar. Teringin nak tengok

    ReplyDelete
  2. Qiss dah berkesempatan menonton cerita ni. Memang menarik. Paling sedih part Wan Anum kena bunuh tu. Kejam betul. Tahniah buat semua pelakon.

    ReplyDelete
  3. Teringin jugak sebenarnya nak pergi tengok teater. Tak pernah tengok walaupun sekali. Terasa nak ada pengalaman tu. Seronok ke tidak, terhibur ke tidak, itu yang saya nak rasa

    ReplyDelete
  4. Saya bagi 10/10 untuk pementasan teater ini memang sangat best dan memukau tengok tak rasa jemu walaupun mereka menggunakan bahasa yang tinggi dan berkias tapi tetap kita tahu apakah punca cerita dan mengapa ia terjadi. Rupanya bukan sebab seulas nangka tapi sebab hasutan syaitan...

    ReplyDelete
  5. Suka sangat2. Tak sangka first time pergi tengok teater terus jatuh cinta. Lebih2 cerita ni berkisarkan kisah di johor lama, negeri kelahiran ayu

    ReplyDelete
  6. Ruginya terlepas tengok teater nie. Nanti nak tengok jugaklah ! Suka tengok teater pasal kisah2 lama. Sebagai seseorang yg pernh terlibat dlm dunia teater, not to mention watak utama pulak, ahaks, pasti banyak komitmen yg dikeluarkan oleh setiap ahli utk menghasilkan sebuah teater yg bagus. Kalau penonton pon berpuas hati, maksudnya ia sebuah pementasan yg bagus

    ReplyDelete
  7. Diah tak pernah lagi pergi tengok teater. mesti best kan dapat tengok depan-depan. orang kata nak tahu pelakon tu betul-betul berbakat atau tak kena tengok masa diaorg berlakun teater sebab tak ada ruang nak lakukan kesalahan. Baca comment AM dan kawan-kawan macam best je cerita ni

    ReplyDelete
  8. Ber theater you all. I lama kot tak tengok theatre apa tah pula tengok bangsawan. Rasa last tengok masa umur 12 tahun. Nampak menarik.

    ReplyDelete
  9. Pernah jugak tengok kat sana teater bangsawan ni. Memang menarik dn lenggok percakapan diorg best. Teringin nak tengok lagi tapi tak tahu bila le ada masa..:)

    ReplyDelete
  10. Pernah sekali tengok teater, memang best. Dapat tengok diaoarang berlakon. Ceeita ni pun nad ingat, menarik sgt kalau tengok ni. Tapi sekrg ada anak, sush nak pergi tengok.. Hehhe

    ReplyDelete
  11. Setakat ni belum pernah lagi tengok Teater secara live. Tak tau la masuk ngan jiwa kita ke tak. Hehe
    Tapi tahu, pelakon kena berlakon dengan berhati hati sebab secara live kn.
    Memang hebat dan terbaik la..

    ReplyDelete
  12. Lama betul tak layan teater ni. Rindu pulak nak layan teater sebab lagi puas tengok depan mata dan hayati sendiri kan.

    ReplyDelete
  13. Saya suka theater. Tapi tulah kekangan masa, Saya tak tengok dah. Kadang teater begini kurang promosi. Tu yang saya ingat dah tiada penggiat theater. Lepas ni Saya akan tengok jadual pementasan theater ni. Agar dapat tonton seisi keluarga. Kadang hanya dr buku sejarah tidak dapat menggambarkan detail pengorbanan watak. Betul tak kakk

    ReplyDelete
  14. Lamanya tak tengok teater. Kak min suka sebenarnya kalo teater2 ni sebab lebih asli lakonannya. Tapi tu la selalu teater ni agak kurang promosinya..

    ReplyDelete
  15. Kita suka tgk teater
    ..tpi tu la jauh nun di penanh ni haa
    Yg pelakon laksamana tu...saya suka lakonan dia...

    ReplyDelete
  16. Menariknya teater macam ni. Paling best artis lama pun support teater. Bagus la untuk industri seni negara.

    ReplyDelete
  17. I can't remember when was the last time I went for a stage show, I'll love to support these actors since there's not many these days.

    ReplyDelete
  18. Bestnya la dapat menonton teater. Rawlins dulu pelakon teater gak dulu masa zaman belajar. Next time insyaAllah Rawlins join ye AM

    ReplyDelete
  19. Wow live show. Many legend on the stage and must be a good story. I also want to watch this.

    ReplyDelete