Tuesday, 12 February 2019

RAIKAN ‘BEST REUNION EVER’ DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON

RAIKAN ‘BEST REUNION EVER’ DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON.



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan meluangkan masa bersuka ria bersama rakan-rakan AM sempena cuti Tahun Baru China di TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON. Memandangkan AM tidak ke mana-mana jadi pelawaan diterima dengan hati terbuka. Ke SUNWAY LAGOON la AM!!



Terbayang dah macam-macam aktiviti air dan permainan extreme yang boleh AM terjah nanti. Dari rumah AM, AM gunakan kemudahan pengangkutan awam untuk sampai ke Sunway Lagoon.

Dengan membawa tagline ‘BEST REUNION EVER’, AM turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa kontemporari oleh Persatuan Tarian Singa Kun Seng Keng. Kumpulan tarian singa dari Kuala Lumpur yang telah berjaya meraih beberapa gelaran juara bertahan dan yang terbaru adalah Juara Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Selatan yang diadakan di China tahun lepas. Memang hebat kan??




TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON tengah mengadakan promosi sempena sambutan Tahun Baru Cina tau!! AM turut dihiburkan dengan aktiviti seperti pertunjukkan drum 12 Majestic,Prosperity for All welcome dance, Meet & Greet with the God of Prosperity, Captain Quack and Lady Quack, Sand Art Workshop, dan tarian Hua Ren Heritage Chinese New Year.



AM SEMPAT JOIN ART SAND WORKSHOP

Taman tema seluas 88 ekar ini dibina 150 kaki di bawah paras laut iaitu dahulunya merupakan tempat bekas lombong bijih timah dan kini mempunyai 90 tarikan di dalam enam taman. Taman yang dimaksudkan ini punyai keisitimewaan dari bentuk taman air, taman tema hantu, taman ekstrim, taman hidupan dan lain lain lagi.

Bayangkan AM berada di Taman Tema Sunway Lagoon dari pagi sampai petang namun masih banyak yang AM tak sempat nak terjah. Antara yang sempat AM terjah adalah :

SUNWAY LAGOON AMUSEMENT PARK


Kat sini kebanyakan aktiviti kering iaitu tanpa perlu membasahkan diri. Pemandangan indah melalui jambatan bergantung terpanjang di Malaysia dan lihat dunia dalam keadaaan terbalik di Tomahawk and Pirate’s Revenge.

Tapi yang tak boleh AM lupakan adalah Pirate’s Revenge ini. AM naik kapal lanun ini dan berpusing 360 darjah tau. Masa nak terbalik tue apalagi, memang sah la AM pejam mata.. Taksanggup nak tengok pemandangan yang tinggi bila terbalikkan ke bawah.. Ngeri wooo.. dengar kiri kanan AM menjerit jer.. Hahahaha.. Masa time kapal lanun tue meluncur turun AM la yang jerit paling kuat!!

SUNWAY LAGOON WATER PARK


Ini memang aktiviti yang paling AM suka!! Kita main air!! Memang semua game di sini AM cuba tau!! Tema regu AM bersama naik pelampung adalah Marou. Bayangkan dua-dua jerit bila setiap kali  pelampung menuruni gelongsor tue!! gamak ooo dengan suara AM dan marou!! Hahaha..


BERGAMBAR SEBELUM MANDI



AM DAN MAROU MENAIKI PELAMPUNG

AM juga sempat terjah di Waterplexx 5D. Menarik benar tau sebab kita pakai cermin mata 5D sambil menonton wayang. Kerusi semua boleh bergerak dan ada semburan air semasa menonton bergerak seiring dengan tema jalan cerita wayang tue.. keluar dari Waterplexx 5D nie, AM lencun abis baju tau!!

SUNWAY LAGOON SCREAM PARK

AM dan rakan-rakan tidak melepas peluang untuk terjah di Rumah Hantu sebaik saja memasuki Lynton V Harris’ Scream Park. Serius memang best sebab banyak aksi yang mengejutkan dan kami jerit secara berjemaah tau!!! sampai tekak pun rasa sakit. Tapi memang satu pengalaman yang best dan penuh gelak tawa bila keluar dari Rumah Hantu nie..

WILDLIFE PARK

AM sempat melawat haiwan haiwan liar di taman rimba dan pelbagai lagi. Antara haiwan liar yang boleh dijumpai adalah singa, harimau putih, harimau kumbang, kura-kura, burung nuri, Landak, ikan koi, dan lain lain lagi. Kemudiannya AM ke Pet Village.

PERTUNJUKAN ULAR BERSAMA PENONTON

Di sini, AM kagum bila melihat persembahan dari Burung-burung yang jinak, terlatih dan bijak betul. haaa.. persembahan ular pun ada kat sini gak tau tapi yang paling buat AM tergamam bila pihak taman tema buat gimik yang ada haiwan yang terlepas dari sangkar kononnya. Terkedu bila lihat Ular sebesar paha AM nie ada di kerusi tau!! Rasa nak panjat kerusi pun ada masa tue..

Walaupun AM tak semua lokasi AM sempat pergi tapi AM benar-benar enjoy dan puas hati dengan permainan yang terdapat di Sunway Lagoon nie.. Memang terbaik!!
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000 atau layari www.sunwaylagoon.com  atau ikuti www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.



KATA ALONGMURNI


AM RASA GEMBIRA DAN PUAS DAPAT BERSAMA-SAMA RAKAN
 DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON. 
HARGA PROMOSI TIKET SEMPENA TAHUN BARU CINA MEMANG BERBALOI DENGAN AKTIVITI YANG PADAT DAN MENARIK. 
MEMANG TERUKIR SERIBU KENANGAN TERINDAH BERSAMA RAKAN-RAKAN BERSESUAIAN DENGAN TAGLINE ‘BEST REUNION EVER’.  
MEMANG TERBAIK WOOO!!1

Sunday, 10 February 2019

PERTANDINGAN MEMASAK ‘COOKING RIGHT LOOKING GOOD 2019’ : PENUH WARNA SERIBU PENGALAMAN

PERTANDINGAN MEMASAK ‘COOKING RIGHT LOOKING GOOD 2019’
PENUH WARNA SERIBU PENGALAMAN


Baru-bari ini AlongMurni (AM) telah menyertai Pertandingan Memasak ‘Cooking Right Looking Good 2019’ yang bertempat di Berjaya University Kolej. Sesuatu yang mengujakan AM kerana sejak beberapa tahun ini minat memasak AM semakin memuncak terutama memasak menu baru mengikut kreativiti. Tambah menarik, AM dan rakan-rakan blogger yang lain disediakan segala kelengkapan untuk memasak siap kena pakai Apron dan Topi tau!! rasa macam ada dalam Rancangan MasterChef la pulak!! Hahahaha..


Pertandingan Memasak ini dianjurkan oleh #my100comments dengan tajaan bersama   #nutriva_oliferin , #Oilum , #EubosMY dan menggunakan produk #alceneromy sebagai bahan masakan. Pertandingan seumpama ini diadakan sebagai salah satu langkah mengetengahkan menu-menu sihat dan berkualiti kepada masyarakat umumnya.


Oppss..AM bukan memasak seorang yea, AM satu kumpulan bersama dua anak muda yang benar-benar berbakat dan penuh karisma tau!! KIranya partner in crime AM kali ini adalah Marou dan Zul. Memang satu regu yang menarik dan AM senang bekerjasama di dapur bersama mereka.

PRODUK ALCE NERO JADI PILHAN 
SEBAGAI BAHAN MASAKAN BERKUALITI DAN TERBAIK.


Sebelum sesi memasak dimulakan, AM dan peserta lain diperkenalkan kepada pelbagai produk organik keluaran Alce Nero. Pada tahun 1978, Alce Nero menawarkan hampir 300 produk organik dari pasta, beras, pes sos tomato, sayur-sayuran, kekacang dan sup, biskut dan jus buah-buahan dan madu, makanan bayi dan pelbagai lagi .

MR NATHAN MEMBERI INFO TENTANG PRODUK ALCE NERO

Memang satu produk Organik yang sihat dan berkualiti kan?? Menurut Nathan Deverre, Penasihat Pemasaran Strategik, Ayam Brand Malaysia, produk yang ditanam dan diproses di Itali di lapangan yang bebas dari bahan kimia dan racun perosak.


Wah!!! Tak sabarnya AM nak memasak menggunakan Produk Alce Nero. AM dan ahli kumpulan AM diletakkan dalam kumpulan 6. Kami perlu menyediakan 3 hidangan dalam masa 3 jam dan yang paling penting adalah resepi dan bahan masakan telah tersedia di Stesen 6.  AM dan kumpulan AM perlu memasak 3 hidangan iaitu Tri-Color Asian Pasta Salad sebagai pembuka selera, Italian Seafood Laksa sebagai hidangan Utama dan Chinese Strawberry Jam Cakes sebagai pencuci mulut. Haa.. ketiga-tiga menu memang gempak dan Kumpulan AM beri perhatian penuh dalam menghasilkan hidangan mengikut resepi yang disediakan.



Mesti nak tau Siapa gerangan mentor AM dalam pertandingan memasak kali ini kan?? Beliau seorang gadis comel dan sejuk mata mendang tau!!Chef Athira, begitulah namanya secomel orangnya.  Chef Athira merupakan Pensyarah Chef di Berjaya University College dan beliau memperoleh Master of Philosophy (Pengajian Makanan) dari Université Toulouse Jean Jaurès, Le Mirail, Perancis. Bukan calang-calang rupanya Mentor AM kali ini. Walaupun tegas, beliau mudah didekati dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang masakan.



Sepanjang 3 jam berlalu, banyak yang AM telah pelajari di samping pengetahuan tentang konsep hiasan dan sentuhan rasa pada masakan. Memang satu pengalaman yang penuh berharga buat AM dan kumpulan.

AM DAN ZUL TENGAH MENELITI RESEPI SAMBIL MEMBUAT ADUNAN

AM, MAROU DAN ZUL BERBINCANG SAMBIL MEMASAK

AM TENGAH MENGASING TELUR KUNING UNTUK DILETAKKAN
DALAM ADUNAN YANG DISEDIAKAN ZUL

AM TENGAH MEMASAK KUAH LAKSA

MR NATHAN BERTANYA TENTANG BAHAN MASAKAN YANG AM GUNAKAN DALAM HIDANGAN

MR NATHAN MEMBERI INFO DAN PANDUAN

Alhamdulillah AM dan kumpulan berjaya menyiapkan 3 hidangan dalam masa yang ditetapkan. Kesemua hidangan bagi setiap kumpulan akan melalui proses penilaian uji rasa oleh Chef Athira dan Mr Nathan. Tawakal jelah.. Pertama kali AM memasak menu sebegini kan?? Janji ada rasa dan boleh dimakan kan??

Sementara menunggu keputusan dari juri, AM sempat melihat booth-booth lain yang menjadi penaja bagi Pertandingan Memasak ‘Cooking Right Looking Good 2019’.
------------------------------------------------------------------------------------
PRODUK NUTRIVA
MENINGKATKAN KESIHATAN & KECANTIKAN DALAM


Nutriva® MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage dan Nutriva® Nutritional Yeast, dua produk yang lazat untuk pelengkap keperluan pemakanan harian. Di Booth Nutriva mempunyai sampel Nutriva® MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi yang termasuk Soursop, Noni Enzyme, Enzim Mangosteen, daun Moringa, Grapefruit, Delima, Bilberry dan Blackcurrant untuk menyokong kesihatan pencernaan, imuniti dan kesejahteraan umum.

"Tidak ada tambahan gula atau tambahan yang tidak diingini dalam minuman pemakanan ini. Apa yang anda rasa adalah kemanisan dari buahnya sendiri, "kata Wallace Teoh, Pengurus Besar, Nutriva International Sdn Bhd.

MR WALLACE TEOH

Semasa memasak tadi AM ada juga menggunakan Nutriva® Nutritional Yeast ditaburi pada hidangan salad dan laksa bagi meningkatkan rasa. AM dimaklumkan yang Yis pemakanan dihasilkan daripada terikan khas Saccharomyces cerevisiae dan telah dinyahaktifkan oleh haba dan roller kering untuk mendapatkan serbuk atau serpihan.

AM TERPILIH SEBAGAI PEMENANG INSTAGRAM PILIHAN

Ia adalah bahan vegetarian yang popular bagi menambah rasa yang hebat untuk pelbagai hidangan. Ragi pemakanan adalah semulajadi kaya dengan protein dan serat makanan, serta mengandung tahap vitamin dan mineral yang penting.

Bagus kan bila memasak menggunakan bahan masakan yang benar-benar berkualiti dan terbaik kan?? Masakan tambah sedap, badan pun sihat dengan zat-zat penting yang diperlukan oleh badan.

PRODUK OILUM
MENGANDUNGI MINYAK ZAITUN & KOLAGEN UNTUK KULIT KERING


AM BERSAMA DENGAN MR ANDREW TAN

Bila AM tiba di Booth Oilum, AM tersenyum dan teruja untuk mencuba. Mana tidaknya, kulit AM ini sensitive dan cepat kering. Tambahan bila bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Memang makin kering dan kusam la kulit muka AM. AM mencuba losyen Oilum dan AM dimaklumkan dengan lebih lanjut tentang pembersih minyak hydrating re-firming yang membersihkan muka dan badan tanpa melepaskan kelembapan dari kulit.

"Semua ini adalah mungkin terima kasih kepada minyak zaitun semulajadi dan bahan-bahan kolagen yang terkandung dalam produk Oilum yang bekerjasama dalam formula unik yang menghasilkan kulit yang lebih muda," kata Encik Andrew Tan, Pengarah MD Pharma.

PRODUK EUBOS
PRODUK PENJAGAAN KULIT DARI JERMAN



AM dimaklumkan tentang kebaikan produk Penjagaan Kulit EUBOS yang secara saintifik dirumus dengan bahan-bahan dermatologi yang berkesan untuk membersihkan, menyuburkan, melindungi dan meningkatkan kulit yang sihat. Rangkaian Penjagaan Kulit EUBOS Asas terdiri daripada produk pembersihan dan penjagaan untuk setiap jenis kulit.


Bahan aktif dermatologi yang terbukti melindungi biosfera kulit dan memberi emolien dan kelembapan. Rangkaian Kulit Sensitif EUBOS direka khusus untuk sensitif kering seperti AM.

---------------------------------------------------------------------
Berminat untuk dapatkan pelbagai tips aneka topik gaya hidup, sukan, kecantikan, keluarga, gadjet dan bermacam lagi bolehla layari di www.100comments.com.


KATA ALONGMURNI


PERTANDINGAN MEMASAK ‘COOKING RIGHT LOOKING GOOD 2019
 BANYAK MEMBERI INFORMASI PENTING TENTANG MASAKAN,
 PILIHAN MENU HIDANGAN YANG BERKHASIAT DAN BERKUALITI DAN 
YANG PALING PENTING AM TELAH BELAJAR MENU BARU DAN 
BOLEH LA AM PRAKTIKKAN DI RUMAH NANTI. 
AM SANGAT MENYOKONG PROGRAM SEUMPAMA INI DIADAKAN LAGI 
PADA TAHUN HADAPAN.

Friday, 8 February 2019

ASTANA ORKID HALL & ASTANA BANQUET HALL: PUNYAI KEUNIKAN DENGAN HARGA BERBALOI

ASTANA ORKID HALL & ASTANA BANQUET HALL

PUNYAI KEUNIKAN DENGAN HARGA BERBALOI


Musim cuti ini memang sesuai nak adakan majlis perkahwinan kan?? Kebiasaanya, bila tiba cuti sekolah pasti ada kenduri kahwin kerana masa tu ramai yang bercuti dan senang sebab anak-anak tidak ke sekolah. AlongMurni (AM) terfikir juga yang selain cuti sekolah, masa cuti raya juga kita boleh buat kenduri kahwin.. Yelah.. sebab biasanya raya ni mesti cutinyer agak panjang 3-4 hari atau lebih. Jadi, boleh ler buat kenduri kahwin, tak payah tunggu cuti sekolah. Biasanya, orang buat kenduri kahwin pada raya ke-3 atau raya ke-4.

Dewan Banquet Astana Cyberjaya yang terletak di Promenade@Garden Residence Cyberjaya ini boleh memuatkan 1000 - 2000 pax dalam satu masa. Selain mempunyai kemudahan bilik menunggu, bilik persiapan pengantin, berhawa dingin, pelamin ekslusif, peralatan audio, set kerusi & meja ada juga disediakan surau, Free Parking, toilet, lift dan eskalator tau!! Dewan ini amat sesuai untuk perkahwinan, majlis hi tea, majlis makan malam dan lain-lain majlis yang hendak dijalankan.

AM dimaklumkan yang di Astana Cyberjaya mempunyai dua hall iaitu Astana Orkid Hall dan Astana Banquet Hall. Haaa.. boleh pilih yang mana bersesuaian yea..

Astana Orkid Hall
Astana Banquet Hall

Kedua-duanya mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Antara pakej-pakej yang ditawarkan adalah:

PAKEJ LENGKAP termasuk:-

Katering 
Makan beradab
Busana Nikah dan Sanding Baru
Solekan Bersanding
Fotografi
Videografi
Kad Jemputan
Dan banyak lagi.


DEWAN LENGKAP termasuk :-
Dekorasi Pelamin 
Dekorasi Dewan 
Dekorasi Meja Beradab
Set Meja dan Kerusi Berserta Alas
P.A Sistem
Ruang Menunggu VIP
Ruang Menunggu Keluarga 
Bilik Persiapan Pengantin 
Air-cond
Dan banyak lagi..

 Jom AM nak kongsikan bersama keunikan dan keistimewaan kedua-dua dewan ini. Memang berbaloi woo..












 













Haaa.. Apa lagi.. memang berbaloi kan?? Harga berpatutan dengan fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Berminat boleh hubungi:

DEWAN BANQUET ASTANA CYBERJAYA
Promenade @ Garden Residence Cyberjaya
Persiaran Utara, 63100 Cyberjaya, Selangor

Tel Office           : 03 8063 3020
call / whastapp   :019 790 2090 | 019 264 3090 | 018 959 3961 | 019 312 7724

KATA ALONGMURNI


MEMANG MENARIK DEKORASI DAN TAWARAN YANG BERBALOI DI DEWAN ASTANA, CYBERJAYA. NAMPAK GAH TAPI HARGA MEMANG MAMPU MILIK KAN?? KEPADA YANG BERMINAT NAK ADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN AM SARANKAN UNTUK HUBUNGI MEREKA SEGERA. CEPAT BOOKING TARIKH PERKAHWINAN ANDA SEGERA YA..