Tuesday, 29 January 2019

GERAI IKAN BAKAR SEMPORNA DI METRO PRIMA KEPONG: KEUNIKAN DAN KEASLIAN MASAKAN SABAH


GERAI IKAN BAKAR SEMPORNA DI METRO PRIMA KEPONG
 KEUNIKAN DAN KEASLIAN MASAKAN SABAH


Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Tapi sepanjang umur AlongMurni (AM) 34 tahun ini, AM masih belum berkesempatan untuk ke Sabah. Dengar cerita makanan di sana segar-segar dan sedap di samping keindahan pulau-pulau di Sabah.


Namun kali ini AM terpanggil untuk mencuba menu makanan Sabah di GERAI IKAN BAKAR SEMPORNA yang terletak di Pusat Niaga Metro Prima Kepong. Bila melangkah masuk ke Gerai Ikan Bakar Semporna ini, AM dapat bau asap ikan yang dibakar menggunakan Arang. Wah!! Memang asli dan unik kan?? Mak AM selalu cakap masakan yang dimasak menggunakan arang punyai keistimewaan dan keharuman tersendiri. 



Banyak rupanya jenis-jenis ikan yang AM baru kenal dan tak tahu. Terpinga-pinga AM bila mencuba pelbagai jenis rupa bentuk ikan yang disajikan di sini. Antara Ikan Bakar yang AM cuba dan sangat terkenal bagi orang-orang Sabah adalah:

IKAN BALAWIS

Ikan Balawis

Ikan ini bentuknya leper, hidup di batu karang. Isinya lembut dan sangat enak. Memang layan bila makan dengan nasi panas-panas.
IKAN UJI RASHID

Ikan Uji Rashid

Ikan ini dipanggil ikan Uji Rashid kerana katanya matanya bulat besar seperti mata penyanyi Uji Rashid. Ada juga yang panggil ikan lolong.

IKAN AYAM (PAGOT)

Ikan Ayam / Pagot

Bentuknya pipih seperti ikan bawal serta memiliki gigi yang besar dan tajam serta berkulit tebal sangat. menurut orang-orang yang pernah memakan ikan ini rasanya seperti ayam, sebab itu di sebagian daerah Indonesia menyebutnya ikan ayam-ayam.

SOTONG BAKAR

Sotong Bakar

Rasa sotong bakar yang dimasak segar dibakar menggunakan dapur arang memang terbaik tau!! Rasa kenyal dan kesegaran sotong dicicah dengan sos madu memang terangkat abis.. Rasa pergghhhh mak woii!!

KEPAK AYAM PANGGANG

Kepak Ayam Panggang

AM suka Kepak Ayam Panggang di sini sebab cukup rasa dan kelembutan ayam jelas dapat dinikmati di setiap cebitan gigitan.

Uniknya sajian hidangan di sini adalah SOS yang unik dan punya rasa tersendiri. Banyak pilihan SOS di sini tau. Sangat enak dicicah tika makan bersama Ikan Bakar dan Ayam Bakar. Kiranya sos ini sabagai penambah rasa enak ketika makan bersama nasi. Berselera AM makan tau!!


Selain rasa Ikan Bakar yang jarang-jarang AM rasa di Kuala Lumpur ini, AM juga telah mencuba hidangan istimewa Masyarakat Sabah yang unik. AM rasa teruja mencuba keunikan masakan Sabah ini. Antaranya adalah:

LATOK ( SEA GRAPES)

Latok

Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah dan sejenis makanan dari jenis rumpai laut. Ia sangat popular di kalangan suku kaum bajau laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna.

Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya. Antara khasiat yang terdapat pada latok adalah :

1. Awet muda
2. Merawat kanser
3. Untuk kesihatan darah
4. Tulang, otot dan urat safat berfungsi dengan baik

AM makan latok dimakan bersama nasi dan ikan panggang. Latok ini sebenarnya boleh dimakanan begitu sahaja dengan mecampurkan perahan limau kasturi dan cili padi.

KERABU RUMPAI LAUT/AGAR-AGAR

Agar-agar /Rumpai Laut

Agar-agar ni adalah makanan etnik suku kaum bajau di Sabah. Dihidangkan dengan pelbagai menu bakar seperti ikan/sotong/udang/ketam yang dibakar.

Khasiat utama agar-agar/rumpai laut ialah kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin C, magnesium dan kalsium.  Agar-agar merupakan tumbuhan semulajadi yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan dan sangat baik untuk kulit. Nilai rumpai laut jauh lebih baik daripada sarang burung, sirip yu dan yam. Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan sirip yu. Bukan main lagi AM pulun makan bila tahu khasiat agar-agar ini. Semangkuk abis AM ratah je tau!!

KERABU IKAN HINAVA

Kerabu Ikan Hinava

Hinava merupakan makanan tradisional masyarakat Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun dan ia merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun.

Biasanya Hinava atau dipanggil juga Hinava Ginapan dibuat daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong atau udang.
Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis seperti perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun ketika Tadau Kaamatan.

Rasa Kerabu Ikan Hinava ini memang unik dan sangat enak dijadikan sebahagian daripada ulam-ulaman.

KERABU MANGGA

Kerabu Mangga

SOTONG MASAK HITAM

Sotong Masak Hitam

AM memang peminat makanan berasaskan sotong namun ini merupakan pertama kali AM mencuba menu Sotong masak hitam. Yea.. Sotong ini dimasak menggunakan dakwat hitam. Mulanya AM rasa agak geli untuk mencuba sebab selalunya bila masak sotong, dakwatnya memang AM buang begitu sahaja. Jadi AM memang teragak-agak untuk mencuba mulanya. Tapi bila AM cuba rasa pada gigitan pertama, AM terdiam seribu bahasa. Wahhh!! Memang enak rupanya dimakan bersama nasi. Rasa kenyal sotong dan kuah yang padat dengan rasa manis pedas. Terbaik wooo!!!

Jadi pada yang ingin mencuba masakan Sabah yang terdapat di Kuala Lumpur boleh datang singgah ke

IKAN BAKAR SEMPORNA
Jalan Metro 1,
Metro Prima, Kepong

AM bersama Puan Fify (Pemilik)

Menurut Puan Fify yang merupakan Pemilik Gerai Ikan Bakar Semporna, kebanyakan makanan yang dihidangkan di sini, adalah ditempah khas dari Sabah dan dimasak sendiri oleh beliau. Puan Fify yang merupakan anak jati Sabah masih mengekalkan citarasa setiap hidangan mengikut selera masyarakat Sabah dalam usaha memperkenalkan masakan Sabah kepada masyarakat Semenanjung mahupun luar Sabah.

KATA ALONG MURNI

AM RASA SERONOK DAN TERUJA DALAM MENGENAL 
SETIAP SAJIAN CITARASA MASYARAKAT SABAH. 
MEMANG LAIN DARI YANG LAIN DAN PENUH DENGAN KEUNIKAN TERSENDIRI. AM BERCADANG NAK BAWA MAK DAN ADIK-ADIK AM 
MENCUBA MASAKAN DI SINI PADA MASA YANG LAIN. 
SELAIN MASAKAN YANG DIHIDANGKAN SEDAP, MASAKAN DI SINI JUGA 
PENUH KHASIAT DAN SEGAR TAU!! JOM SINGGAH KE 
GERAI IKAN BAKAR SEMPORNA. RASA SEKALI PASTI NAK CUBA LAGI TAU!!

3 comments:

sheayang said...

Jarang-jarang jumpa makanan dari Borneo kat area Semenanjung ni.
Tapi jauh la pula. Hihihi.
Mungkin kalau sampai ke sana, boleh cuba. Nampak menarik terutama Latok tu. :)

Siti Yang Menaip said...

bestnyaaa seafoooooood Sabah !! ritu pegi area sana tapi xdan makan di area Semporna. dapatla ubat keinginan tu makan di Tawau. tapi seafood kat sana puas hati sangat =D

Henry Tan said...

im always a big fan of ikan bakar! so nice that there got so many different options of fish to choose! i would love to try it there someday!