Monday, 4 March 2019

BUFFET RAMADHAN 2019 : Restoran NOOK mengetengahkan SELERA INDONESIA


BUFFET RAMADHAN 2019 

Restoran NOOK mengetengahkan SELERA INDONESIA


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menjengah Menu Sajian Ramadhan Istimewa di Restoran NOOK bertempat di Aloft KL Sentral. Joms Buka @ NOOK Selera Indonesia ini mempromosikan sajian masakan Indonesia sepanjang Ramdhan 2019.




Sebaik sahaja melangkah masuk ke Restoran NOOK ini, AM dapati banyak piala, trofi dan anugerah yang telah berjaya dimiliki oleh Restoran NOOK ini. AM rasa kagum dengan pencapaian yang diperoleh. Sempat AM meneliti satu per satu piala dan trofi yang dipamerkan di situ.



Uniknya  Buffet Ramadhan 2019 kali ini adalah Restoran NOOK menyajikan lebih dari 150 jenis juadah yang  disediakan oleh Sous Chef, Ahmad Zaki Harun and Sous Chef Junior, Muhammad Hafiz Izham. Setiap juadah yang disajikan mempunyai ciri-ciri masakan tradisional Indonesia.


Kambing Bakar Bumbu
AM berpeluang mencuba hidangan Kambing Bakar Bumbu. Masakan ini diperap bersama rempah tempatan seperti kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia dan serai. Kemudiannya daging kambing dipanggang dengan mengunakan api secara perlahan-lahan selama dua jam. Sememangnya tekstur daging yang terhasil amat lembut dan penuh dengan rasa ‘juicy’ tau.







Masakan Indonesia lain yang terkenal turut sama disajikan. Antaranya adalah Bakso, Nasi Ayam Istimewa, Ayam Cabe Ijo, Tempe Goreng Berempah, dan Ikan Bumbu Berempah. Sedap tau!!! Berselera AM makan. Padat dengan rasa rempah!! Tidak dilupakan masakan Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka yang sangat menyelerakan bila dimakan bersama Nasi Kebuli, Nasi Jagung Madura dan Nasi Kuning.







Bagi yang menggemari Ulam-ulaman seperti AM jangan lupa untuk mencuba  Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan pelbagai jenis Keropok tau!! Memang segar dan lazat.







AM sempat juga mencuba Daging Sapi Gongso dan AM sangat sarankan untuk mencuba menu Daging Sapi Gongso. Daging ini diperap bersama Kicap Manis Indonesia, Cili Merah dan campuran Rempah ratus termasuk kayu manis, buah pelaga, jintan putih, bunga lawing dan jintan manis. Daging yang telah diperap kemudiannya direbus selama 3 jam. Memang terbaik tau rasanya!!

Daging Sapi Gongso
Selain daripada menu masakan Indonesia dan Malaysia, Restoran NOOK juga menyajikan menu barat dan masakan Cina serta India antaranya Ketam Kam Heong, Daging Goreng Lada Hitam, Tauhu Gaya Szechuan bersama Ayam Cincang, Kambing Vindaloo, Gosh Badami Kurma (Kurma Kambing), Daging Pedas Masala, pelbagai aneka Pizza, Jade Fish Picatta dengan Mexico Corn Salsa, Lasagna Sayuran, Fillet Ikan Pan Seared dan banyak lagi.







Buffet Ramadhan 2019 iaitu menu pencuci mulut di Restoran NOOK wajib dicuba. Antaranya Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling  (Buah Kurma), Bubur Sumsum (Bubur Nasi kelapa manis), Sago Air Gula dan Kolak Ubi (Indonesia). Selain daripada tu ada juga Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies, Apple Crumble, Banana Bread serta Butter Pudding dengan Sos Vanila, ABC (Air Batu Campur), Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake dan Fruit Berries Tart.




Kepada yang berminat untuk berbuka Puasa di Restoran NOOK, ada PROMOSI EARLY BIRD untuk buffet Ramdhan 2019 JOMS BUKA @ NOOK SELERA INDONESIA boleh juga didapati bermula 1 April - 3 Mei 2019 dengan harga RM105 (untuk pembelian 1 - 35 vouchers) dan RM95 (untuk pembelian 36 voucher keatas)

Untuk tempahan serta sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com


KATA ALONGMURNI

AM TAK SABAR MENANTI KUNJUNGAN RAMADHAN. 
SELAIN DAPAT BERIBADAH MENJALANKAN RUKUN ISLAM YANG KETIGA, PELBAGAI SAJIAN BUFFET MENGETENGAHKAN SAJIAN TRADISIONAL. 
AM MEMANG SARANKAN UNTUK YANG TINGGAL BERHAMPIRAN
 DENGAN KL SENTRAL UNTUK DATANG BERBUKA DAN 
MENCUBA MENU DI RESTORAN NOOK. 
HARGA BERBALOI DENGAN MENU YANG PADAT DENGAN RASA
 DAN MENYELERAKAN.

Friday, 22 February 2019

PACAI: AURA GELOMBANG MUZIK BARU DAN TERKINI


PACAI: AURA GELOMBANG MUZIK BARU DAN TERKINI


Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat bersembang bual bersama seorang karyawan dan insan seni yang banyak memberi sumbangan dan menaikkan nama Malaysia di Persada Seni Muzik Dunia. Beliau adalah Dr. Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Pacai.Beliau antara pemuzik handalan, Komposer dan penggubah laguyang berpengalaman serta seringkali menjadi pilihan penyanyi-penyanyi ternama seperti Anuar Zain, Sheila Majid, Zainal Abidin dan ramai lagi untuk mengiringi persembahan pentas.




Selama dua jam berbual santai bersama PACAI, AM dapat simpulkan yang beliau seorang insan yang berkaliber dan sangat berdedikasi dalam berkarya. Selain dianggap sebagai orang lama dalam industri muzik, Pacai pernah menganggotai kumpulan Ekamatra sebagai pemain bass. Beliau juga kerap diberi tugas menggarap runut bunyi untuk filem-filem tempatan. Memang hebat dan penuh karisma kan??

Pacai bukan calang-calang composer tau!!  Sesiapa yang dengar lagu sentuhannya memang boleh tangkap lentok tau macam lagu Mungkin dan Perpisahan dendangan Anuar Zain..

Yang uniknya berkaitan Insan seni bernama PACAI ini adalah beliau telah menerima Anugerah Kedoktoran Dalam Terapi Muzik iaitu dari ‘The Open International University of Medicina Alterntiva, Columbo (OIUCM Alma Ata 1962) dan diiktiraf oleh WHO dan Unesco.


Sepanjang kariernya selama 30 tahun, Pacai telah membentuk lebih daripada 300 lagu, menghasilkan album yang banyak pelbagai artis rakaman terkenal, tempatan dan juga di peringkat antarabangsa, dan memenangi pelbagai anugerah .

Kegemilangan dan kemasyhuran nama PACAI itu sendiri bermula pada usia 17 tahun ketika bandnya "Ekamatra" menjadi Viral dan Sensasi di Malaysia pada tahun 1989 dengan platinum tiga kali ganda album "Satu Tekanan Irama". Album itu dengan cepat diperolehi dan mendapat pengiktirafan dalam industri muzik yang semakin meningkat .



Bunyi olahan muzik dan gaya tersendiri yang menjadikannya salah satu seseorang pemain bass dan komposer yang dihormati di negara ini. Pacai telah membuat persembahan di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia termasuk juga Hong Kong, Kemboja, Tibet, Jepun, dan England.

Selain pernah bekerjasama dengan penggiat seni di Malaysia, beliau juga pernah bergandingan bersama penggiat seni di peringkat antarabangsa dari pelbagai genre, termasuk pemenang Oscar yang terkenal, A.R. Rahman of India dan gitaris legenda, Slash of Guns & Roses serta Komposer terkenal di peringkat antarabangsa, Burt Bacharach.

Pacai menghidupkan kembali intipati dan keindahan muzik yang hampir dilupakan dan membangkitkan keikhlasan seorang Karyawan dengan lagu. Ironinya beliau menghidupkan semula sebab untuk mengadun melodi dengan perkataan atau visual kepada memberitahu kisah dan menyampaikan mesej dengan jelas dan menarik, Pacai menjadi inspirasi dan beliau sangat percaya penggubahan cara muzik menjadikan hasil karya beliau lebih dihargai di samping berkongsi kreativiti bersama peminat beliau. Lantaran itu, selayaknya beliau memenangi anugerah menerusi laman web yang begitu inovatif .

PENGIKTIRAFAN

2015
·         Nomiated for “Best Original Theme Song” for the movie “Dollah Superstar” at the 25th MalaysianFilm Festival
·         Composed the Official Theme Song for the 20th Edition of Le Tour de Langkawi.
·         Composed music and lyrics for the theatre production of “Baik Punya Chilok” staged at Istana Budaya, Kuala Lumpur.
2014
·         Was nominated for “Best Male Vocalist” at the AIM 2014 Awards for his performance with his duo band “AhmadAhmad”.
2012
·         Was inducted into the Voice Independent Music Awards (VIMA) Hall Of Fame for his outstanding achievements and contribution to the music industry, locally and internationally.
2010
·         Won a Gold Award at the Voice Independent Music Awards and a Silver Award at the Asian VIMA for his album “CRUSH!”
·         Nominated for “Best Original Music” at the 8th Annual BOH Cameronian Arts Awards for “CUCI The Musical”
2009
·         Won “Best Original Music Score” Award for the movie “PAPADOM” and nominated for the same category for another movie, “SETEM” at the 22nd Malaysian Film Festival.
·         Received an Honorary Doctorate (Doctor of Honours) for Music Therapy from the Open International University of Medicina Alterntiva, Columbo (OIUCM Alma Ata 1962).
2007
·         Won “Best Film Melody” Award at the Malaysian Film Producers Association Awards for the movie “CINTA”.
·         His revolutionary interactive website, www.pacheye.com  won a Finalist Certificate at the Asia Interactive Awards for Best Use of Illustration.
·         www.pacheye.com was the only Malaysian winner in the 2007 Asia Pacific Advertising Festival’s Cyber Lotus AdFest Competition taking home the Finalist Award Website ~ Consumer Category.
·         Scored his first international movie, “BRAVE” for a Thailand-Malaysia film venture by Thanapon Maliwan & Afdlin Shauki.

2006
·         Won “Best Theme Song Award” at the ERA Radio Awards for the movie “BAIK PUNYA CILOK”.
·         www.pacheye.com  won the Bronze Award for Digital Websites at the Kancil Awards 2006; Malaysia’s largest and most prestigious advertising awards competition held to recognize and honour creative excellence in the industry.
·         www.pacheye.com won the Silver Award for Best Use of Web ~ Brand-building at the Direct Marketing Association of Malaysia Awards; an annual competition held to honour excellence in direct marketing.
·         The first Malaysian composer whose song “GAIA” was played extensively on National Geographic, Discovery Channel and Animal Planet for their international “Save The Planet” campaign.
·         Nominee for Best Pop/Rock Song for the song “GAIA” at the Malaysian Song Championship Awards “Anugerah Juara Lagu” sung by Zainal Abidin.
2004
·         Wrote (Malay) lyrics entitled “PUTERI” (Princess) to a song composed by Burt Bacharach and sung by Malaysian artiste Zainal Abidin for the latter’s album of the same title.
·         Wrote (Malay) lyrics to the song “AN’BAY”, composed by Oscar winning Indian composer A.R. Rahman for the latter’s concert in Malaysia.
2003
·         Nominated for “Best Music for Film” at the Malaysian Film Festival for the movie “BULI”.
1996
·         Performed at London’s renowned jazz club “Ronnie Scott’s” with Malaysia’s internationally acclaimed chanteuse Sheila Majid and awardwinning actor/director/entertainer, Afdlin Shauki
1993
·         Toured Japan with Malaysia’s famed Zainal Abidin at the Asian Music Exchange SHIRATAKA,
1990
·         Triple Platinum Award Recipient for the album “SATU TEKANAN IRAMA” released with his band “EKAMATRA”.

Dari Kiri : Rozario Rasul, PACAI, AM dan Helmi

KATA ALONG MURNI

PACAI MERUPAKAN INSAN SENI YANG BERJIWA BESAR DAN 
BANYAK MEMBERI SUMBANGAN
 DALAM MEMBANGUNKAN INDUSTRI MUZIK TANAH AIR.
PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN BELIAU SANGAT AM KAGUMI 
DAN BELIAU TELAH MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA 
DI PERSANA SENI DUNIA.
 AM SANGAT BERHARAP INDUSTRI MUZIK 
MEMPUNYAI PELAPIS SEHEBAT PACAI.
BARU INDUSTRI MUZIK KITA AKAN LEBIH DIKENALI DAN
MENJADI SEBUTAN SEHINGGA KE LUAR KAN??

Tuesday, 12 February 2019

RAIKAN ‘BEST REUNION EVER’ DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON

RAIKAN ‘BEST REUNION EVER’ DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON.



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan meluangkan masa bersuka ria bersama rakan-rakan AM sempena cuti Tahun Baru China di TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON. Memandangkan AM tidak ke mana-mana jadi pelawaan diterima dengan hati terbuka. Ke SUNWAY LAGOON la AM!!



Terbayang dah macam-macam aktiviti air dan permainan extreme yang boleh AM terjah nanti. Dari rumah AM, AM gunakan kemudahan pengangkutan awam untuk sampai ke Sunway Lagoon.

Dengan membawa tagline ‘BEST REUNION EVER’, AM turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa kontemporari oleh Persatuan Tarian Singa Kun Seng Keng. Kumpulan tarian singa dari Kuala Lumpur yang telah berjaya meraih beberapa gelaran juara bertahan dan yang terbaru adalah Juara Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Selatan yang diadakan di China tahun lepas. Memang hebat kan??




TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON tengah mengadakan promosi sempena sambutan Tahun Baru Cina tau!! AM turut dihiburkan dengan aktiviti seperti pertunjukkan drum 12 Majestic,Prosperity for All welcome dance, Meet & Greet with the God of Prosperity, Captain Quack and Lady Quack, Sand Art Workshop, dan tarian Hua Ren Heritage Chinese New Year.



AM SEMPAT JOIN ART SAND WORKSHOP

Taman tema seluas 88 ekar ini dibina 150 kaki di bawah paras laut iaitu dahulunya merupakan tempat bekas lombong bijih timah dan kini mempunyai 90 tarikan di dalam enam taman. Taman yang dimaksudkan ini punyai keisitimewaan dari bentuk taman air, taman tema hantu, taman ekstrim, taman hidupan dan lain lain lagi.

Bayangkan AM berada di Taman Tema Sunway Lagoon dari pagi sampai petang namun masih banyak yang AM tak sempat nak terjah. Antara yang sempat AM terjah adalah :

SUNWAY LAGOON AMUSEMENT PARK


Kat sini kebanyakan aktiviti kering iaitu tanpa perlu membasahkan diri. Pemandangan indah melalui jambatan bergantung terpanjang di Malaysia dan lihat dunia dalam keadaaan terbalik di Tomahawk and Pirate’s Revenge.

Tapi yang tak boleh AM lupakan adalah Pirate’s Revenge ini. AM naik kapal lanun ini dan berpusing 360 darjah tau. Masa nak terbalik tue apalagi, memang sah la AM pejam mata.. Taksanggup nak tengok pemandangan yang tinggi bila terbalikkan ke bawah.. Ngeri wooo.. dengar kiri kanan AM menjerit jer.. Hahahaha.. Masa time kapal lanun tue meluncur turun AM la yang jerit paling kuat!!

SUNWAY LAGOON WATER PARK


Ini memang aktiviti yang paling AM suka!! Kita main air!! Memang semua game di sini AM cuba tau!! Tema regu AM bersama naik pelampung adalah Marou. Bayangkan dua-dua jerit bila setiap kali  pelampung menuruni gelongsor tue!! gamak ooo dengan suara AM dan marou!! Hahaha..


BERGAMBAR SEBELUM MANDI



AM DAN MAROU MENAIKI PELAMPUNG

AM juga sempat terjah di Waterplexx 5D. Menarik benar tau sebab kita pakai cermin mata 5D sambil menonton wayang. Kerusi semua boleh bergerak dan ada semburan air semasa menonton bergerak seiring dengan tema jalan cerita wayang tue.. keluar dari Waterplexx 5D nie, AM lencun abis baju tau!!

SUNWAY LAGOON SCREAM PARK

AM dan rakan-rakan tidak melepas peluang untuk terjah di Rumah Hantu sebaik saja memasuki Lynton V Harris’ Scream Park. Serius memang best sebab banyak aksi yang mengejutkan dan kami jerit secara berjemaah tau!!! sampai tekak pun rasa sakit. Tapi memang satu pengalaman yang best dan penuh gelak tawa bila keluar dari Rumah Hantu nie..

WILDLIFE PARK

AM sempat melawat haiwan haiwan liar di taman rimba dan pelbagai lagi. Antara haiwan liar yang boleh dijumpai adalah singa, harimau putih, harimau kumbang, kura-kura, burung nuri, Landak, ikan koi, dan lain lain lagi. Kemudiannya AM ke Pet Village.

PERTUNJUKAN ULAR BERSAMA PENONTON

Di sini, AM kagum bila melihat persembahan dari Burung-burung yang jinak, terlatih dan bijak betul. haaa.. persembahan ular pun ada kat sini gak tau tapi yang paling buat AM tergamam bila pihak taman tema buat gimik yang ada haiwan yang terlepas dari sangkar kononnya. Terkedu bila lihat Ular sebesar paha AM nie ada di kerusi tau!! Rasa nak panjat kerusi pun ada masa tue..

Walaupun AM tak semua lokasi AM sempat pergi tapi AM benar-benar enjoy dan puas hati dengan permainan yang terdapat di Sunway Lagoon nie.. Memang terbaik!!
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000 atau layari www.sunwaylagoon.com  atau ikuti www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.



KATA ALONGMURNI


AM RASA GEMBIRA DAN PUAS DAPAT BERSAMA-SAMA RAKAN
 DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON. 
HARGA PROMOSI TIKET SEMPENA TAHUN BARU CINA MEMANG BERBALOI DENGAN AKTIVITI YANG PADAT DAN MENARIK. 
MEMANG TERUKIR SERIBU KENANGAN TERINDAH BERSAMA RAKAN-RAKAN BERSESUAIAN DENGAN TAGLINE ‘BEST REUNION EVER’.  
MEMANG TERBAIK WOOO!!1