GERAI IKAN BAKAR SEMPORNA DI METRO PRIMA KEPONG
KEUNIKAN DAN KEASLIAN MASAKAN
SABAH
Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di
Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang
terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Tapi
sepanjang umur AlongMurni (AM) 34 tahun ini, AM masih belum berkesempatan untuk
ke Sabah. Dengar cerita makanan di sana segar-segar dan sedap di samping
keindahan pulau-pulau di Sabah.
Namun kali ini AM terpanggil untuk mencuba menu makanan
Sabah di GERAI IKAN BAKAR SEMPORNA
yang terletak di Pusat Niaga Metro Prima Kepong. Bila melangkah masuk ke Gerai
Ikan Bakar Semporna ini, AM dapat bau asap ikan yang dibakar menggunakan Arang.
Wah!! Memang asli dan unik kan?? Mak AM selalu cakap masakan yang dimasak
menggunakan arang punyai keistimewaan dan keharuman tersendiri.
Banyak rupanya
jenis-jenis ikan yang AM baru kenal dan tak tahu. Terpinga-pinga AM bila
mencuba pelbagai jenis rupa bentuk ikan yang disajikan di sini. Antara Ikan
Bakar yang AM cuba dan sangat terkenal bagi orang-orang Sabah adalah:
IKAN BALAWIS
Ikan Balawis |
Ikan ini bentuknya leper, hidup di batu karang. Isinya
lembut dan sangat enak. Memang layan bila makan dengan nasi panas-panas.
IKAN UJI RASHID
Ikan Uji Rashid |
Ikan ini dipanggil ikan Uji Rashid kerana katanya matanya bulat besar seperti mata penyanyi Uji Rashid. Ada juga yang panggil ikan lolong.
IKAN AYAM (PAGOT)
Ikan Ayam / Pagot |
Bentuknya pipih seperti ikan bawal serta memiliki gigi yang besar dan tajam serta berkulit tebal sangat. menurut orang-orang yang pernah memakan ikan ini rasanya seperti ayam, sebab itu di sebagian daerah Indonesia menyebutnya ikan ayam-ayam.
SOTONG BAKAR
Sotong Bakar |
Rasa sotong bakar yang dimasak segar dibakar menggunakan dapur arang memang terbaik tau!! Rasa kenyal dan kesegaran sotong dicicah dengan sos madu memang terangkat abis.. Rasa pergghhhh mak woii!!
KEPAK AYAM PANGGANG
Kepak Ayam Panggang |
AM suka Kepak Ayam Panggang di sini sebab cukup rasa dan
kelembutan ayam jelas dapat dinikmati di setiap cebitan gigitan.
Uniknya sajian hidangan di sini adalah SOS yang unik dan punya rasa tersendiri. Banyak pilihan SOS di sini tau.
Sangat enak dicicah tika makan bersama Ikan Bakar dan Ayam Bakar. Kiranya sos
ini sabagai penambah rasa enak ketika makan bersama nasi. Berselera AM makan
tau!!
Selain rasa Ikan Bakar yang jarang-jarang AM rasa di Kuala
Lumpur ini, AM juga telah mencuba hidangan istimewa Masyarakat Sabah yang unik.
AM rasa teruja mencuba keunikan masakan Sabah ini. Antaranya adalah:
LATOK ( SEA GRAPES)
Latok |
Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah dan sejenis makanan dari jenis rumpai laut. Ia sangat popular di kalangan suku kaum bajau laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna.
Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat
memberi kebaikan kepada orang yang memakannya. Antara khasiat yang terdapat
pada latok adalah :
1. Awet muda
2. Merawat kanser
3. Untuk kesihatan darah
4. Tulang, otot dan urat safat berfungsi dengan baik
AM makan latok dimakan bersama nasi dan ikan panggang. Latok
ini sebenarnya boleh dimakanan begitu sahaja dengan mecampurkan perahan limau
kasturi dan cili padi.
KERABU RUMPAI LAUT/AGAR-AGAR
Agar-agar /Rumpai Laut |
Agar-agar ni adalah makanan etnik suku kaum bajau di Sabah. Dihidangkan dengan pelbagai menu bakar seperti ikan/sotong/udang/ketam yang dibakar.
Khasiat utama agar-agar/rumpai laut ialah kaya dengan
vitamin dan mineral seperti vitamin C, magnesium dan kalsium. Agar-agar merupakan tumbuhan semulajadi yang
mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan dan sangat baik untuk
kulit. Nilai rumpai laut jauh lebih baik daripada sarang burung, sirip yu dan
yam. Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan
sirip yu. Bukan main lagi AM pulun makan bila tahu khasiat agar-agar ini.
Semangkuk abis AM ratah je tau!!
KERABU IKAN HINAVA
Kerabu Ikan Hinava |
Hinava merupakan makanan tradisional masyarakat Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun dan ia merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun.
Biasanya Hinava atau dipanggil juga Hinava Ginapan dibuat
daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava
adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga
digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong atau udang.
Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis seperti
perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun
ketika Tadau Kaamatan.
Rasa Kerabu Ikan Hinava ini memang unik dan sangat enak
dijadikan sebahagian daripada ulam-ulaman.
KERABU MANGGA
Kerabu Mangga |
SOTONG MASAK HITAM
Sotong Masak Hitam |
AM memang peminat makanan berasaskan sotong namun ini merupakan pertama kali AM mencuba menu Sotong masak hitam. Yea.. Sotong ini dimasak menggunakan dakwat hitam. Mulanya AM rasa agak geli untuk mencuba sebab selalunya bila masak sotong, dakwatnya memang AM buang begitu sahaja. Jadi AM memang teragak-agak untuk mencuba mulanya. Tapi bila AM cuba rasa pada gigitan pertama, AM terdiam seribu bahasa. Wahhh!! Memang enak rupanya dimakan bersama nasi. Rasa kenyal sotong dan kuah yang padat dengan rasa manis pedas. Terbaik wooo!!!
Jadi pada yang ingin mencuba masakan Sabah yang terdapat
di Kuala Lumpur boleh datang singgah ke
IKAN BAKAR SEMPORNA
Jalan Metro 1,
Metro Prima, Kepong
AM bersama Puan Fify (Pemilik) |
Menurut Puan Fify yang merupakan Pemilik Gerai Ikan Bakar Semporna, kebanyakan makanan yang dihidangkan di sini, adalah ditempah khas dari Sabah dan dimasak sendiri oleh beliau. Puan Fify yang merupakan anak jati Sabah masih mengekalkan citarasa setiap hidangan mengikut selera masyarakat Sabah dalam usaha memperkenalkan masakan Sabah kepada masyarakat Semenanjung mahupun luar Sabah.
KATA ALONG MURNI
AM RASA SERONOK DAN TERUJA DALAM MENGENAL
SETIAP SAJIAN CITARASA MASYARAKAT SABAH.
MEMANG LAIN DARI YANG LAIN DAN PENUH
DENGAN KEUNIKAN TERSENDIRI. AM BERCADANG NAK BAWA MAK DAN ADIK-ADIK AM
MENCUBA
MASAKAN DI SINI PADA MASA YANG LAIN.
SELAIN MASAKAN YANG DIHIDANGKAN SEDAP,
MASAKAN DI SINI JUGA
PENUH KHASIAT DAN SEGAR TAU!! JOM SINGGAH KE
GERAI IKAN BAKAR
SEMPORNA. RASA SEKALI PASTI NAK CUBA LAGI TAU!!
4 Comments
Jarang-jarang jumpa makanan dari Borneo kat area Semenanjung ni.
ReplyDeleteTapi jauh la pula. Hihihi.
Mungkin kalau sampai ke sana, boleh cuba. Nampak menarik terutama Latok tu. :)
bestnyaaa seafoooooood Sabah !! ritu pegi area sana tapi xdan makan di area Semporna. dapatla ubat keinginan tu makan di Tawau. tapi seafood kat sana puas hati sangat =D
ReplyDeleteim always a big fan of ikan bakar! so nice that there got so many different options of fish to choose! i would love to try it there someday!
ReplyDeleteHello mate nnice blog
ReplyDelete