SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE:
PROMOSI ‘BACK TO SCHOOL’
KEPENTINGAN PENJAGAAN KAKI
Baru-bari ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke
Sunfeet International Rehabilition Centre sempena Promosi ‘Back to School’.
Mesti ramai yang sedia maklum yang AM mempunyai anak-anak yang masih kecil dan
berusia antara 7 & 8 tahun. AM sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga
kaki mereka kerana KAKI membantu dalam pergerakan seharian malahan menjaga
keseimbangan badan. Yelah.. dari pagi ke sekolah, bergerak naik turun tangga
sepanjang waktu persekolahan hinggalah waktu balik dari sekolah. Itu belum
dikira aktiviti Kokurikulum yang perlu dijalani lagi. Jadi AM mestilah cari kasut yang selesa dan mampu memberi sokongan
penuh pada kaki.
Untuk makluman semua pembaca Blog AlongMurni, KAKI terdiri
daripada 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Satu per empat daripada
tulang didalam badan kita terletak dikaki. Jadi, jika tulang-tulang ini tidak
sejajar atau hilang keseimbangannya maka badan kita tidak stabil.
Terdapat pelbagai sebab yang boleh menimbulkan masalah pada
kaki antaranya ialah penyakit, saiz kasut yang salah, kaki yang dimamah usia,
peredaran darah yang kurang baik, dan kuku kaki yang tidak dipotong dengan
betul. Kaki yang tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul boleh menimbulkan
masalah seperti jangkitan kulat, kulit kaki kering dan pecah, kematu, cekam,
atau ketuat. Memandangkan salah satu fungsi kaki ialah menampung berat badan
kita, maka masalah pada kaki juga akan berlaku disebabkan oleh berat badan yang
berlebihan.
AM bersama dengan DR Edmund Lee |
Semasa di Sunfeet International Rehabilition Centre, AM
diberi penerangan oleh Dato’ Dr. Edmund Lee, tentang kepentingan dan pengenalan
jenis kaki mengikut individu. Banyak yang AM pelajari semasa sesi tersebut
berlangsung. AM kongsikan sedikit informasi untuk semua pembaca Blog
AlongMurni.
‘custom made Orthotic’ adalah sejenis pendakap ortopedik
yang direka khas untuk membetulkan semula postur dan ‘alignment’ kaki dan buku
lali ke dalam kedudukan yang paling tepat. Orthotics adalah sejenis peralatan
perubatan biomekanical yang direka khas untuk membetulkan ketidakseimbangan
kaki sesorang. AM sendiri pun tidak tahu jenis postur kaki AM sendiri. Bila
diminta buat pemeriksaan kaki, apalagi.. tercengang-cengang AM dibuatnya. Pemeriksaan
kaki ini PERCUMA tau.
Pendakap orthotic bukan sahaja membantu mereka yang
mempunyai masalah sakit kaki, tetapi ianya juga membantu mereka yang mengalami
kesakitan pada bahagian belakang, pinggul, lutut dan juga mereka yang mempunyai
masalah berkaitan arthritis.
Selain pendakap orthotics yang direka khas mengikut ukuran
individu, Sunfeet turut menjual pendakap orthotics yang ready made, peralatan
bagi menyokong kaki serta kasut perubatan bagi mereka yang mempunyai masalah
kaki. Kesemua barangan ini dijual pada harga bermula RM500 hingga RM1999.
Walau bagaimanapun, custom made orthotics yang direka
mengikut ukuran individu amatlah digalakkan bagi mereka yang mempunyai
simptom-simptom masalah pinggang, kaki, lutut dan sebagainya. Custom made
orthotics tersebut akan direka khusus mengikut simptom yang kita hadapi.
Kebiasaannya Dr. Edmund akan menasihatkan pesakitnya untuk
memakai custom made orthotic tersebut sekurang-kurangnya selama 5 hingga 8 jam
sehari. Dalam tempoh 3 bulan, pesakit dinasihatkan untuk datang semula ke pusat
rehabilitasi tersebut untuk membuat analisa kaki atau pun bagi mendapatkan maklumbalas
daripada pesakit tentang tahap keselesaan semasa memakai custom made orthotic.
Sekiranya pesakit tidak selesa, pengubahsuaian ke atas custom made orthotic
tersebut akan dilakukan oleh Sunfeet.
Sebenarnya, ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak
mereka membuat pemeriksaan dan analisa kaki seawal usia 4 tahun. Masalah
berkaitan kaki ini lebih mudah dirawat apabila ianya dikenal pasti pada zaman
kanak-kanak lagi kerana ligamen dan tulang kanak-kanak lebih lembut dan mudah
untuk diperbetulkan.
Menariknya, Sunfeet turut menyediakan 'Foot Mobilisation
Therapy' iaitu sejenis terapi urutan bagi membetulkan sendi-sendi yang tidak
betul di kaki kita bagi membolehkan ianya berfungsi pada sifat semulajadinya.
Kebiasaanya sendi yang salah pada kaki boleh menyebabkan masalah postur yang
mengakibatkan sakit lutut, kaki, pinggul dan juga bahagian bawah pinggang.
Pernah tak dengar tentang insole? Insole atau pun dikenali
sebagai pelapik tapak kaki ni sebenarnya sangat penting. Tak kira sama ada kaki
kita normal atau bermasalah, pelapik tapak kaki membantu mengurangkan tekanan
dan membentuk kaki yang cantik selain memberi keselesaan pada tapak kaki.
Ada pelbagai jenis insole dijual di sini mengikut kesesuaian
para pelanggan. Kalau nak tahu lebih
lanjut, boleh dapatkan nasihat dari Dr Edmund Lee. Beliau akan bantu pilih
insole yang sesuai dengan kaki kita. Segalanya direka mengikut kesesuaian kaki
tau.
Jom kita ke Sunfeet Internatioanl
Rehabilitation Centre
Waktu Operasi:
Setiap Hari Dari 10am- 7pm
Alamat:
Block C, 18 Jalan 19/1 Seksyen 19
46300 Petaling Jaya
Selangor
Website:
Facebook:
KATA ALONGMURNI
SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITION CENTRE
TENGAH MENGADAKAN PROMOSI ‘BACK TO SCHOOL’. SEMPENA CUTI SEKOLAH INI, JOM KITA BAWA
ANAK-ANAK KE SUNFEET DAN KENALI PERMASALAHAN KAKI ANAK-ANAK. BILA KAKI OK,
BARULAH ANAK-ANAK SELESA UNTUK MEMULAKAN PERSEKOLAHAN MEREKA DENGAN RIANG KAN??
BANYAK PILIHAN JENIS KASUT DAN INFORMASI BOLEH DIDAPATI DI SINI. JOMM KE
SUNFEET!!
0 Comments