RESTORAN BAAN109 : SAJIAN JIM JUM MUSLIM FRIENDLY
TANPA PERASA TAMBAHAN (MSG)
TANPA PERASA TAMBAHAN (MSG)
MASAKAN THAILAND
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan ke Pusat Beli
Belah Damansara 2 yang dahulunya dikenali Tropicana City Mall untuk mencuba
menu masakan Thailand di Baan109.
AM sangat suka mencuba dan menggemari masakan Thailand
kerana terdapat keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau
makanan Thailand iaitu pedas, masam, manis, masin, dan pahit. Kebanyakan Makanan
Thailand menggunakan herba segar (daripada kering).
Herba umum termasuk daun
ketumbar, lengkuas, selasih Thai dan pudina. Sesetengah perisa lain umum dalam
makanan Thailand datang dari halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, kacang
soya, bawang merah, biji lada hitam dan putih, sudah tentu, cili.
Restoran Baan109 menyajikan hidangan Jim Jum iaitu sejenis steamboat yang dimasak dan
dihidang menggunakan periuk tanah liat dan menu berasaskan sup ini biasanya
menggunakan bahan-bahan seperti sayur-sayuran dan daging.
AM dimaklumkan yang
hidangan Jim Jum di negara Thailand, penduduk di sana memasak hidangan Jim Jum
bersama daging babi/kambing sebagai pelengkap rasa.
Buat pertama kalinya di Malaysia, kita boleh menikmati
hidangan Jim Jum ini tanpa was-was kerana restoran Baan109 adalah restoran Thai
pertama di Malaysia yang menyajikan hidangan Jim Jum halal dan tanpa perasa
tambahan (MSG).
Menu Jim Jum di restoran Baan109 menggunakan 100% perasa asli
menerusi daging ayam atau makanan laut serta sayur-sayuran yang digunakan dalam
pembuatan masakan ini. Malah mereka turut menggunakan serai dan daun basil
serta rempah istimewa bagi memberi aroma dan rasa yang enak kepada sup ini.
AM terus terpaut dengan rasanya bila AM mencuba Hidangn Jim
Jum ini. Gabungan sayur-sayuran bersama daging ayam (digaul bersama telur) di
dalam sup panas memberi kepuasan rasa ketika menikmatinya. Memang terangkat
abis tau!!!
Menu ini sesuai dimakan bersama 2-3 orang dewasa dan kita boleh
memilih samada ingin mengambil Set Jim Jum Ayam atau set Set Jim Jum Ayam dan
Seafood.
AM sempat juga mencuba menu lain di Restoran Baan 109
seperti:
- Mee MAMA BBQ Chicken
- Mee MAMA Nam Chicken
- salad Thailand iaitu Yam Seafood
- En Kai Tod (deep-fried chicken soft bone)
- Nam Kai iaitu sejenis menu ayam yang diperap bersama sos kicap Thai dan digoreng.
- Cha yen - Thai iced tea
LOKASI RESTORAN
BAAN109
UNIT L1-K2, 3
DAMANSARA,
NO. 3, JALAN SS
22/27,
47400 PETALING
JAYA,
SELANGOR.
TELEFON:
013-2189953
WAKTU OPERASI: 10
PAGI – 10 MALAM
0 Comments