TONY ROMA'S KEMBALI DENGAN MENU BERASASKAN PRODUK TEMPATAN DENGAN KERJASAMA FAMA


TONY ROMA'S KEMBALI DENGAN MENU 
BERASASKAN PRODUK TEMPATAN HASIL KERJASAMA FAMA


AM dan kambing!! kalau dah hantu makan kambing tue mmg tak dapat dielakkan.

Pada yang dah lama mengenali AlongMurni (AM) pasti sudah maklum yang AM sangat meminati dan menggemari makanan western terutamanya menu Kambing. Baru-baru ini AM berkesempatan untuk hadir ke Tony Romas yang terletak di Sunway Piramid sepena ulang tahun ke 12.




Majlis bagi memperkenalkan 3 menu terbaru ini telah disempurnakan oleh Dato’ Nazipah Jamaludin iaitu Ketua Pengarah Operasi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Sempena ulang tahun ke 12,Tony Romas telah mengolah menu sebagai salah satu tanda sokongan mempromosikan industri pertanian tempatan dan menggunakan produk yang diperoleh dari petani tempatan dengan kerjasamasa pihak FAMA.

"Kami berharap rakyat Malaysia akan dibawa ke menu baru ini yang mempunyai bahan-bahan tempatan, mewujudkan rasa unik di Malaysia yang kita cintai. Pada masa yang sama, inisiatif baru ini juga semakin meningkat hingga ke citarasa antarabangsa” ujar Dato Nazipah

Mesti ramai pembaca setia AM nak tahu 3 menu penambahan di Tony Roma's yang diolah menggunakan bahan-bahan asli tempatan kan??

Jomm, kita terjah 3 menu menarik ini.

Ribeye with Green Chili Sauce


Kombinasi Ribeye bersama Cili Hijau yang dipetik segar dari Cameron Highland ini memang ada 'kick' dan sangat membuka selera. Rasa Cili Hijau ini tidak terlalu pedas malah enak dimakan bersama Ribeye. Memang terbaik wooo.. Harganya cuma RM 85.90. sangat berpatutan dengan portion saiz dan kualiti Ribeye yang digunakan. Memang puas hati.

Half BBQ Chicken with Aromatic Ginger Sauce


Bila AM merasai lalu je menu Half BBQ Chicken dengan aroma halia ini dah cukup untuk mengundang selera AM.. AM siap boleh makan dan kunyah Halianya.. Rasa rangup tau!! Rupanya dalam menu ini Halia Bentong digunakan dalam hidangan!! Patutla sedap!! Halia Bentong ini banyak khasiatnya tau!! Kalau nak menu yang sihat dan menyegarkan AM sarankan untuk mencuba menu ;Half BBQ Chicken with Aromatic Ginger Sauce' ini. Harganya cuma RM 39.90. Murah kan?? tapi portion ayam nya mmg banyak tau!! Siap leh kongsi dua orang lagi.

Grilled Lamb with Pineapple Sauce and Salsa


Haaaa.. ini menu yang dinantikan AM!! 'Grilled Lamb dengan Sos Nanan dan salsa. tak sabar AM nak mencuba tau masa nie. yelah peminat menu kambing kan!! tapi serius kombinasi nanas segar dan salsa memang sedap dimakan bersama Kambing Grill ini.. Nak nak AM dapat bahagian Shoulder!! memang menjilat jari la dibuatnya.. Rasa kemanisan daging kambing dan salsa!!! Menu yang wajib dicuba tau!! Menu yang AM sarankan untuk dicuba ini berharga RM 89.90. wajib dicuba dengan rasa yang enak, daging kambing yang berkualiti dan portionnya banyak tau!! Puas makan.. 



Jom ke Tony Romas dan boleh layari website untuk keterangan lanjut.
www.tonyromas.com.my .. terbaik dan kualiti setiap menu-menu di Tony Roma's. Jomm kita ke Tony Roma's!!


#JomTonyRomas #TonyRomas12Anniv

KATA ALONG MURNI.


AM ENJOY SANGAT MENCUBA MENU-MENU MENARIK DAN 
TERBAIK DARI TONY ROMA'S. MEMANG SEDAP DENGAN 
BAHAN-BAHAN YANG BERKUALITI DAN PALING PENTING AM PUAS MAKAN SEBAB PORTION SETIAP MENU BANYAK. AM RANCANG NAK BAWA ADIK AM CUBA MAKAN DI TONY ROMAS HUJUNG MGGU INI.
 JOMM SAPER NAK FOLLOW IKUT AM SEKALI?? KITA TERJAH TONY ROMA'S!!


Post a Comment

12 Comments

  1. Ya Allahhhhhh baca post ni buat lapaq wehhhh. Terliur betul dgn kambingggg. Ni mau ada yg tiba2 mintak steak jugak sat lg ni kang hahaha

    ReplyDelete
  2. Fuhh menyelerakan Tony Romas ni. Fav ruby juga tau. Dah lama tak makan TR. InsyaAllah akan cuba next time.

    ReplyDelete
  3. eii geram tengok semua makanan lagi-lagi tengah craving steak ni rasa nak pergi tony romas sekarang jugak

    ReplyDelete
  4. Alaaa Bestnyer kak. Saya pun penggemar kambing jugak ni.

    Teringin nak pergi makan kt Tony Romas ni hah. Harga pun boleh tahan katanya.

    ReplyDelete
  5. I like Tony Roma's especially their ribs. so delicious kan. Wish to go back for more very soon with my family.

    ReplyDelete
  6. Wow menu baru Tony Romas ni memang menggoda kita lah nampak nya kena pergi cuba lah heheheh sedapnya tengok daging tu lapo kita waaaaa...

    ReplyDelete
  7. Makin lama makin banyak menu & restoran makanan kan.. Sampaikan wawa pening nk cuba yg mana.. Tp tgok Tony Romas ni mcm syok je menu dia...hehehe.lagi2 yg daging tu...aduhhh..

    ReplyDelete
  8. Alamak sedapnya steak tu... dahlah Bonde memang suka makan steak, Tak pernah makan dekat Tony Roma's, kena terjah Tony Roma's lepas ni... sebab dah terliur!

    ReplyDelete
  9. Amboi murni gaya makan pun dah tahu mmg sedap. Lama dah x datang makan kat tony romas. Paling suka dengan stik dia mmg mengancam. Antara yg terbaik

    ReplyDelete
  10. Haihhh, mengundang betul la baca post murni pepagi ni. Rasanya dah lama gila kot emi tak ke tony roma's. Agaknya dah banyak menu baru sejak kali terakhir emi makan kat sana. lepas gaji nanti nak ke tony roma's la.

    ReplyDelete
  11. Nampak saiz hidangan nya agak besar. Mesti berbaloi kan. Nampak sedap betul korang makan

    ReplyDelete
  12. Allahu terkejut Kak Min tengok Murni nganga camtu hahaha..apa tu tony roma's memang sedap lagipun sebenarnya tony roma's ni muslim friendly..hidangannya halal

    ReplyDelete