MISS QUEEN UNIVERSE INTERNATIONAL 2019 : PENCARIAN AURA DAN KECANTIKAN TERSENDIRI

MISS QUEEN UNIVERSE INTERNATIONAL 2019 
PENCARIAN AURA DAN KECANTIKAN TERSENDIRI


Menjelang 2019, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Sidang Media bagi Pencarian 'Miss Queen Universe International 2019' yang akan berlangsung pada 26 januari 2019 ini. Wahhh!! tak sabar nya AM nak tengok calon wajah-wajah yang cantik dan menarik sepanjang pencarian tersebut.

Kadang-kadang, AM terfikir-fikir apa definisi cantik untuk wanita zaman kini..Ini kerana setiap orang pastinya mempunyai kekurangan dan kelebihan pada diri masing-masing. Sesetengah orang beranggapan bahawa definisi cantik ini adalah mempunyai wajah yang bersih dan bentuk badan yang menarik. Namun, ternyata hasil diskusi AM bersama dengan En Zahin meleset dari sangkaan AM.




Menurut beliau, definisi cantik ini sebenarnya bukan diukur daripada kesempurnaan fizikal sesorang itu namun ia bergantung pada kekuatan fizikal dan rasa percaya pada diri sendiri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Lookatme Skincare Group Sdn Bhd dan Jamu Seri Queen menjadi  penaja utama pencarian Miss Queen Universe International 2019. Seramai 20 orang peserta mewakili negara masing-masing seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Kemboja akan dinilai panel hakim pada malam tersebut.

Cabaran dan laluan buat Miss Queen Universe International 2019 adalah: 
  • Peragaan Pakaian Kebangsaan
  • ‘Evening Gown’
  • Sesi Q & A (Ujian tahap pengetahuan para peserta)
Pencarian Miss Queen Universe International 2019 seumpama ini memberikan banyak faedah. Antaranya adalah :

  • Meningkatkan keyakinan, harga diri dan menimbulkan ikatan dan perpaduan dalam komuniti yang dibahagikan. 
  • Membentuk aura positif dalam diri setiap peserta
  • persahabatan berbeza negara dan budaya dibentuk antara peserta. 



Selain gelaran Miss Queen Universe International 2019, pemenang akan membawa pulang hadiah menarik berupa mahkota, wang tunai Rm5000 dan 6 bulan privilege consultation bersama Lookatme Group.

Tiket masuk Miss Queen Universe International 2019 boleh didapati secara pembelian melalui wasap ke Zahim: 013-2035667 atau Erna 019-3613624.

KATA ALONG MURNI


KELAINAN YANG CUBA DIGARAPKAN MELALUI PENCARIAN 
'MISS QUEEN UNIVERSE INTERNATIONAL 2019' 
NYATA SEKALI BUKAN SAHAJA KECANTIKAN DALAMAN 
MALAHAN KECANTIKAN DALAMAN DAN 
KEBIJAKSANAAN IQ DAN EQ JUGA MENJADI NADI UTAMA DALAM
 SETIAP SYARAT KRITERIA SEBAGAI PESERTA. 
TAK SABAR AM NAK TUNGGU 26 JANUARI 2019


Post a Comment

0 Comments