SINCERITY AUSTRALIAN COSMECEUTICALS: KRIM PELINDUNG MATAHARI

SINCERITY AUSTRALIAN COSMECEUTICALS: KRIM PELINDUNG MATAHARI PILIHAN TERBAIK
‘SUNSCREEN LOTION WITH VITAMIN E SPF 50+’


Beberapa minggu lepas AlongMurni (AM) telah menghabiskan masa cuti hujung tahun bersama teman #travelwithbuddies ke Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Boleh rujuk entri
KISAH 3 HARI 2 MALAM DI SWISS GARDEN BEACH RESORT DAMAI LAUT untuk tahu tentang pengembaraan AlongMurni (AM) yea.

Sepanjang di sana, AM berdepan dengan cabaran terik mentari dan laut. AM sangat risau kerana pendedahan berterusan sinaran UV dalam jangka masa panjang tanpa perlindung matahari boleh mengakibatkan jeragat, mengurangkan elastik, pengubah tekstur kulit termasuk bertompok-tompok kuning dan coklat pada wajah. Bila dah menginjak umur 30an, memang AM sangat menjaga kulit wajah.

Krim pelindung cahaya matahari atau lebih dikenali sebagai sunscreen sangat baik untuk penjagaan kulit daripada pancaran matahari. Salah satu kebaikan pelindung cahaya matahari ialah melindungi kulit daripada pengaruh negatif terik matahari seperti radiasi lembayung ultra ungu (UV) yang boleh menimbulkan masalah kulit.

bebas bergerak tanpa ragu-ragu bila menggunakan Produk Sincerity

Ada juga yang tidak selesa untuk mengenakan krim pelindung cahaya matahari apabila melakukan aktiviti lasak dan berpeluh. Lantas mereka tidak mengenakannya kerana beranggapan kotoran tubuh yang bercampur dengan krim pelindung cahaya matahari boleh membuat kulit iritasi.

Oleh itu jika kulit tidak dibersihkan ketika proses pengaplikasian ulangan, ia tidak memberi masalah. Bukan bererti kotoran pada kulit akan terkumpul di dasar kulit kerana krim pelindung cahaya matahari akan diserap pada kulit, bukan sekadar melapisi kulit. Namun jika rasa tetap tidak yakin, boleh membersihkan tubuh yang kotor dengan tisu basah sebelum menyapukan krim pelindung cahaya matahari kembali.

Tidak kira jantina dan umur, pelindung matahari adalah sangat penting dalam rutin harian. AM mesti nak elakkan dari kerosakan yang lebih buruk terutamanya kanser kulit dengan penggunaan pelindung matahari. Kalau nak tahu, kerosakan akibat sinaran matahari termasuklah penuaan pra matang, jeragat, agespot, brownspot, hyperpigmentation, kedutan dan kanser kulit.



Jadi AM telah memilih Produk Sincerity iaitu ‘SUNSCREEN LOTION WITH VITAMIN E SPF 50+’ kerana ia merupakan pelindung matahari yang bebas minyak dan diperkayakan dengan Vitamin E. Pelindung matahari mengandungi SPF. SPF adalah singkatan kepada Sun Protection Factor atau Faktor Pelindung Matahari. Fungsi SPF adalah membolehkan kulit AM untuk bertahan di luar sebelum AM mula mendapat kerosakan kulit atau sunburn.

bebas melakukan aktiviti air bila dah gunakan produk Sincerity

Begitulah pentingnya produk pelindung matahari dalam kehidupan kita sehari2. Tidak perlu solekan yang tebal jika untuk kelur rumah. Tapi sunblock atau sunscreen berSPF adalah perkara utama.
AM nak kongsikan serba sedikit latar belakang Pengasas Sincerity yang AM yakini keberkesanan produk hasil keluaran beliau.


SINCERITY COSMECEUTICALS.

Mr Michael Sperber berkelulusan Universiti Rhodes dengan ijazah dalam Farmasi dan Kimia dan juga ahli Persatuan ahli Kimia Kosmetik Australia. Sebagai pakar kimia kosmetik yang sangat dihormati di Universiti dan kolej, beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar masalah rambut dan kulit, penjagaan dan rawatan.

Beliau memulakan rangkaian penjagaan kulit Algologie antarabangsa dan tidak lama selepas itu, terhasillah ‘Sincerity Cosmeceuticals’ yang kini menjadi pelopor utama dalam penjagaan kulit profesional. Uniknya, beliau menggunakan pengetahuannya sebagai kompenan penting bagi memastikan produk yang dihasilkan beretika, berkesan dan mampu merawat permasalahan kulit.

CARA PENGGUNAAN

Sebaiknya krim pelindung cahaya matahari menjadi sapuan pertama sebelum diikuti pelembap, krim asas dan solekan. Seharusnya krim pelindung matahari Sincerity ini disapu 20 minit sebelum terdedah kepada aktiviti luar atau cahaya matahari.

Menariknya tentang Krim Pelindung Matahari keluaran Sincerity adalah tahan selama 4 jam dan kalis air (water resistant). Selain itu, Krimnya tidak melekit dan sangat selesa bila dipakai.
Product Sincerity ini boleh didapati di Mplus Farmasi di Subang Jaya, Bangsar Shopping Village dan Shine Farmasi, Kuching (Sarawak).




SINCERITY WORLDWIDE (M) SDN BHD
9-3A Ukay Boulevard,
Jalan Ulu Kelang MRR2, 6800 Ampang, Selangor
Tel: 016-9237439
FB: Sincerity Treatment Skincare


KATA ALONG MURNI


SEJAK KENAL PRODUCT SINCERITY AM TERUS TERPAUT
 UNTUK TERUS MENGGUNAKANNYA TERUTAMANYA 
KRIM PELINDUNG MATAHARI INI. BALIK DARI PANTAI DAN AKTIVITI LUAR, KULIT AM TIDAK MENGGELUPAS MALAH TAMBAH ANJAL TAU. 
RASA LAIN SANGAT. JADI AM MEMANG SARANKAN UNTUK MENCUBA PRODUK SINCERITY DAN RASAI KELAINAN DAN KEISTIMEWAANNYA. 
MEMANG BERBALOI SANGAT!





Post a Comment

0 Comments